Monday, 8 June 2009

KEHIDUPAN PEJUANG BANGSA

Petikan dari Delima Ranting Senja:

Lapan tahun. Lapan tahun
itulah dunia sunyi senyap
angin pun tidak tersimbah ke kamar gelap
yang muncul mata curiga
senyum yang tertusuk
dan siapakah di luar sana
yang dapat mendengar keluh kami
suara yang tertahan
untuk siapa kami bicara?
(lih. hal 187)
* * *

AKU ke gunung, ya benar, tapi apakah yang ke gunung itu harus menyatu dengan penentang. Kumpulan NGO kami hanya menghantar misi, menghantar ubat untuk masyakarat kampung, mereka sudah trauma, takut dengan pendatang diawasi terus oleh penentang (ya pejuanglah di mana mereka), lalu aku kau katakan menyokong pemberontak....
HANATEPU, hanatepu, saya tidak tahu, saya tidak tahu...Begitulah ungkapan orang kampung apabila pengawas datang dari pusat kota bertanyakan orang yang dicurigai...dan kau terheret di situ? (lih. hal 298-299)

JURAI DAUN POKOK MELAKA

Pokok Melaka di kota Melaka (Melor, 6 Jun 2009)
DI BAWAH pohon rendang inilah dulu, Parameswara terkejut, bila anjing
perburuannya ditendang pelandok putih, lalu bertitah,
- " Apakah tanda gerangan wahai Memanda, hingga anjing beta dialahkan oleh pelanduk putih yang kecil itu...tapi hebat perkasa..."
- " Ya Tuanku, sudah ditakdirkan , binatang kecil lagi bijaksana, tahu rahsia kesombongan binatang peliharaan kita..."

- " Kancil bijaksana? Wah....wah baiklah kita bersihkan kawasan perbukitan ini, buat parit jadikan kota, eh....pokok apakah yang rendang ini hingga memberi ketuhan kita untuk berteduh di bawahnya Memandu..."

- " Inilah pokok m e l a k a Tuanku..."

- " Baiklah kita beri nama negeri ini Melaka....oh Melaka...."

Pause!

CIRI KOTA METRO


SEJAK Negeri Bersekutu ditubuhkan 1840an, terutama terikat dengan Perjanjian Pangkor maka Kuala Lumpur sebagai ibu Negeri Selangor menjadi tempat tumpuan orng-orang yang datang dari Perak, Pahang, Negeri Sembilan. Kuala Lumpur dan Selangor mula dibauri aneka budaya yang diwakili oleh penduduk pendatang dari luar Negeri Selangor. Hinggalah sekarang, sukar untuk menentukan siri budaya Selangor. Kalau Johor terkenal dengan zapin dan gambusnya, Melaka dengan ikan tenggiri atau parang asam pedasnya, dondang sayang, Kelantan-Trengganu dengan budu, nasi dagangnya, gimana dengan Kuala Lumpur-Selangor? Kini Kuala Lumpur terus dijalari aneka budaya, termasuk makanan , seni bina dan seni hiasanya. Nah lihat kedai makan yang baru muncul di Jalan Tunku Abdul Rahman, Restoran 24 jam (orang KL tak tahu tidur ke?) lihat menunya:


tercatat masakan ala carte , mee, nasi campur, ikan bakar, western, nasi kandar, masakan Jawa...ha jelas si empunyai restoran ini lebih memikirkan tamu pendatang yang mahu bergaya selera barat (western food), orang jawa, mamak Penang...hingga lupa memasukkan menu Masakan Melayu? dan inilah senarai nama masakan itu:


mee jawa, mee bandung, mee siam, mee hailam, mee hokian, ais bandung, rojak mamak, termasuk aneka steaks (beefsteak , eh ada telur bifstik juga?)....mana pindang, mana singgang Selangor, pecal Sungai Besar....hai Datin-datin YB Selangor, bilalah nak adakan pesta makanan Selangor? Dan senarai menu negeri di hotel mewah kerajaan negeri kita bilalah nak berubah?


*saya nak cari (masak) ikan sepat berlada cili hijau gaya Jawa Tanjung Karang


SISA WAJAH BATU ROAD = JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN

JUMAAT - di Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road) . TONG SAMPAH DBKL - jelas reka bentuk yang praktis, hijau sesuai dengan konsep menghijau taman. Bentuk tong lurus tegak dengan ruang persegi sebagai mulut untuk memasukkan sampah. Seni hias hanya merekam logo DPKL motif kepala singa. Tong tampak bersih kerana gambar diambil hari Jumaat (bandingkan tong sampah di jalan-jalan negeri Melaka - bentuk bakul sia, tong sampah di Kuala Trengganu...dan di negeri Perak sudah jelas dengan ciri tempatan mereka)
RUMAH KEDAI, yang masih bersisa. Di kirinya sudah diganti dengan Bank BUMIPUTRA (kenapalah menjadi CIMB). Bangunan sisa zaman kolonial dengan gaya ART DECO (1930-1940an), ketara dengah hiasan liuk dekoratif flora di atas tingkap. Sudah ditinggal sepi, hanya menunggu dirobohkan saja. Kenapa DBKL tidak belajar daripada Kerajaan Negeri Melaka, yang terus melestarikan bangunan lama di Jalan Hang Jebat ( Jonkers Street). Dulu di sini dikenali sebagai Batu Road, kerana jalan bermula dari Kampung Batu menunju ke arah jalan Bangsar...dari Medan Tuanku sekarang, menuju ke Masjid India terletak beberapa kampung: Kampung Rawa, Kampung Jawa (di sekitar Jalan Tun Perak sekarang), Kampung Semarang (di Sogo sekarang) . K.Lumpur dulu pada awal awal 1830an adalah kawasan berair, rawa-rawa, berlumpur, peneroka orang Bugis, Minang , Jawa dan Mandeiling, turut bersawah padi, menanam getah atau berlombong. Ketua mereka antara Dato' Abdullah Hukum (Kampung Kerinci) dan Dato' Dagang (Kampung Bharu). Di sekitar Jalan Melayu (dari arah stesen Masjid Jamek) , mereka membuka kedai makan Minang (Pak Mohidin, ayah Latif Mohidin, Pak Abdullah -ayah Dato' Firdaus Abdullah - mantan pengarah DBP) atau membuka kedai jahit (termasuk Pak Agus Salim dan Pak Wahab - ayah Din Wahab ).Jalan Melayu lebih awal popular daripada Mesjid India....tapi sekarang DBKL seakan melupakan Jalan Melayu, Kenapa ?

