Thursday, 25 December 2008

NAMA KELUARGA ?

Konon di situ dulu rumah yang ditempati oleh Ibrahim KAJAI dan adiknya Rahimah KAJAI di Setapak , K.Lumpur .
Sisa-sisa rumah tokoh Melayu di Kampung Bharu - tinggal kenangan. Bersebelahan Kelab SultanSulaiman dan Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu.Konon rumah ini pernah diinapi oleh tokoh-tokoh pejuang Melayu tahun 1946. Kemudian ditumpangi oleh ahli UMNO . Siapa peduli bila penghuninya sudah pergi?(SZI,2008)

KETIKA di zaman sekolah rendah (1960an) saya tertanya-tanya dengan nama-nama sahabat ibu dan saudara mara lain. Antaranya ada yang bernama Ramlah SIAK, Rahimah KAJAI , Se'a BATANG KAPEH (Kapas), datuk sebelah ayah pula bernama Talib BATUBARA dan datuk sebelah emak, Husin MAJOLELO. Manakala Ninda sebelah ibu pula bernama Habibah Abd Rahman@Doman MAGEK dan Ninda sebelah Ayah bernama Galoh SINDANI. Ibu juga kerap membawa saya ke rumah mereka di pinggir Setapak, Kampung Puah, Sungai Merali dan Kampong Bharu. Menjelang dewasa nama-nama itu hilang begitu saja. Tetapi ketika membuat kaji lapangan ( untuk PhD), memasuki daerah perdalaman Sumatera, Jawa, Makasar saya tersentak kembali kerana nama -nama itu rupanya nama-nama tempat : daerah dan desa khususnya di Sumatera. Ini bererti mereka adalah keluarga berasal dari sana. Sila rujuk petak Sumatera Barat

Bagaimana pula dengan nama anda adakah juga diikuti dengan berdasarkan nama tempat kelahiran seperti Hamzah Fansuri (dari Fansur = Barus), Nurudin ar Raniry (dari India sana) atau berekor dengan Al-Banjari, Al-Marbawi, al -Kurawi? . Mana tahu selepas ini sayapun memakai nama seperti yang pernah dipanggil Ninda, Puti Mancik Gombak? hahahah Puteri Tikus dari Gombak lhe.

No comments: