Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Thursday, 14 February 2008
Sunday, 10 February 2008
BAJU MELAYU BUTANG LIMA

11 Februari 2008
ISTILAH BAJU MELAYU sudah berusia hampir 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) , memberi titah, ' di larang memakai cara Atas Angin (Arab termasuk China) , cara Keling(ga/gi)....' (Sejarah Melayu). Sebaliknya apabila baginda menunaikan fardu solat Hari Raya, baginda menyarung baju Melayu (dipakai cara sarung, lengkap destar. Tiba di masjid barulah baginda mengena jubah (pakaian Atas Angin). Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja + tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Agama Islam. Kenapa baju kurung Cekak Musang berhias lima butir kancing atau butang? Dua butir bertindih di cekak leher, dan diikuti dengan tiga butir di bahgian bawah (belahan).
Dari sisi entnografi sosiobudaya kerapkali saya menjelaskan di bilik kuliah (Kursus Seni Tekstil dan Busana Melayu di UKM, 1980-2005) - itulah lambang keharmonian rumah tangga. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan - damai pasangan suami isteri = ayah ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka = sulung, tengah dan bungsu. Ini sekadar pandangan umum. Mahasiswa-siswi ku tercongak-congak dan ada yang bersuara,
- " Kalau anak mereka hanya satu atau lebih lima orang = tujuh butir lah butangnya, atau sebutir seperti baju Melayu Teluk Belanga? "
Saya teringat pesan Kak Azah Aziz (Mak Engku),
- " Tujuh butir untuk kalangan bangsawan - raja di istana! "
Mahu tidak mahu aku hurus merujuk kepada sistem nombor, yang juga wujud dalam rekabentuk keris = berlok 3 - 11. Lok 11 ialah milik Sultan = pemerintah termasuk Ratu, lok 9 (Cik Siti Wan Kembang), lok 5 untuk bendahara dan anak-anak raja. Begitu juga tangga rumah Melayu dikira berurutan 3-9 mata. Bumbung perabung Masjid Kampung Laut 3-5 tinggat. Kajian seni rupa Melayu harus lagi merujuk kepada filsafat Nakula....akhirnya dua minggu lalu ketika bertemu Molim Ghazali dengan lapang dada saya kutip kuliahnya di Bangunan Wisma Sejarah, Jalan Tun Abd.Razak,
- " Dalam Islam semua nombor hanya di kira dari 1- 9. Dalam kiraan ilmu keislamanan kita boleh merujuk langsung kepada 5 = rukun Islam, atau 6 Rukun Iman".
Jadi setujukah anda dengan jumlah butir baju Melayu Cekak Musang mengira jumlah 5 sesuai dengan pegangan kita, Rukun Islam. Insya Allah sesuai dengan fahaman kita terutama dalam konsep Dawah yang paling sederhana, " Salah satu pokok da'wah itu ialah 'HUSNUL JIWARI - iaitu pergaulan yang baik dengan tetangga dekat . Inilah yang dihurai oleh Prof Dr HAMKA (lih.Prinsip Kebijaksanaan
Da'wah Islam, Pustaka Melayu Baru, K.L.1981,hal.13).
Inilah da'wah dalam cara berbusana, dengan susunan butir butang, mengemaskan lagi hiasan baju, menutup seluruh anggota tubuh, seperti yang telah dicipta oleh Temenggung Hassan yang pertama kali memanjang lengan melabuhkan baju Melayu hampir 700 tahun lalu. Jika diteliti reka bentuk busana ini telah memperlihat watak pemakainya yang harus menjadi bijaksana melambangkan budi pekerti mulia kerana baju ini memperagakan kesopanan yang tinggi (memutup aurat).
Insya Allah. Amin Ya Rabb.
PUISI WARNA DAN GARIS A.LATIFF MOHIDIN
GOMBAK
10 Feb 2008
BEBERAPA oranga pengkaji sastera dengan mudah menanggapi puisi A.Latiff Mohidin memang bernuansa seni lukis (lih. Shafie Abu Bakar, Mohamad Haji Saleh, Sahlan A.Saman). Contoh yang mereka kutip ialah dengan munculnya unsur warna seperti yang dikutip dalam puisi ( contoh ' bas berwarna biru', 'rumah putihmu' , 'mata hitammu' ), Alasan ini mungkin dapat diterima pada peringkat karya beliau pada pada awal kemunculannya (1963-1965). Sebagai pelajar seni lukis di Akademi Seni Jerman, mungkin unsur asas - warna - dalam seni lukis (sebenarnya beliau tertarik juga dengan seni grafik). Kerana selepas itu beliau mula memasuk dunia seni lukis yang lebih mendalam terutama dengan ghairahnya memasuki dunia seni surrealis gaya Jerman - lebih menghitam dan pekat. Maka bermulalah pencarianku 'mencari makna kembara jiwa membentuk ke dunia nyata - menyusur ke citra Ranah Minang'. Nada perhatian begitu telah kumulai dalam catatan (lih.Dewan Budaya, 2007) sempena pameran mutahir beliau di PETRONAS = Voyage Kembara Latiff Mohidin, 31 Januari 2007).
10 Feb 2008
BEBERAPA oranga pengkaji sastera dengan mudah menanggapi puisi A.Latiff Mohidin memang bernuansa seni lukis (lih. Shafie Abu Bakar, Mohamad Haji Saleh, Sahlan A.Saman). Contoh yang mereka kutip ialah dengan munculnya unsur warna seperti yang dikutip dalam puisi ( contoh ' bas berwarna biru', 'rumah putihmu' , 'mata hitammu' ), Alasan ini mungkin dapat diterima pada peringkat karya beliau pada pada awal kemunculannya (1963-1965). Sebagai pelajar seni lukis di Akademi Seni Jerman, mungkin unsur asas - warna - dalam seni lukis (sebenarnya beliau tertarik juga dengan seni grafik). Kerana selepas itu beliau mula memasuk dunia seni lukis yang lebih mendalam terutama dengan ghairahnya memasuki dunia seni surrealis gaya Jerman - lebih menghitam dan pekat. Maka bermulalah pencarianku 'mencari makna kembara jiwa membentuk ke dunia nyata - menyusur ke citra Ranah Minang'. Nada perhatian begitu telah kumulai dalam catatan (lih.Dewan Budaya, 2007) sempena pameran mutahir beliau di PETRONAS = Voyage Kembara Latiff Mohidin, 31 Januari 2007).
Saturday, 9 February 2008
TELUK BELANGA - KELENGKAPAN BUDAYA TRADISI AGUNG

9 Feb 2008, Sabtu
BUDAYA TRADISI AGUNG, istilah budaya tinggi yang membezakan dengan perlakuan budaya rakyat. Istilah sederhana boleh saja difahami sebagai perlakuan budaya istana, golongan 'orang dalam'(istana) dengan budaya rakyat biasa ' orang '(ke)luar+an''. Dalam busana telah diperikan dengan gaya baju Melayu dengan kelengkapan kain samping khasnya gaya Teluk Belanga = baju Melayu Teluk Belanga --> baju di dalam samping ber'dagang dalam' '- baju di luar kain di dalam ber'dagang luar'. Tradisi begitu ketara setelah kuasa pemimpinan peranakan Melayu-Bugis mula berkuasa di Teluk Belanga. Malah peta Teluk Belanga lebih awal menceritakan peristiwa mahkota harus diturunkan di air, setelah angin taufan mengoleng bahtera di raja Sang Nila Utama Sri Tribuana ketika bermain di laut menuju Temasik.
