Thursday, 28 May 2009

2008-2009 DENGAN TERBITAN BUKU

Menyemak ejaan buku puisi Bait Senandung Malam -
The Rhythm of Night Song (ITNM, 2009)s
Bersama orang kuat ITNM, Haji Khir Ngadiron
dan Rafeah Eksekutif Editor ITNM

SEJAK semalam (Khamis), saya memikirkan kerja serius sejak 10 tahun lalu...menulis dan melukis. Alhamdulliah Allah memberi kekuatan semangat dan kasih sayang mendalam di nubari. Hasilnya bukan dicapai dengan segera. Harus bersabar. Ini berdasarkan buku-buku yang tiba-tiba datang bagai hadiah tahun 2008-2009. Tapi kawan-kawan mahu berkongsi derita penulis ? Ini kesahnya tentang buku-buku saya:

1) Kasih Bonda Kampung Paya Kami ( DBP 2008, RM 30.00) , digarap sejak tahun 2002- ketika Allahyarham Mak dalam kondisi lupa ingatan. Saya menghibur Mak dengan melakar apa saya yang boleh menumbuhkan ingatan hariannya. Begitulah saya melukis jambatan gantung, melukis rumah nenek, perkakas dapur dan bilik nenek. Mak gembira mengingati hari-hari nya sewaktu kecil.... bererti buku ini baru dapat terbit setelah 8 tahun (sebagai manuskrip) dan 4 tahun di penerbitan. Mak pun tidak sempat melihat lahirnya buku ini (Mak meninggal pada 26 Oktober 2003).

2) Bait Senandung Malam - the Rythem of Night Song (ITNM 2009, RM 25.00), memang dirancang untuk merakam perjalanan lewat keretapi. Jun-Julai 2008 saya dan suami memilih jalan keretapi dari KL-Johor. Dari Johor naik feri ke Batam dan baru terbang ke Jakarta. Inilah catatan lansung mengheret pengalaman sejarah perjuangan wanita (Mak dan Makcik Shamsiah Fakeh). Latar perjuangan tentera, penulis, wartawan. Ini catatan bab 1. Bab 2 baru menempel puisi-puisi catatan keretapi sejak 1969-2006. BUKU INILAH YANG MERAKAM SEJARAH INDAH...diserahkan ke ITNM bulan November 2008. Buku ini dilancar pada 19 Mei 2009. HANYA 6 BULAN saja mereka dapat menunai janji. HEBAT DAN TAHNIAH kepada semua staf ITNM.

3) Delima Ranting Senja (novel 500 hl, Utusan Melayu 2009, RM 35.00). Buku ini baru saya terima petang semalam. Antara sebak, tertanya dan hampir tidak peduli malah tidak mampu untuk bergembira. Tapi inilah rezeki. Ya buku ini cerita luka kembara, menata cinta suami isteri berkahwin rahsia konon kerana mereka pasangan public figur. Saya usahakan data sesahih mungkin terutama dengan latar kecamuk politik di negeri hujung Sumatera sejak zaman kuasa Iskandar abad ke 17 hingga ke pasca merdeka. Karya ini sudah terbir secara eceran di majallah Perempuan 1998-1999. Karya ini sudah digarap sejak tahun 1997, diserahkan ke tangan editor pada tahun 2004. Dan semalam buku itu tiba bererti 4 tahun wajahnya baru kutatap sebagai novelku yang ke 3. Patutlah ku Amin, dan pujian hormat kepada editornya. Cuma surat perjanjian yang dikepilkan kurang memuaskan, kerana tidak disebut tarikh hakcipta berlaku sampai bila?

4) Suara Hujung Tambak, pengalaman seni budaya (koleksi esei dan karya kreatif), masih di tangan editor juga sudah berusia lebih 6 tahun, padahal tinggal cetak saja, tetap tidak muncul?...huhu.. hatiku berlagu..

* Kawan-kawan penulis, semak semua surat perjanjian, yang seharusnya diterima sejak buku disahkan untuk terbitan. Sehingga sekarang, saya tetap saja menerima surat perjanjian untuk ditangani setelah buku masuk ke percetakaan atau buku siap diterbitkan. Sedangkan dalam perjanjian ada disebut, setelah 6 bulan buku tidak ada perkembangan, penulis boleh menarik balik manuskrip yang sudah diserahkan...haaahhha bayangkan manuskrip saya selalunya di tangan editor lebih daripada 3 - 6 tahun...



2 comments:

Riesna Zasly said...

salam bonda...

rasa pilu hati melihat perjalanan seksanya untuk menerbitkan karya... itu baru jerih lelah pernerbitan, belum lagi menempuh pasaran... rasanya di johor memang sukar nak dapatkan buku2 bonda, apatah lagi yang terbaru ini...

bolehkah minta galeri menora fakskan senarai buku bonda, harga & no akaun mereka (Fax 07-353 0315).. mungkin ada jalan untuk dapatkan buku bonda... DBP terlalu lembap la... mcm tak ikhlas menjual, biarpun kena tambah wang untuk order buku, sampai sekarang tak tiba (Mereka dah kaya kot hehehe)

mama ada memesan salam untuk bonda, bila ditanya tentang kazuko, ketawanya tak henti.. bila ditanya, katanya rahsia orang tua... wahh...rahsia apa ya!

mama juga ada menitip agar mendapatkan katalog koleksi lukisan-lukisan bonda.. adakah?

bonda, tahun 1996, rena ada menerbitkan novel dengan pihak swasta, agreementnya kalau dalam masa 6 bulan tak terbit, manuskrip itu boleh dikemukakan pada penerbitan lain.. dan jika tak berjaya di cetakan pertama pasar, boleh menarik semula manuskrip itu dalam masa satu tahun... boleh dikemas kini dan terbit pd penerbitan lain pula...

itu prosedur pernerbitan swasta dulu, sekarang tak tau lah.. mungkin udah berubah... bonda tak ingin mencuba ke penerbitan lain untuk buku2 baru bonda? PTS Group paling berpengaruh kini... promotionnya pun hebat..

masih di panas terik jakarta... sampai demam... terlantar dibilik hirup bakso...

bonda sehat ya hari ini
Take care

SITI ZAINON ISMAIL said...

horee , memang kazuko gila-gila sikit. di India bonda takut dengan dia, cowoknya banyak haaah, bondakan kayak anak kecil ketika itu (walaupun dah ada 2 orang anak). Mula-muila WS Redra cuba dekatin hehh, bila bonda berbahasa Jawa dia terkejut, : edan kuwe, Malaysia kok bisa ngomong Jawa, ku kira kau Fiifina..." Mungkin mama Reena masih ingat Rendra , juga kan? Ya tentang buku 2 bonda mungkin Melor akan kirim brosur dari Galeri Melora ya...hati-hati di Jakarta juga ! di Jakarta Bonda ada untie Ida dan adik di Pondok Kelapa namanya Geni , blh juga call ( 0062 2215275293)