Alhamdulillah, Syawal selalu membawa berkah...semoga kita saling mengingati hari-hari keluarga . Terimakasih Cucunda saudara yang datang dengan segak dan cantik, berbusana Melayu dan baju kurung merah kesumba...Tapi dua jejaka mana songkoknya...tidaklah lengkap pemuda Melayu tanpa songkok. Cucunda dari jalur Nyang Mak Tua Hajah Aminah binti Haji Husin Maharajalela asal Turawan Batusangkar. Cucunda pula adalah cucu kepada puteri Aminah iaitu Hajah Fatimah binti Suar, anak kepada Fadhilah binti Abdul Ghani. Nama cuncunda tahu sendiri lllalaah....Wan bonda pun tak hafal...maaflah kecuali Boboi yang sulung tu . Selamat melangkah dewasa ya Cucunda.....
3 comments:
sayang sekali nenda saudaranya tidak sempat berbaju kurung dek kesibukan menguruskan rumah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BONDA
hahaha baru dari dapur...belum ganti baju kurung...teringat juga tak ada yg belikan baju raya...
Bonda Siti
alahai...nenda!
Post a Comment