Dari Temasik bertukar ke nama baru Singa + Pura,
- " Baiklah kita beri nama pulau ini menjadi Singapura setelah kita melihat ketangkasan 'singa, berbadan perkasa, dada berbulu merah, berkilat bukankah itulah agam Orang Laut? " -
itukan kesah akhir abad ke 13 M, sehingga akhir abad ke 18 M nama Teluk Belanga menjadi detik penting juga. Untuk membezakan rakyat asing yang mula berdatangan di Singa+pura, maka diasingkan antara pengikut yang berbagai keterunan terutama munculnya pergelutan tahta setelah kemangkatan Sultan Mahmud 111 di Lingga. Putera Sulung Raja Hussin berada di Pahang, maka ditahtakan Raja Abdul Rahman ,sehingga dua beradik beradu kuasa. RajaTemenggung kononnya berpihak dengan Raja Sulung- Raja Hussin lalu berpindah ke Singapura (1823) konon lagi disokong oleh Raffles lalu ditabal menjadi Sultan Hussin.
Tahun 1824 terpisahlah tanah milik kuasa kerajaan Melayu--wilayah kepulauan Riau jatuh ke tangan Belanda dan Singgapura beraja baru 'Raffles'.
MUSIBAHLAH kedua setalah kuasa dunia Melayu Sultan Mahmud 1 mangkat di Kampar.
Maka Temenggung juga mula menjulur taring, dia juga mempunya pengikut sehingga menuntut tanah Teluk Belanga sebagai wilayah Orang Temenggung. Maka pengikut Melayu mula berpecah dua, satu di Kampung Gelam tempat istana Sultan Husin satu di Teluk Belanga. Maka keturunan Temenggung terutama ketika Abu Bakar mempopulerkan diri baginda sebagai Seri Maharaja pun memperkenalkan baju Melayu Teluk Belanga. Baju berbutir sebuah mengunci leher bulan-bulan, dengan pemakaian bulang luar (samping) untuk orang dalam. Tradisi ini makin dikukuhkan setelah baginda menabal diri sebagai Maharaja dan kemudian digelar sebagai Sultan Abu Bakar (lih. Pakaian Cara Melayu, 2006) dan membuka Tanjung Puteri = Johor Bharu.
Tetapi perlu juga dipesan dengan sopan, bahawa pola baju kurung yang pertama kali ' melabuhkan baju Melayu dan membesarkan pangkal lengan tangan dan memanjangkan tangan baju' ialah Tun Hassan Temenggung di zaman Sultan Muhammad Syah.
RABUNG DI KEPALA

MAKA " ...memakai 'pakaian kerajaan'terlalu indah-indah, dan memakai mahkota di Bukit Seguntang memakai kemar dan bersayap sandang, berpermata dan intan...". Inilah bentuk mahkota sudah dikenali ketika tiga orang anak Raja Suran bertemu jodoh dengan Puteri Mahta'bul Bahri di istana laut. Lahirlah Nila Pahlawan, Krishna Pendita dan Sang Nila Utama. Mahkota ini juga memjadi lambang 'ingatan- martabat keagungan'hingga dipakai oleh Sultan Mansur Syah Melaka ketika bersandingan dengan Raden Mas Ayu (lih. Hang Tuah, Kassim Ahmad,peny).
Mahkota itu harus di kepala. Destar juga adalah lambang mahkota = bulang ulu, kalau jatuh dianggap jatuhlah kuasa diraja. Peristiwa anak raja dijatuhi destar ketika bermain sepak raga hingga terjadi pembunuhan merupakan peristiwa di dalam kerajaan Melayu Melaka. Lambag rabung = pecuk rebung tempat bertahta 'semangat' kuasa pemerentahan sehingga Sultan Muhammad Syah Melaka (1424-1444) juga harus berbusana lengkap pakaian kerajaan, berdestar, berbaju sarung dan samping ketika berangkat ke masjid. Di masjid baru baginda memakai serban dan jubah. Beginda begitu menjaga adat, adab kuasa dan kesucian agama Islam, kerana beginda juga adalah raja dan imam memimpin negeri.
Mahkota yang dikenakan ke atas destar inilah yang diwarisi oleh raja melalui sistem kesultanan diraja Melayu hingga sekarang. Walaupun masing-masing negeri dan kerajaan menyebutnya dengan berbagai nama,
Sesekali bernama destar
Duanya bernama tanjak
Yang dipakai berpatut-patut
yang beradat berlembaga
Yang beradat keturunan
Yang dijadi dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya.
(lih Siti Zainon, Pakaian Cara Melayu,UKM 2006)
Inilah amanat yang disusun oleh Ayahda Tengku Nasaruddin putera diraja waris kerajaan Riau yang kaya dengan tradisi warisan Melayu Melaka -Johor-Riau. Daripadanya kita dapat belajar makna warisan seni rupa dalam bidang busana dan hiasan kepala hingga setiap negeri mempunyai gaya lipat destar atau tengkolok masing-masing antaranya "Dendam Tak Sudah" (agung), " Long menyonsong angin"kerabat diraja Pahang), "Balong Ayam"(Sultan Perak), dan lain-lain (ibid)
Friday, 8 February 2008
RABUNG DAN PAGO-PAGO
A.LATIFF MOHIDIN juga dapat dikaitkan dengan persembahan ikon rabung melalui siri pago-pago yang dibawanya melalui kembara dunia Alam Melayu. Sekembali dari kembara belajar di Jerman, Latif menyusuri wilayah Nusantara. Dia singgah di wilayah lembah Sungai Mekong, melukis candi di Kembodia = Angkor Wat, masuk ke laluan tiga segi emas, dan akhirnya ibarat unggukan batu terhampar di permukaan. Wajah mendasar tidak kelihatan. Dia seakan bertafakur merenungi wajah luka "Sungai Tua"
tatkala
'penghuninya telah lama membuang
wajah ke kota
juga kupu-kupu telah lama kehilangan
warna pelanginya'
(lih.puisi "Sungai Tua" dlm Tenggara April 1968 ) .
Citra bungkahan batu masih muncul dalam puisi kemanusiaannya "Sungai Mekong",
Sungai Mekong,
akhiri tarisiang riakmu
kuntum-kuntum berdarah
batu-batu luka...'
Citra batu Latif juga seakan rabung terapung di atas bumi-air. Juga dimuatkan dalam majalah berkenaan. Pilihan lewat batin batin pelukis penyair ini masih dibauri anamat rindu dendam dengan wajah nusantara (Melayu Minang). Dia pun melakar bumbung rumah kayu bertingkat mengingatkan kita dengan rumah berloteng Pak Mohidin, Sheikh Mekah di Singapura. Rumah lakaran sketsanya berbentuk telus terbuka terlihat kerangka-kerangka ruang dalam kerana yang ada hanya kayu : dinding, lantai, tangga, jendela, penyidai kain dan puncaknya bumbung perabung . Di sebuah lakaran lain Latif melengkapkan bumbung rumah berperabung tertutup bumbung limas - bumbung berperabung tetapi ditutup bertangkup = inilah antara itulah ikon Nusantara bersifat sejagat.
tatkala
'penghuninya telah lama membuang
wajah ke kota
juga kupu-kupu telah lama kehilangan
warna pelanginya'
(lih.puisi "Sungai Tua" dlm Tenggara April 1968 ) .
Citra bungkahan batu masih muncul dalam puisi kemanusiaannya "Sungai Mekong",
Sungai Mekong,
akhiri tarisiang riakmu
kuntum-kuntum berdarah
batu-batu luka...'
Citra batu Latif juga seakan rabung terapung di atas bumi-air. Juga dimuatkan dalam majalah berkenaan. Pilihan lewat batin batin pelukis penyair ini masih dibauri anamat rindu dendam dengan wajah nusantara (Melayu Minang). Dia pun melakar bumbung rumah kayu bertingkat mengingatkan kita dengan rumah berloteng Pak Mohidin, Sheikh Mekah di Singapura. Rumah lakaran sketsanya berbentuk telus terbuka terlihat kerangka-kerangka ruang dalam kerana yang ada hanya kayu : dinding, lantai, tangga, jendela, penyidai kain dan puncaknya bumbung perabung . Di sebuah lakaran lain Latif melengkapkan bumbung rumah berperabung tertutup bumbung limas - bumbung berperabung tetapi ditutup bertangkup = inilah antara itulah ikon Nusantara bersifat sejagat.
