Thursday, 25 December 2008

PENULIS SELANGOR DI MANA RUMAHMU?

Bangunan Sultan Abdul Samad, pernah menampung
kegiatan seni budaya di panggung seni, sekarang
bukan milik Negeri Selangor lagi
Rumah lama di Jalan Haji Hussin, Kampung Bharu
tersepit dicelah bangunan batu yang ghairah bersorak.
Mungkinkah di sini dulu berhimpun penulis Selangor?

HANYA 6 hari saja akan tiba tahun 2009. Beberapa isu sastera tanahair terus berkocak. Selain isu bahasa Melayu yang makin terpinggir dengan keluh kesah, tercalar dan marah. Baik PENA mahupun GAPENA batin terus berkecamuk. PENA memancing dengan mencabar GAPENA - mujur kerabat GAPENA tidak melatah. Pagi ini masuk pesan daripada Tengku Alaudin yang meminta pesananya dipanjangkan. Baik saya turun pesan pagi beliau:

"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009. Marilah KITA sama2 menguatkan lagi Perpaduan KITA semoga KITA dHormati dan dSegani mSEMUA..HIDUP MELAYU. sila hantar Puisi ke sayir gurindam pantun sajak ke rumah GAPENA untuk dikumpulkan dan dibaca pada 14.2 hingga 15.2 sempena perarakan KERANDA 152."

Wah bagi saya ini bukan satu kejutan. Tapi inilah detik yang ditunggukan setelah peristiwa Perarakan Keranda 152 (1) 40 tahun lalu. Kenapa ini terjadi? Rupanya keluh kesah ini juga berentetan berulang, isu sastera terpinggir di Negeri Selangor Darul Ehsan ketika kami berkumpul lagi di Shah Alam (25 Disember 2008). Siapa penggerak pertemuan ini? Mungkin PAKSI oleh Dinsman atau KEMUDI atau PPS. Barangkali ini tidak perlu di pertikaikan. Soalnya, kenapa sastera masih dianggap tidak penting, beberapa acara yang dicadangkan oleh beberapa persatuan penulis di negeri terkaya di Semenanjung ini masih dipertikai.

Ismas Saring amat berhiba, mula bersuara nyaring marah...antologi puisi KEMUDI bertahun tinggal dipercetakan tidak mampu disiapkan kerana tiada dana. Malah jelasnya " apakah saya harus menjual tanah demi perjuangan sastera." Secara peribadi tegasnya " Kami mampu keluar modal untuk percetakan karya persorang atau berkongsi 3- 4 orang. Tapi untuk antologi bersama lebih 30 orang siapa sanggup keluar dana bersama. Penulis hanya serah puisi, diam menunggu hingga karya terbit dan ingin dapat percuma. Mana boleh jadi?"

Ibrahim Ghafar yang aktif dengan Sanggar Wong Kampung (juga menerbit puisi bersma Ismas Saring) harus bergerak sendiri, meneroka pembacaan puisi malah menjaring kegiataan kembara puisi di Indonesia. Keluhan dari KEMUDI pula diluahkan oleh Ahmad Sarju, menjelaskan kegiataan memberi ceramah, bengkel penulisan bukan saja di kalangan ahli tapi juga menembusi ruang sekolah. Usia KEMUDI bukan muda lagi. Nama-nama tenar sebagai penggerak perlu dicatat antara Atondra yang terkenal sebagai pengembara menghasilkan sajak cerpen dan novel. Kalau KEMUDI bertapak dan aktif di Kelang, muncul Persatuan Penulis Selangor (PPS ) yang bertapak di Hulu Langat awalnya dikendalikan oleh Marwilis dan Sahlan M Saman. Di kampus UKM ahlinya bersambung dengan kegiataan penulis muda Selangor (mahasiswa) dan mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar Sastera. Namun disertai juga oleh penulis dan khususnya sejatak tahun 1980an.
Barangkali inilah detik yang semakin mencabar, apabila pembimbing lama sudah mula letih, yang muda-mua pula masih menanti, mencari dan mengharap agar ada yang menyokong kegiataan sastera. Dalam hal ini GAPENA tetap menyokong kegiataan di Selangor. Namun di sana sini masih ada jarum uji yang menyengat. Betapa sukarnya mendapat sokongan dari pihak penguasa tempatan (Selangor) sehingga dana untuk kegiataan kerap dipertikaikan. Siapakah yang harus dipersalahkan. Majilis Kebudayaan Selangor di bawah sokongan Datok Samad Maharuddin pernah aktif beberapa tahun lalu. Mengendalikan program anugerah Sastera dan Budaya. Tapi program itu berhenti di tahun ke dua. Itulah tahun-tahun duka bagi kaum penulis di Selangor. Kita dianak titikan keluh J. Atau pesan Shukur Haron,
" Kita janganlah mengharap dana dari luar yang penting kekuatan diri,
yang terus mengaktifkan penulisan."
" Jangan tunggu anugerah, yang penting terus berkarya " . Tambah Beb.
Siapakah penulis Selangor? Di mana rumah kegiataannya? Mana Kemala? mana Firdaus Abdullah atau A Ghafar Ibrahim. Lebih jauh masihkan penulis muda hari ini mengingati i jasa A Samad Ahmad yang terus mengutip cerita lisan menulis hingga Si Tanggang, batu Belah Batu Bertangkup menjadi cerita warisan penting di Selangor, tapi sudah dilupakan juga? Lebih jauh bukankah sudah diperjuangkan oleh Ibrahim Kajai asal Setapak, Pak Zaaba yang pernah menempati rumah di Kampong Bharu dan Pak Sako di Hulu Langat juga menggerak nadi penulis di Selangor.
Sungguhkah YB Radhiah (?) Ismail dapat menanggapi kegelisahan Dinsman, Ismail Saring, Haji Ghazali, atau suara pembimbing penulis muda melalui kegiataan ESastera? YB sudah memberi lampu, sudi mendengar keluhan penulis walaupun datang lewat, namun penulis masih mengharapkan, agar kegiatan seni budaya tidak disalah tanggapi - seni hanya hiburan. Definisi seni budaya sendiri kurang dimaklumi oleh ADUN sendiri. Malah beliau menyarankan agar bengkel seni budaya perlu diadakan buat ADUN . Wah ini saranan menarik, kerana selama ini kita kaum penulis merintih minta bantuan itu ini, tapi para penguasa sendiri tidak mahir menangani bidang yang dianggap remeh ini. Selepas ini barulah kita menyarankan, kami perlu Rumah SASTERA? Tetapi siapa pula yang akan merealisasi keinginan ini dan siapa pula yang akan bertanggung jawab mengendalali program yang hanya bermusim? Satu cadangan saya ialah penulis haruslah bergabung dan menghargai kegiataan bersama dan saling bersahabat antara satu sama lain agar penulis tidak lagi menunggal, menyendiri atau bangga sendiri. Tinjau-tinjaulah rumah penulis Selangor kita yang berselerak di 9 daerah baik di Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak-Rawang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan lain. Tinjau-tinjau sisa-sisa rumah lama milik JKR atau milik Orang-orang Kaya yang ditinggal sepi, kita jadikan Rumah Sastera di daerah yang dilupakan. InsyaAllah.
26 Disember 2008
10:57

No comments: