BENDERA negara calar balar luka ini memang sudah lama tergantung di Madrasah Tarbiah kami di Kg Bandar Dalam. Setiap kali ke ruang madrsah degup rasa dan fikir kerap menggugah, marah tapi akhirnya betapa rindu, untuk menjejaki bumi yang sudah tersirat dalam Kitab (Taurat, Ijil, Al Quran).
Lebih 30 tahun kami golongan seniman sudah melibatkan diri berkarya untuk menambah kewangan bantuan ke jalur Palestina. Pameran lelongan lukisan Palestina, baca puisi sudah dilakukan sejak Dewan Sastera diasuh oleh Allaharham SN Usman Awang. Tapi sayang bangsa Arab sendiri tidak sealiran kasih. Hujan air mata, darah tumpah terus mengalir di sana.
Awal tahun ini tiba-tiba terbuka jalur untuk ke tanah luka yang kurindu.
Nota dengan pesan lama kembali terbuka,
" Ingat anakku, setelah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, ada satu lagi masjid ke tiga harus kau sujud di situ, carilah jalan walau berbelit melinkar, tujui Masjid Al Aqsa. Sujudlah di gua tempat sekian Nabi solat di imani oleh Rasul Kekasih Allah.
- itulah Al Aqsa di Baitulmaqdis dan daerahnya yang direstui Ilahi, tanah keberkatan dari Allah swt dengan menurunkan senarai panjang para nabi - ke sanalah anakku, jejaki tapak burak"
Masyallah, masih tidak percaya, kaki ini sudah tiba dalam gerimis senja, menyahut AzanMU, Ya Rabb..
Titis gerimis di celah putik zaitun
langkah dibanyangi peluru durja
mata helang curiga
hanya Kau di sana
menghulur kasih
aku tiba di rumah ketiga
Al Aqsa kucupi daku
oleh berahi abadi!
(Nota Baitulmaqdis Awal)
8-9 Mac 2011
2 comments:
Bertuahnya tuan kerana sudah sampai ke sana..
Alhamdulillah ya tuan Mutalib. Betapa sukar ke laluan sana. di mana-mana mata helang curiga. tapi mereka jua manusia...ada yang berhati gula...amin
Post a Comment