ANTRA program kami di Pulau Tioman ialah meninjau ke Sekolah Kebangsaan Kampung Mukut. Tujuan asal ialah untuk menyampai sumbangan buku. Alhamdulillah umumnya membawa buku masing-masing. Terutamanya UPENA sebagai penerbit UiTM Segamat. Setengah terkejut dan terharu, bila mengetahui jumlah murid hanya 25 orang. Mengikut keterangan guru yang menyambut kami di pagi Khamis (24 jun 2010), kebanyakan penduduk sudah berhijrah ke tanah besar, sama ada ke Mersing (Johor) atau Rompin, Pekan (Pahang) antaranya mengikuti rancangan tanah FELDA.
Penduduk kampung pula hanya terdiri daripada 32 keluarga. Seorang pelajar Phakarul, bila kutanya, " - " Anak suka belajar di sekolah? "
sungguh terkejut bila murid ini menggeleng kepala.
- "Kenapa ?"
- " Guru selalu suruh belajar, bosanlah "
- " ha?"
motor begini. Inilah kenderaaan (tepian kereta) untuk mengangkat
barang kepeluan sekolah dari dan ke jeti. Sang
guru tetap tersenyum dengan tugas jauh di pulau
Cikgu Redhuan mendengar perbualan itu.
- " Phakarul sedih, kerana ibunya di Tekek, kerana jauh, kami jadikan dia sebagai anak angkat, jadi ketat di rumah, selalu disuruh buat ulang kaji , tapi Inyallah dia akan dapat menyesuaikan dengan bahan bacaan..."
Murid-murid ini setelah selesai kelas 6 akan dipidahkan ke asrama di Tekek...sebelum mereka tamat di sana dan berpeluang menyambung pendidikan di tanah besar. Insyaallah. Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Mukut ini lengkap dengan bilik darjah, guru, bilik guru, bilik pandang dengar, perpustakaan mini, halamanan yang bersih dengan deruan ombak mendesah memberikan kesegaran. Guru juga berwajah ceria dan sehat dengan cuaca dan angin laut China Selatan. Walaupun mereka dihantar selama 4 tahun namun bagai tidak kelihatan wajah kesal. Ketika kami sampai, murid-murid sedang menyiapkan acara perpisahan Chikgu Sham yang akan meninggalkan pulau dan bertugas di Cheras, Kuala Lumpur.
Antara 4 wajah guru (di belakang kami) semua berjumlah 8 orang
Buku-buku kami sudah bertukar tangan. Kumpulan pensyarah UiTM Segamat dan Melaka sungguh gembira dan berfoto buat kenangan, terharu juga menatap wajan senyuman ceria guru-guru di pulau .
Buku-buku kami sudah bertukar tangan. Kumpulan pensyarah UiTM Segamat dan Melaka sungguh gembira dan berfoto buat kenangan, terharu juga menatap wajan senyuman ceria guru-guru di pulau .
Bakal pemimpin masa depan. Insyaallah hanya ilmu yang memberi kehidupan lebih kuat untuk berjuang demi ummah - dari pulau, pulanglah ke pulau....membangun pulaumu wahai anak-anakku.
******
Sanggar Nilam
Bukit Kanching, Rawang
Bukit Kanching, Rawang
28 Jun 2010
2 comments:
indah sekali kutipan kenangan di Mukut, terpesona dengan gunung 'twin tower' yang bagaikan mengalu-alukan kedatangan kita..
hahahha...saya dah ada dua pembuka esei pelayaran..ini akan dipanjangkan. Minta kawaN-kawan lain menulis catatan masing-masing MENGIKUT bidang masing-masing dan fokus tumpuan cadangan kajian masa depan - untuk kita jadikan buku terbitan UPENA???
Post a Comment