Saturday, 21 August 2010

Mardasah Tarbiah, Tazkirah Taqwa


DI MADRSAH kami umumnya solat tarawikh 8 rakaat, diikuti tazkirah dan dilanjutkan dengan
witir 2 + 1 di akhiri dengan moreh bila selesai membaca. Alquran. Tazkirah pula akan disampai oleh pendakwah undangan. Di sinilah mula terdengar jenaka dan ketawa antara pendakwah dan para jumaah. Malam Jumaat semalam, pendakwah ustas Yusriz , suasan memang gamat. Bahasa Melayunya terdengar dialek Kelantan, bercambah dengan istilah Inggeris dan Indonesia. Menjadi gamat lagi , bila beliau juga membandingkan nama Melayu, dengan istilah Hindi termasuk hafal pula nama penyanyi Hindustan dan gelagat Akademi Fantasi.

Jelas beliau > "Kadang untuk berdakwa harus bikin orang ketawa, agar tidak mengantuk " Gewe. gewe para jumaah muslimah, tersipu (kalau tazkirah, tabir bahagian depan dibuka sedikit, agar dapat melihat wajah penceramah (alasannya barangkali di bahagian depan cuma muslimah neneh dan ibu....). Tambah ustaz lagi " bukan senang nak berdakwah, kalau pancoroba nafsu tinggi sekali...setiap malam penuh pasar malam, selera makan makin bernafsu, nak beli air cendol, nampak air tebu, nampak laicikang...tambah nasi kerabu nampak martabak, nasi ayam...yang muda duk kepit awek...tahu awek? " Ketawa geger lagi..


Kerana madrash kami kurang dana, kotak sedekahpun beredar. Masing-masing hulur wang kecil (kerap nampak cuma wang kertas biru saja - jarang masuk wang kertas merah atau hijau). Wang inilah yang akan di hulur kepada penceramah. Setiap kutipan akan di catat di papah hitam di dinding, Hingga seminggu tazkirah, paling tinggi tercatat RM 185. 20 sen terendah RM 135.00. Saya tidak tahu apakah bendahari akan menambah. Jadi tidak aneh, setiap akhir ucapan pendakwah akan memberi kabar, " Saya datang jauh ni dari Pulau Pinang, di depan ada buku terbaru saya, ada minyak attar, juga rempah jenis terkenal dari utara, tuan-puan boleh pilih untuk tambah selera. Boleh juga ambil dulu, lain kali bayar....kalau saya diundang lagi'

Tazkiran tentang iman dan takwa termasuk memberi tahu tentang redha atau rela, percaya yang Satu sepertilah dia memberi kepercayaan para jumaah akan membayar apa yang diambil dulu. Allahuakbar semoga para pendahwah tetap sehat walafiat memberi kami ilmu...sambil berjenaka di madrasah dan ini tidak di teater pasar saja.



Gombak
21 Ogos 2010


3 comments:

Ahmad Nawawi Yaakob said...

pendakwah tidak terikat dengan bayaran.. bukan hajat dia untuk dapat saguhati.. cuma kita sbg penganjur, bermurah hati dan bertimbang rasa untuk memberi.. Selamat berpuasa dan doakan utk saya juga Prof..

siti zainon said...

Ya salam doa agar Ramadhan penuh berkah dan kita saling menginsafi, mentaati suruhanNya, amin

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA