Friday, 24 December 2010

Kerja Pandai Tenun Melayu - Tenunan Bercorak

Sarung tenunan Champa, 1960an (kol. Galeri Melora)
Sarung tenunan Bugis, 1980an (kol.Galeri Melora)

LAUT dan bahtera adalah perantara jalinan kerja pandai seni tenunan dunia Melayu. Walaupun sutera mula dituai di China, sebagai bahan tabu untuk golongan istana, namun dengan sistem perdagangan, sutera mula mengembang sayap niaga jauh ke nusantara. Laluan sutera darat dan laut telah membiak keahlian pandai seni tenunan dan berkembang di daerah persisir pantai yang disinggahi bahtera sutera. Tenunan sutera pun bertapak di daerah Champa-Kemboja, masuk ke Siam menurun ke Patani, muncul di Kelantan, Trengganu dan Pahang. bahtera terus belayar, singgah di Kepulauan Borneo, tiba di perairan Sulu- Mendanau. Bertapaklah warna-warni cerah gemilang di Sambas, Samarenda, tibalah ke Sulawesi .

Laut terus menjadi perantara. Lelaki bertualang membawa hasil pandai tenunan olahan ibu, isteri dan para adinda. Sarung bugis lelaki yang luas benang pakan dan tingginya loseng dapat dijadikan selimut ketika kegigialan di lambung ombak badai. Lelaki Bugis 5 bersaudara terdampar di kepuluan Riau, awal akhir abad ke 17, mengahwini perempuan Melayu di istana. Daeng Chellak dengan Raja (Tengku) Mandak , menzahirkan Raja Ali Haji dan Raja Lumu. Raja Lumu ditabal di Perak, bergelar Sultan Sallehuddin, Sultan Selangor 1. Dan sarung Bugis menjadi pakaian seharaian pewaris keluarga Melayu-Bugis. Di tambah solek menempa pula sutera tenunan songket Kelantan, Trengganu atau dipesan ke Palembang dan Brunei sebagai busana rasmi Kerajaaan

Dunia berputar cepat, tenunan corak Bugis (Bugis lamo ) , Mandar, Sambas, Samarenda, Minangakabau, Pahang, Patani dan Champa adalah tapak terindah menzahirkan tenuan bercorak. Semoga pereka busana dapat memilih tenun bercorak yang asli ini di pesisir pantai Nusantara. Hati-hati memilih, jangan kesasar dengan tenunan India, kerana terkilau oleh warna emasnya. Sebaliknya intan murni ini masih dicanai di rumah kita bersama.

**

Laman Nyang Galoh, Kampung Melaka, Tanjung Karang, 24 Dis 2010


2 comments:

Mawar said...

Bonda
terima kasih beri komen tentang kain songket di blog kita. alahai, kita yang baru hendak belajar... nanti anakanda tukar fotonya. tahniah juga! yuk!

Drum said...

yang dihargai Perjuangan yg dicontohi dan masih utuh,
Pohon maaf dari dinda yg tiada berilmu, hanya sekadar menciplak idea dan pandangan org bijak pandai...mohon bantuan dari kkanda Izan untuk mengkaji dan periksa akan maklumat yg dinda ciplak dari unsur yg tidak pasti tentang Kewujudan " Melayu..Mdhayu...Nusantara...kerajaan Saaba.....melalui Blogger dinda ciptakan sendiri...(sempoi ajer!!)
http://trezabmelayu.blogspot.com/Kg tradisi Melayu WPKL

dari dinda ,

tok Ktuo Urang Ghaik
Kg Pdg Balang , Hilir
Sentul..
Tel 019-6141524
Drum beat (facebook)
md_amirm@yahoo.com