Wednesday, 27 May 2009

GAYA HIDUP SI JINGGA

Aku tidur dulu ya
Eh, Iqbal tu macam Usman Awang?
Bonda dah selesai baca? Tak pakai kaca mata - nampak ke?
HARI ini Jingga masuk usia 5 bulan. Ruangnya hanya di rumah, jarang keluar. Ia kerap jadi mangsa dikejar Tam-Tam dan Bucuk kalau keluar dari ruangnya. Gara-gara anak angkat, memang selalu dimusuhi si penghuni asal. Tapi Jingga anak baik. Dia selalu menjaga 'ibunya' yang sibuk di meja tulis. Malah sedia menemani, kadang bersama membuka halaman buku, merengek-rengek di cawan minuman (sehingga si ibu sedar, air sudah dingin). Kasihan kadang hingga letih menunggu akhirnya tertidur di celah puisi Iqbal....

3 comments:

myQza said...

salam puan!!!!

comel kucing!!!

SITI ZAINON ISMAIL said...

ya GOmuK (orang gombak - minang ya), si jingga ni terus berkurung di bilik, kerana kalau ke ruang tamu atau dapur, pasti diterkam Tam-tam yang sibuk dengan dua ekor anaknya. Kucing pun tahu cemburu tau. GOmuK peliahra kucing juga kan?nya