Sunday, 22 March 2009

Singa Pulau Pinang, bukan singa Barong Bali ya Cik Melor

10 Feb 2007, kami berhari raya china di Pulau Pinang. biasalah singapun melompat-lompat, Cik Melor pun bagai melatah, mahu ambil gambar tapi sembunyi di balik tiang. entah kenapa lah Cik Melor ini, dulu di tahun 1986, di Kelungkung juga terpingkal-pingkal menyorok di belakang Bu Yasmin, takut dengan singa barong kecak. Ni, dia baru balik dari Ubud ikut acara Nyepi, masih takut dengan singa barong ke lagi?

Bilik Mandi gaya lama?

Setelah peristiwa adik kelemasan di besen mandi, rumah kami jarang lagi membiarkan air bertakung dalam besen. Itulah peristiwa tahun 1954, adikku
Zainal Abidin bin Ismail (Allyarham) tergelunsur dalam besin berair suam kuku, Mak terlepas adik setelah menyabun badan adik . Itulah rahsia sehingga Mak kerap menangisi pemergian adik. Seingatku memang Mak jarang membeli besen dari bahan zink lagi. Tiba-tiba aku kembali mencari besen seperti itu sehinggalah terjumpa semula di kedai IKEA .
Jadi di bilik mandi di rumah lama Mak kutadah air bertakung terasa sejuk dingin dan harum dengan pelepah daun pandan. Batu-batu kerikil putih, batu - batu sungai terhimpun sejak lama, menghimpun segala rindu silam. Al fatiha buat Bonda, Abah, Ninda dan Adindaku . Amin

4 Ekor Bayi Tam-tam



GARA-GARA kelahiran bayi-bayi inilah Tam-tam begitu riuh rendah melindungi, dari diganggu bapa kucing. Hingga Bucuk membawa diri, dan sejak dua hari lalu Tam-tam makin galak, mencakar Jingga. si kecil Jingga ketakutan lari keluar ruang dan tiba-tiba dapat memanjat dahan pokok jambu jambak, dan akhirnya menginau nyaring kerana takut turun. Tapi sayang ke 4 ekor bayi Tam-tam tidak menampakkan tampang putih belang si Bucuk. Rupa nya jejaka muda kami ini masih pemalu, hingga harus membawa diri, kerana merasa ada tangisan baru di kediamannya. Baru sebulan usia bayi Tam-tam sudah mula keluar dari ruang dapur, masuk ke ruang tengah, hari ini tidak tahu di mana pula Tam-tam menyembunyi bayi-bayi comelnya ini.

Bucuk pulang sehari

susah mendakap Bucuk akhirnya ingin sendiri di meja
dia menghening cipta - jangan ganggu
Minggu lalu ( 19Mac 2009) Bucuk dapat dibawa masuk ke rumah. Susah memujuk dan dia masih takut dengan keriuhan Tam-tam dan rengek tamu baru Jingga. Malam tu Melor mendakapnya dan membawa tidur di bilik. Rindu kami terubat juga walau Bucuk masih berdegil rajuknya, ingin sendiri di meja, ingin berehat tanpa gangguan. Kenapa begini sikap jejaka muda kami? Bulan November depan usianya masuk ke 2 tahun. Apakah kami mampu mendakapnya lagi?


Wednesday, 18 March 2009

Terima Kasih Sokagakai

LEBIH 5 bulan pameran Si Pauh Janggi selesai , baru hari ini sempat bertemu lagi orang kuat galeri kumpulan Budha itu. Joaane, Leong dan Foo gembira bertemu dan kami makan di Cafe Istana Budaya. Ku ajak juga Rahimidin dan Dr Zul yang turut menulis katelog pameran, tapi mereka berhalangan. Dapat kucatat tentang sikap tiga orang anak muda keturuan Tiongha ini. 1) Joanne berasal dari Kelantan lulusan UKM. Tentu fasih berbahasa Melayu. Dia PR penting yang menjayakan pameran
2) Leong, penulis seni untuk majalah Sokagakai. Bahasa Melayunya lembut dan dia agak lambat bersuara
3) Foo designer majalah dan dalam pameranku dia sebagai designer lantai dan dinding untuk gantungan lukisan dan arca.

Point penting dalam pertemuan kami ini ialah:
1) kami berbicara dalam bahasa Melayu. Komen Joanne, " jarang pelukis Melayu datang ke galeri kami berbincang dalam bahasa Melayu
2) Leong datang kerana untuk mengambil gambar tekstil Melayu buat tulisannya (aku menyerahkan 9 helai tekstil : 2 helai cindai Pakisan, tenun beragi, Kelantan, tenun karat kuping Trengganu, punca potong Patani, tenun Bugis). Leong akan mengembalikan tekstil itu minggu depan)
3. Foo yang kerap tersenyum dan berbisik dengan suara ibundanya ke arah Joanne, tapi dibalas dalam bahawa Melayu pula oleh Joaane.

Apa komen anda dengan sikap kerja dua lelaki seorang dan wanita China Malaysia ini?

BSLN
2.30 ptg

Tuesday, 17 March 2009

Selamat Tinggal Cahaya


Lampu di studio Bangi (1983-2009)


Selamat tinggal cahaya
selamat tinggal ruang rerama
tinggal sisa-sisa lara
berganti uji dan keji
adakah Cahaya Ceria di sana?

Rumah Bangi
No 17 jalan 1/7k Bangi
Izinkan daku pergi.
Amin

Si Jingga saingan Si Bucuk

Jingga tak marah bila si bayi Ici memeluknya
Tamu baru Jingga tiba pada 2 Mac 2009

Bergayalah si jantan muda dalam usia 2 bulan hingga
Bucuk Jejaka meninggalkan rumah
Tampan Jingga tidak jauh berbeza dengan Jeng Ayu, Si comel , mati kerana selsema, pada tahun 2003.
Sekarang si Melor dah ada baby baru. Tapi kerap juga meninggalkan si comel di rumah menunggu di pintu pagar.