Sunday 10 August 2008

Kasih Bonda dan Seniman di Madrasah Tarbiah


Setelah lebih 5 tahun, baru buku ini menjelma. Jalan berliku, dan hampir melupakan baru buku ini muncul. Kerana ia cerita tentang kampung, maka wajarlah di adakan di kampung.Banyak tamu yang sesat jalan, kerana jalan Gombak yang semakin kacau, besar luas tapi tanpa tanda arah...timbunan pasir, rumah lama dibongkar berganti dengan bangunan batu, deretan kedai baru, himpitan kereta bertumpuk di depan kedai, jalan ke suraupun hilang di pandangan. Nila pun tersesat hingga ke UIA. Onn bertanya ke masjid di Sungai Mulia. Mana surau Batu 4 1/4? tetapi selera pemuda madrasah yang nekat memasang poster, kain rentang dengan ungkapan membara, bendera hitam mengganti wajah bendera , biru, atau hiru atau hijau. Hitam, hitam, benderapun bagai sayap helang, selintas, macam kain layar, kami menggantungnya hingga dinihari . Berkobar-kobarlah hati nurani, kerana kita tidak akan berganjak dari kampung yang telah diteroka hampir 200 tahun lalu. Ya itu juga sokongan Seniman Negara Syeh Ahmad mahupun Sasterawan Negara A.Samad Said, katanya lagi (seperti ungkapan ketika melancarkan buku Kasih Bonda Kampung Paya Kami, " dia yang melawan dengan rasa seni, merakam sejarah dan lakaran seni, tanah ini pernah diteroka di jaga dikembang dan adab resam semakain hilang, dia sendu tapi terus berkarya, inilah Kasih Bonda'. Mana sahabat dekat itu? Ya ada Fauzi anak angkat Mak, datang, menyentuh bahu, seakan menyokong kerja sahabatnya. Catat sms Onn sahabat lama sejak di Jogja, "...saya sangat kagum dgn usaha mulia anda utk mempertahankan warisan jati Melayu Gombak." Ya ini belum selesai sahabatku. Mereka masih menjelaskan (demikian ucap orang besar DBKL), " tanah semakin tinggi nilainya, siapa tak mahu wang kalau tanah dijual?" Wah,wah mahu jual tanah siapa yang beli, dengan harga tinggi? bangunan baru dengan harga melonjak mewah, siapa pula yang bakal menempati kampung Tanah Simpanan yang tidak dipedulikan lagi nilai sejarah ini. Ya seniman pun menempek, Syed Ahmad Jamal, A.Samad Said seakan menjerit merembas cat merah, kuning biru, ke atas kanvas kereta buruk yang tersadai lama di depan madrasah. Hitam sayap helang menjadi merah silau ayuh...inilah waris senjarah adalah maruah kasih bonda...!

No comments: