SEJAK kehidupan seharian yang calar balar dengan isu semasa, perang politik di parlimen, bom tercanggih meledak di semak bukit, isu dagang, bangunan dan tanah runtuh, peniaga tertipu, pencuri ayam di penjara, penggelap harta berjuta bebas berjenaka....saya membawa hati, berbisik dan mengadu sambil mendengar nasihat nenekku: 45 tahun lalu nenek berbidal, : macam menjirus air di daun keladi, bijak cucu nenek macam Puti Mancik. Saya juga kerap menghalau itik ke reban dengan deretan anak-anak mengikuti ibu, hingga nenek bersuara lagi " itik pulang petang" pun tahu pulang ke rebab.
dua orang sahabat yang menyokong kerja seni lukisku
Saya tinggalkan kampus walau kawan-kawan seusia masih menyambung kontrak kerja. Dunia profesor di kampus sudah selesai. Terasa letih mengajar pelajar yang sudah dewasa, bijak dan degil, mengeluh bila diminta menganalis bahan bacaan. Sedang di tadika apakah yang dibaca si kecil kita? Tidak ada bacaaan Melayu yang cantik seperti ungkapan bidalan nenekku dulu. Saya sudah bersedia untuk melakar semua bidalan yang masih terngiang . Kembali menyimak tulisan Pak Zaaba, Pak Sako, juga tulisan Winstedt, Issabell L Bird juga Gullick.Ada jenaka dan lucu mereka mempelajari pantun orang muda dan jenaka mak bidan dengan berbagai macam bidalan. Ya saya melakukan untuk genenasi muda bangsa ku
Pelukis itu melakar dengan tinta dan warna. Tetapi saya pilih hitam di atas putih. Di mana-mana ketika dalam bilik seminar, sambil menunggu pesanan makanan, di stesyen kereta api di lapangan terbang, malah di depan pasar juga terus melakar. Kerap juga saya tersentak bila ada yang bersuara " Eh awak macam Lat - buat katun ke". Saya tersengeh dan terus melakar sejak tahun 2008-2009. Akhir November 2009 saya bawa ke meja mesyuarat ITNM. Semua staf yang datang turut bersetuju dengan cadangan Tuan Khir Ngadiron.." Ya kami akan terbitkan. InsyaAllah dapat disiapkan sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2010". Ya hanya ucapan terimakasih yang termampu dilafazakan kepada semua staf ITNM juga penterjemah buku ini Puan Shahnaz Mohd Said. Walaupun kita tidak berpeluang berbincang bersama , semoga di lain waktu kita bersua untuk lebih sama selera puisi kita. Begitu juga ketika menyusun judul
pepatah ini saya mengaturkanya mengikut abjad bahasa Melayu. Tetapi kerana bahasa Inggerisnya didahulukan, maka judul berdasar susunan abjad tidak ketara lagi.
Sekarang buku ini sudah di tangan anda. Sudi kirannya memberi pandangan dan kritikan untuk saya perkemaskan lagi di masa depan. InsyaAllah.
*****
Anjung Kasih Bonda
Bandar Baru Bangi
29032010
3 comments:
Dr. Siti,
Buku ini sedang menjadi kegilaan anak-anak saya. Mereka bukan sekadar suka akan lakaran itu, mereka juga mula belajar erti pepatah melayu termasuk terjemahannya di dalam Bahasa Inggeris.
Ya, ini bukan sekadar buku untuk orang dewasa, tetapi untuk anak-anak juga! Terima kasih kerana menulisnya. Semoga akan ada siri yang lain pula. Gaya ini cukup berkesan untuk pembaca-pembaca cilik!
Bonda Siti,
wah Dr Ros, bergayanya. tadi makan siang dengan Dr Ros dan Pak Misran. eh, tempohari lupa ya ajak sekali ke anjung Bonda? tahniah bukunya!
Ya Nisah....ini cerita dari nenek saya....sudah selesai tugas dan pesan nenek, agar pepatah ini dilanjutkan.....ya Mawar....dah cuba hubungi mawar katanya sibuk sampai petang, pasti Dr Ros lupa nak beritahu, agar bawa Mawar juga ke anjung bonda...lain kita kita jumpa lagi bila Dewangga Sakti nak denting gambus saktinya....
Post a Comment