NASI TUMPENG JAWA
KARTIKA puteri Affandi tiba dari Jogya atas undangan RA Gallery. Kami berkumpul di rumah No. 6 Jalan Aman Kuala Lumpur, ketika bulan November 2006. Kartika dalam usia 70 tahun dengan gembira menerima perlantikan sebagai perunding seni RA Gallery dengan asyiknya menanam pohon kemboja merah jambu di halaman rumah. Karika tetap ceria seperti yang kukenali beliau sejak tahun 1979an. Rambutnya berhias bunga mawar merah menyerlah di kepala. Bajunya juga warna warni. Ketika itu memang musim hujan. Tapi Kartika dengan gesit masih sempat menyediakan Nasi Tumpung Jawa. Dengan Faizah dia turut berbelanja di Pasar Keramat. Dan malam itu terjelmalah hasil karya Pelukis ekspresionis dengan hidangan yang menyelerakan...Nasi Tumpeng dengan susunan gunungan = pucuk rebung, berhias aneka sayuran dan daging, ayam, hati, telur buyung puyuh juga....wah bagi kami yang pernah tinggal lama di Jawa-Sunda memang sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut.
Sekali lagi ikon pucuk rebung muncul dalam reka bentuk nasi Tumpeng ciptaan Kartika. Beliau lebih memviarasikan ciptaannnya. Inilah juga bentuk meru yang sudah dikenali sebagai ikon prasejarah Melayu seperti yang diteketemukan pada permukaan gendang dongson yang dijumpai di Sungai Lang Selangor, mahupun serpihan gendang gangsa yang terlayang dari kayangan jatuh di Watu Bulan, Bali. Bentuk rabung disamakan juga sebagai semangat berkuasa di puncak tinggi di gunung Mahaweru tempat berkampungnya Uwan Empuk Uwan Malini tempat munculnya tiga orang putera bergelar Sang Sapurba, putera Raja Syailan berkahwin dengan puteri diraja di bawah laut. Puncak Merapi juga diandaikan sebagai semangat gunung Mahaweru sehingga boleh saja beridiri di Jawa mahupun di Ranah Minang. Tidak mungkinkan Puncak Gunung Ledang juga mempunyai semangat yang sama sehingga Sang Puteri bertingkah maha ajaib. Atau kalau menghimbau ke persembahan wayang kulit juda berselitkan semangat yang sama dengan wujudnya lakaran Pohon Hayat. Semangat nasi Tumpeng inilah juga diamalkan di wilayah Seriwijaya Lama terutama di Kelantan dan Trengganu dengan istilah Nasi Semangat yang menghidangkan susunan gunungan dari beras pulut yang diwarnakan kuning (warna diraja - semangat tanah), putih (kesucian) dan merah (keberanian). Bunga telurpun di cacak dan dijunjung diarak dalam upaara jejak tanah, meraikan remaja lelaki berkhatan, dan puncaknya ialah nasi semangat berhiasan bunga telur untuk upacara persandingan.
Sempurnakah selera kami dengan hidangan nasi Tumpeng Kartika? Seniman Negara Dato' Syed Ahmad Jamal pun mengingatkan hidangan yang sama pernah dilakukan oleh Kartika ketika Syed Ahmad berkunjung ke rumah Toni (Saptohodeoyo , suami Kartika ketika mereka di London pada tahun 195oan). Dato'Baha Zain juga mengenyam nikmat mengingati masa mudanya ketika belajar di Jawa pada tahun 1960an. Begitu juga dengan Tan Sri Kamarul yang sering berulang alik ke Jawa, amat teliti memilih sayur tempe bacem dan tahu....menyatu bagai menikmati karya lukisan Kartika sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)