Sunday, 7 June 2009

JUAL BUKU - DERMA KE RUMAH ANAK YATIM?

PEMANDANGAN di depan pintu masuk untuk ke pejabat kerajaan dan swasta. Gadis kecil ini harus berpanas mengejar pelanggan - suaranya merayu..." Encik/ Cik beli buku, derma ke rumah anak yatim..." Bagaimana kalau yang dikejarnya ialah YB Datok atau YB Datin
yang keluar terburu dari bangunan dan menuju ke kereta rasmi yang sudah menunggu. Ku kira memang selalu mereka terpempan dengan gadis ekcil ini (mungkin kumpulan yang lain). Teguran kepada Pengarah Penerbitan yang mencetak dan menjual buku-buku agama, memancing pembeli atau penderma yang murah hati. Sekali terdengar dialog begini,
" Derma ikhlas hati saja --untuk tabung..."
" oke ini RM 5.00 derma ikhlas saya...."
" ehh harga buku ini RM 10.00"
Ha apa komen anda, kalau yang bersuara itu memang anda sendiri
(saya nak jual buku puisi, lambak di depan bangunan tu...pasti dihalau pengawal)

ORANG MALAYSIA SUKA MAKAN DAN BERBELANJA

Selepas makan, inilah waktu untuk berbelanja...
memilih jualan murah...tak beli jeling-jeling dah menyeronokkan...

5 Jun, HARI JUMAAT - hari indah bagi lelaki Muslim diberi waktu panjang untuk keluar awal (pukul 12 tengahari) untuk ke masjid. Tetapi wanita kemana? Jumaat kelmarin saya terlewat tiba di pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - tepat sampai pukul 12 thri kerana berputar-putar menjaci tempat kereta di Simpang Maju. Di tingkat 34, ada tiga orang staf sibuk depan komputar (pasti dengan facebook le), ketika mencari pegawai berkenaan, semua pintu tertutup...saya kembali ke depan, bertanya salah seorang menjawab,
- " oh dah pukul 12, semua keluar"
- " eh perempuan ke masjid juga ke..?
Saya tahu mereka marah kerana pertanyaan begitu.. tak pe , saya berlenggang turun cuba menghibur hati setelah menyerahkan surat laporan rasmi projek pameran Angin Si Pauh Janggi....kemana lepas ni ....
Pukul 12.15 tengahari , mereka sudah menjamah makanan -
yang lelaki tu cuti minggu ini ya?

Pukul berapa mereka akan naik ke pejabat? Kalau pejabat kerajaan, biasanya pukul 2.30 yang perempuan baru masuk ke surau. Pukul 3.30 belum pasti mesyuarat dapat dimulakan.
Ini catatan seorang yang tidak lagi terburu-buru ke pejabat - seorang pesara kerajaan berkeliling mencari kedai buku di bangunan Simpang Maju. Terjumpa kedai mamak ....jual buku cinta popular saja dengan majalah macam-macam : pengantin. fesyen, bola sepak blaaa, blaa jangan harap jumpa Dewan Sastera atau Dewan Budaya di sini. Datuk Seri, jengah-jengahlah, kalau betul kita nak bina Kota Buku, harus juga disyaratkan setiap bangunan perniagaan, ada kedai buku....Atau DBP juga harus disyaratkan membuka cawangan kedai buku kecil di mana-mana, jangan di bangunan menjulangannya , tapi kedai buku di situ juga malap juga....

Friday, 5 June 2009

KEPADA WARGA KAMPUNG BHARU

Rumah bumbung limas Kampung Bharu, Kuala Lumpur
INI sisa rumah lama. Di sinilah berkumpul para pejuang awal, himpunan Melayu pertama di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman Kampung pada tahun 1946. Rumah ini di sebelah Sekolah Kampung Baru, kini ditinggal tidak bermaya. Kemanakah penghuni awal, atau warisnya? Kini ditempati /disewa oleh pekerja asing, namun mereka tetap setia dengan bendera di tangga. Jenguk-jenguklah rumah ini, mungkin dapat di jadikan Galeri Sejarah Kg Baru...! Sedangkan Kelab Sultan Sulaiman di depannya sudah dibaik pulih dan diwartakan sebagai Khazanah Negara oleh Jabatan Warisan...bagaimana pula rumah setia ini? (saya cadangkan warga Kampung Bharu khususnya Persatuan Penduduk Selangor Wilayah Persektuan) mohonlah dana daripada Tan Seri Azman Hashim ( Bank Arab Malaysia ) bukankah orang Kampung Bharu dan ibu beliau Cekgu Bedah Hashim ialah mantan guru besar Sekolah Kampung Baru (tahun 1950an) ?