Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Sunday, 13 May 2012
Thursday, 3 May 2012
Janji Al Aqsa - buat Hisham Sweaki
Data perjalanan
bukti kau telah melakukan kerja
dengan gembira direstui Ilahi
tiba di rumahMu yang ke tiga
melangkah ke dalamnya
kau penulis kadang hanya terkait impi
realitinya amat sukar ditebak sebuah janji
sungguhkan kau berhasil merakam
dan mereka menerbitkannya?
Al Aqsa
aku tiba sejak subuh ke senja
kusujudi tapak kekasihMu Ya Ilahi
di bawah tanda pertama Qiblat dan pintu rahasia
buraq diikat
dan aku di bawah bayang teduh zaitun
sekilat cahaya hatiku meruntun
Janji belum juga kugengam nyata
tulisan sudah digubah ikat
bersabarlah hati
ujian Memang tidakkan berhenti!
Sayap Kasih Al Aqsar
berterbanganlah dulu
segemilang tanah kesayangan
perjuangan Umah yang diamanahkan
maafkan hati yang menunggu kau
aku datang lagi. InsyaAllah!!!
5 Mei 2012
Sunday, 29 April 2012
Kukembalikan
KUKEMBALIKAN
Harta ini
Milik sementara
kembalikan
kepada pemilik asalnya
hartamu tanpa bentuk
hanya suara dan perlakuan
Cinta Lazuardi
sedalam lautan
MilikMu
biarkan aku
merangkulnya
tanpa Jemu
Embun Yang Satu
CintaMu
menggegar kalbu
hitung terima
sedari aku
hitung terima
sedari aku
hanya di RumahMu!
*
29 April 2012
Setelah Senja
Memang hari
sudah dirasakan menjejaki senja
makin terasa bukit diri kian terbiar di puncak
awan kerap berpintal
dan hujan meniris ke kalbu
hingga kerap ku lontar pesan
jangan cari aku.
Langit senja
kau lihat tanah kering
kerikil hangus
mentari membakar angin
silih berganti
dan angin menderu
tanpa pilihan
inilah Suruhan
inilah Tugasan
bukit dan gunung bergoyang
berjalan terhoyong
tetap jatuh dan berdri
tidak jua kau insafi
Langit petangmu
jangang kau biar
día berhati walang
kau sebentar lagi
akan Pulang!
***
Senja-Isyar
29 April
(@SZI , Gambar Perjalanan Jeddah-Mekah
Oktober 2011)
Monday, 23 April 2012
Kalau saya disyaki tidak menepati janji
ya benarlah. Tapi kadang waktu terkekang
oleh hal tidak terduga. Maafkan saya
kawan. Acara ditentukan oleh waktu
jam sekian. Waktu itulah kadang terkeliru
di catat dalam diari.
Dalam kenderaan pula ada
penumpang tidak mungkin dibawa serta
ke ruang peremuan. Di tinggalsendiri
dalam kereta pasti kelemasan.
Saya pilih pulang!
Maaf sahabat senimanku
tidak dapat bersama
menghayatai persembahanmu
tanda saksimu
bercahayalah
(buat Zubin)
tanda saksimu
bercahayalah
(buat Zubin)
Kuikat Janji
Biar kuingatiMu selalu
Biar semua sudah jauh berlalu
Kau tetap memberi jaluran hari
dan Iman keberkahan
kuikat janji
dan peti saksi
kau harus
meneraju taqwa
hidup kerikil
terlontar ke sana sini
kau mengimatnya
menjaadi delima sakti
melangkahlah
tanpa bosan
menatap ghairah kehidupan
anugerah Yang Satu
Amin.
25 April 2012
Kampung Bandar
Dalam
Dalam
Thursday, 22 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

