Sunday 31 May 2009

RUMAH No 17 Jalan 1/7k Bandar Baru Bangi - 1






AKHIRNYA barang-barang harus dikeluarkan juga dari sini. Sebahagian buku-buku, alatan melukis, lukisan-lukisan koleksi lama (1970an-1980an), koleksi warisan Melayu lama, anyaman ,tembikar, acuan kuih tembaga sudah diheret ke studio Tanjung Karang dan Rawang. Sebahagian besar fail kerja, nota-nota kuliah, kutumpuk di rumah Mak. Rasa berat dan sedih juga harus meninggalkan rumah pertama yang kubeli hasil kerja UKM yang ditempati sejak tahun 1983.
Melor dan Wira tidak sanggup menjaga rumah ini. Rumah yang pernah membesarkan mereka terutama tahun 1985-1988. Selepas itu mereka memilih tinggal dengan nenek di Bandar Dalam dan hingga kini lebih betah tinggal dengan cara sederhana, di rumah pusaka nenek.

Hari Sabtu kemarin (30 Mei 2009) ku dekati pohon mengkudu, dahan bunga kertas yang menjulang ke atas, ranting dan dahan pohon saga...(yang disemai burung), batu batu berlumut di taman, bunga pisang hutan menjulur ke atas, pelepah teratai dan keladi , buah mengkudu seakan berbisik, " jangan tinggalkan kami" - apakah yang harus kupesankan kecuali mengheret jiwa yang pernah terbenam di sini, yang pernah melahirkan karya-karya sejak lebih 20 tahun lalu.

2 comments:

Riesna Zasly said...

terlalu haru...

mengapa tidak dijadikan memorial aja rumahnya...

adakala kenangan menjadi begitu berharga apabila semakin kita abadikan..

sayang...

teringat cerita mama tentang kejadian pondok kecilnya tempat dia bermain (di quezon city)dan berkarya diranap pokok gara-gara bencana alam.. bertahun dia membisu... itu cerita dari paman saya.. memang sendu...

bonda jgn terlalu sedih ya...

SITI ZAINON ISMAIL said...

ala tak ada yang nak jaga. kalau adreen di sini, pasti boleh jadi kuratornya, iye kan?