Sunday, 20 June 2010

Mengenang Yang Datang Yang Pergi

Wajah si kecil Jingga ketika pertama kali masuk
ke rumah, usia 4 bulan, takut melihat Bucuk
KETIKA Jingga datang ke rumah, baru berusia 4 bulan, hadiah daripada Sya kawan Melor. Masih takut melihat Bucuk yang sudah segak perkasa, menjeling aneh. Marah? Cemburu

Sejak Jingga masuk ke rumah, Bucuk bersifat tidak peduli. Akhirnya keluar tidak mahu tidur di rumah. Sebaliknya menumpang di rumah Busu kami di sebelah, tidur dalam stor, dan pasti kehujanan kerana stor itu tidak berdinding...sudah ada kawan muda, bersama. Hanya pulang ke rumah ketika bau Melor mudah dirasanya. Dia melenggang, dengan getaran loceng menyambut Melor. Itu lebih 3 bulan lalu. Sekarang Bucuk tidak kelihatan bayang. Apakah kau merasa dirimu mula sakitan. Tidak, umurmu baru setahun segak dengan bulu menggebu...atau kau sudah dibawa oleh penyayang lain? Buccccuuuuk kami menunggumu....selalu memanggil dan menyebut namamu....sekarang Si Kecak telah melahirkan 6 ekor anak...dua berwarna seperpti mu...anakmu barangkali. Pulang ya, lihat si Bulu Kembang dan si Bulu Kuncup , belang abu baka mu !!
*****
21 Jun 2010

2 comments:

myQza said...

kemanakah bucuk membawa diri agaknya.

dalam tempoh 3 bulan 2 ekor kucing saya mati. :(

sedid rasanya hati!

umi_e said...

Salam kak...

Sedihnya Bucuk tidak muncul-muncul... Mungkin Bucuk keluar mencari cibta ;)