Monday, 22 February 2010

SATE HIDANGAN SEGERA??

ANDA harus beratur, pesan dan bayar. Gaya makanan cara Barat mula menjalar untuk menikmat juadah sate. Mula-mula memang tersentak, seperti anakanda Mawar, saya juga
sedikit aneh. Tetapi teman semeja memujuk, " Ini mungkin gara-gara ada pelanggan, selepas menikmati juadah sate terus berlalu tanpa bayar." OOop , gara-gara restorannya penuh selalu...ya mungkin begitu agaknya.

Begitu juga pelayannya bukan lagi warga Melayu seperti biasa sudah berwajah India-Bangla di samping bernada loghat Indonesia. Kenangan menikmati Sate Majid yang popular di tahun 1960-1970 di Jalan Ipoh, di Cambell Street cuma tinggal kenangan. Cara mengipas dan haruman bau sate semerbak harum juga semakin hilang.

Mana mungkin kami melupakan sate Kajang, setiap hari Raya Idilfitri kami menaiki bas menuju ka Batu 14, bermalam di rumah kak Hasnah, hanya untuk menikmati sate di pekan Kajang yang popular sejak tahun 1920an . Para sahabatku sate sudah menjadi MAKANAN RAKYAT UMUM . Janganlah saling mengklim ini milik peribadi atau negara tertentu.

Sayang juga, menu sate daging lembu, ayam atau campuran berkuah kacang, cuma kini ditambah dengan nasi yang dipadatkan dalam plastik. Ketupat sate makin lenyap. Begitu juga diet sate yang berulam bawang juga diketepikan hanya tinggal ulasan timun saja.
*****
Rumah Kasih Bonda
23022010

5 comments:

Ilham Ainol said...

Salam singgah Dr.
singgah sejeda menjenguk dan cuba menangguk bebuah nasihat.kisah dibentang ringkas namun membekas.terkenang arwah ninda dan abah di pinggir desa,mereka mengajar dengan liuk kata dan lenggok badan yang membujuk,sejuknya sampai ke pangkal jiwa...

Mawar said...

Bonda
oh, adakah yang begitu, selesai makan dan terus pergi? hey, tak malunya! hep!

mohamad kholid said...

mencari-cari dr di perasmian galeri seni & sastera hulu selangor. tidak datang?

SITI ZAINON ISMAIL said...

Al Fateha buah para leluhur, ninda, ayah bonda di situ kita bermula ya Ilham

Mawar, rasanya begitulah, kan di bangi itu sudah sarat berbagai ragam manusia....

Mohd..memang saya terkejut juga galeri Ulu Selangor sudah dirasmikan. Tertunggu juga , tapi berita lambat tiba. Insyaallah di harap akan menyusul program sastera dan seri rupa di situ.

JHaZKiTaRo said...

salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog.. :)