Friday, 3 July 2009

SELAMAT TINGGAL STESEN SENTUL LAMA


ketapang ini sudah berdiri sejak tahun 1950an lalu....

Ingin kukutip tingkap ini, eh sudah diborong oleh pemborong
barang lama hahah dan vespa milik siapa?

TAHUN depan akan lupuslah bangunan stesen lama di Sentul ini. Pohon ketapang di depannya sudah dicantas, sudah ditanda bakal dihilangkan......inikah bidalan dilagukan " Sudah menyeberang tongkat tidak berguna lagi"....Hanya untuk medirikan tempat letak kereta hanya kerana tanah yang sudah berjuta...tanah Kereta Api Tanah Melayu harus dihancurkan....dan meriahlah projek kondo mewah milik YTL ...lalu bengkel pun sudah berganti dengan megahnya untuk ruang muzik, taripun bercanda di KLPac. Siapakah yang datang dengan gaya perempuan muda rokok di muncung bibir, dengan baju pusat terbuka, ibu bapa pun tertawa-tawa...ooooo laju keretapi ku laju laju ke hujung pelangi.

6 comments:

daydeck86 said...

terkejut ketika lalu di di stesen keretapi mmg banyak perubahan drastik di sana. sekarang sedang dibagunkan bangunan di tepi landasan

SITI ZAINON ISMAIL said...

saya masuk dalam penjara batu...orang bisnes , korporat berwang kerajaan pun sayang..semua projek besar mereka diterima tanpa peduli apakah rakyat biasa menikmati penuh jiwa raga?

daydeck86 said...

boleh dikatakan tiada lagi warisan seni rupa dunia melayu di sentul

SITI ZAINON ISMAIL said...

Harap ada pemuda dan gadis a Melayu berani buka restoran di situ....ayoh beritahu kawan-kawan....cepat buat proposal sebelum mamaak dari hennai buka resotoren roti canai atau Mek Patani buka gerai tomyam....cepat cepat siapa cepat dia dapat...

SITI ZAINON ISMAIL said...

Harap ada pemuda dan gadis a Melayu berani buka restoran di situ....ayoh beritahu kawan-kawan....cepat buat proposal sebelum mamaak dari hennai buka resotoren roti canai atau Mek Patani buka gerai tomyam....cepat cepat siapa cepat dia dapat...

daydeck86 said...

ada teman yang buka dobi disana telah diugut oleh kaum india dikawasan itu ini menjadikan orang melayu takut untuk berniaga di kawasan "MEREKA"