Thursday, 16 June 2011

Alam Nan Mengimbau 2

Sketsa suasana kampung menjelang hari raya tahun 1950an
Keluarga Haji Husin Majolela, dengan isteri nenek Habibah Abdul Rahman.
Kiri, Aminah (si sulung), kanan Yusuf (meningggalk muda), Idris


2.

HANYA sekeping gambar keluarga yang ditinggal datukku Haji Husin Majolelo. Gambar bersama isteri datuk, nenekku Habibah binti Abdul Rahman. Melihat dari gambar ini kukenali maktua Aminah, Mamak Yusuf (meninggal dunia) dan mamak Idris. Difahami maklang Sharifah (l 1927), masih kecil sedang ibuku Bainah (1929) dan busu kembar kami Mohd Din, dan Mohd Zain belum lahir lagi.


1987
Gambar inilah menjadi titik tanda pertemuan waris keluarga di Ranah Minang. Setelah kerja penelitaan di Muzium Adityawarna (MA) 1987, munda mandir di pusat kerajinan songket, sulaman Pandai Sikek, Payukumbuh, Sunggayang, yang dibantu oleh Pak Bustami kepala MA, selesai saya mulakan penjejakan keluarga. Pesan Paklung Haji Rauf (anak lelaki suluh datuk dengan isteri pertama) , seperti yang diceritakan oleh Mak , " carilah kampung  Turawan tidak jauh dari istaa Pagarruyung, di situ asal , datukmu Haji Hussin. Ada pesan dan petunjuk lain, carilah kampung, yang perempuannya menguli tanah lliat dan membuat  periuk belanga, di situ juga keluarga utama moyang, tempat asal ayah nenekku, Abdul Rahman.

Tradisi Melayu yang tidak mencatat secara rasmi, hanya ingatan dan tuturan disampaikan dari mulut ke mulut. Teknik ini juga kulakukan ketika berbual dengan pemilik Hotel Pagarruyung. Seorang anak muda, mengenalkan dirinya sebagai Indera sudi menemani pelacakan pertamaku dengan honda kecilnya. Kami menyusur, ke arah Padangmagek sehingga berhenti di sebuah rumah untuk bertanya. Tradisi masyarakat Minang juga yang ramah dan menerima singgahan hingga pemilik rumah mencadangkan agar, mencari orang tertua di Turawan, untuk bertanya tentang anak negeri yang merantau ke Semenanjung pada zaman Belanda. Tanpa kuketahui  tarikh sebenarnya kedatangan datuk.Hanya instinkku cepat merasakan datuk pasti sudah tiba pada tahun 1860an. Ini berdasarkan tarikh meninggal dunia datuk di batu nisan tercatat 1933. Manakala di catatan batu nisan Paklong Rauf, tertulis tarikh meninggal 1976 berusia 90 tahun. Sekurannya, tarikh kelahiran Paklong Rauf dapat menjawab tentang tarikh keberadaan datuk di Tanah Melayu iaitu sudah berada sekitar paling lewat datuk sudah tiba pada 1860an. Bererti Indonesia berada dalam kancah perperangan dan perjuangan melawan Belanda

Kenapa Merantau. Ya merantaulah bujang dahulu, di rumah berguna belum .Tetapi sebelum merantau sudahkan hati dan jiwa dibekali ilmu. Di manakah datuk berguru, berguru dunia dan akhirat. Tidak ada siapa dapat menjawab. Maka muncullah seoerang lelaki tua, kupanggil beliau Pak Datuk. Dialogpun bermula. Drama tanpa skrip tapi mengalir lancar dan mesra:

Datuk - " dari dima tu.."

SZI - " dari Malaysia tuk "

Datuk - " ambo panah datang ke Kolang, tingga di Gombak, paman ambo Haji Husin, anaknyo Aminah, Dirih (Deris) dan Sharifah..."


***

MasyaAllah, inilah orangnya...inilah dia Datuk Muhammad Rashad yang pernah di sebut Mak, anak saudara datuk yang pernah datang dan tinggal bersama keluarga di Gombak. Ku keluarkan sekeping gambar keluarga, menghulur kepadanya. Beliau menyambut, memerhati kemudian kulihat jemarinya tergetar, matanya menyala tapi kenapa kesannya bersedih. Dia berbisik kepada seorang anak kecil. Si Kecil itu keluar dan beberapa minit kemudian tiba dengan bungkusan di tangan. Bungkusan itu dibuka perlahan, dan munculah sekeping gambar yang sama, kertasnya sudah kuning berdebu...Ya Allah, Maha Besar KuasaMu...mempertemukan aku dengan mamak Muhammad Rashad Datuk Sulaiman yang menerima gelar setelah datukku menolakkannya kerana harus pulang ke pangkuan keluarganya di Gombak...

***

(Nota Ranah Minang),
..bersambung ke ANM 3)..

No comments: