Friday 16 March 2012

PUTERI SELINDUNG BULAN

HARI  ini kubuka kembali teks  Cerita Sulung Jawa (CSJ). Menemukan dua nama yang sama di pangkalnya:
1. Tuan Puteri Selingdung Bulan (PSB) Kayangan Udara
2. Tuan Puteri Selindung Bulan Cahaya Nurani.

Yang pertama puteri di kayangan dan yang ke dua puteri di Negeri  Johor Mengkaleh Tanah Jaata.

Rengkasan cerita:

Inilah cerita lisan terkenal di Kedah Perlis  kadang disebut juga   Hikayat Terung Pipit, berdasar nama timang putera Raja Sulung Jawa yang berkuasa di Kedah Tua.

Kerana perebutan kuasa Raja Sulung Jawa ditawan di bunuh oleh Panglima Selampit yang belot atas arahan  adik sendiri Raja Bungsu Jawa yang bertahta  di Johor Mengkalih Tanah Jaata. 

Terung Pipit terbang ke kayangan dan mengadu kepada Tuan Puteri Selindung Bulan  Kayangan Udara (PSBKU)...dan turun ke bumi dengan kekuatan ajaib yang diberi oleh PSBKU dan mereka tiga beradik dengan Jerun dan Gelam merancang untuk menuntut bela.

Peperangan hebat terjadi, kerana tiga beradik ini sengaja menggoda gundik  Panglima Selampit.(PS).
PS dapat dialah tetapi atas nasihat PSBKU , PS dijadikan alat untuk memerangkap Raja Jawa Bungsu. Maka RJB dapat dibunuh. Makan PSBCN puteri RJB meminta bantuan Tok Rancang  Besi Rangcang Tembaga, tetapi dapat juga dialahkan.

Akhirnya Terung Pipit ditabal sebagai Raja mengganti ayahanda dan berkahwin dengan PSBCN.
Sejak itu berulang aliklah Raja Sulung Jawa 11 antara Kedah Tua  ke Johor  Mengkaleh Tanah Jaata. 

Ini bererti berdasar cerita rakyat ini latar budaya PSBCN  ialah di negeri Johor Mengkaleh Tanah Jaata (Johor Lama?). Bagaimanakah kira-kiranya busana Tuan Puteri ini?

Mungkin juga ada versi di Kepulauan Riau Laut atau Riau Darat. Sahabatku MAM di Tanah Jawa tolong tambah data cerita rakyat ini ya...

Saya harus merangka dengan gabungan peristiwa dari dua negeri Utara-Selatan  walau tahun dan zaman tidak dapat diterka.  Oh cerita rakyat.....

* Jamilah, peny. Cerita Sulung Jawa. KL:DBP, 1987.

17 Mac 2012.1

No comments: