Thursday, 13 January 2011

Bilakah teks Susastera menjadi Permata Hati?

SEMPENA pertemuan dan dialog PAKSI (Perkumpulan Seniman Bertindak) dengan MIV (Malaysian Indian Voice) di Bandar Baru Bangi ( 13 januari 2010), amat sejas sekali, memang mereka tidak membaca teks Interlok dan mengaku mendapat sumber hanya melalui internet. Suara dan perbincangan memang dalam suara tenang, canda ketawa dan penuh juga tanda tanya. Ada 3 perkara yang mereka catat (temui) dalam teks karya Sasterawan Negara dengan 3 isu : 1) kesalahan pemahaman Tuhan Brahma dan golongan Brahmin 2) istilah kasta Pariya - konon semua sekapal yang datang dari India itu golongan kasta rendah 3) kenapa disebut bagai kandang kambing....saya hampir tertanya, nyata mereka tidak dapat membeza karya sastera @ novel sebagai tulisan kreatif, yang mengandungi unsur sejarah (peristiwa ketika itu), dan bukan teks sejarah. Mereka akur, tetapi masih bertegang mahu teks tersebut dikeluarkan sebagai bahan bacaan sekolah. Perbincangan belum selesai.

Dan akhirnya mereka mengakui , " pembakaran teks tersebut bukan kerja kumpulan kami tapi kerja orang politik dengan niat kedudukan pribadi ". Salah seorang kerabat MIV, juga mengakui, ' kami memang tidak kuat faham nilai sastera.' Saya jelaskan, sastera adalah ibarat permata hati untuk bacaaan anak bangsa. Semoga kita saling berlembut hati memandang tidak remeh dengan teks yang seharusnya dinilai dari sudut keindahan hidup bersama.


buat kawan-kawan MIV,

THE TIME when You created the earth and the sky-
The hills and the mountains
Spring and rivers that flow
The moon, star and the sun
The cause the trees to grow
The delicious and soft fruits
The screech of the insects and the healthy stock
But suddenly a spart
Like the bounce of a breaking crystal
The mountains boil over
Disgorging lava with a vengeance
Humanity's soul is disturbed
Emptied of love!
where are you directing your words
My friend?


Anjung Kasih Bonda
BBB, 14 Januari 2011

2 comments:

Noraida Radot said...

Salam.

Tahniah Sasterawan Negara Abdullah Hussein walaupun buku tersebut dibakar beberapa ratus, tetapi ribuan yang lain telah membacanya.
Saya bukan guru B. Melayu (B. Malaysia?) jadinya tidak terpanggil untuk baca buku teks Komsas. Disebabkan isu di atas, jadi sayapun bacalah, dua malam saja dah habis baca (sibuk dengan urusan kerja waktu siang).

Saya sarankan, janganlah diturutkan tuntutan segolongan yang bercita-cita besar nak 'membela rakyat'. Novel tersebut sebenarnya menyentuh semangat patriotisme dalam diri tiga kaum terbesar di Malaysia. Keluarga Seman, keluarga Maniam dan keluarga Cing Huat telah memerdeka dan memakmurkan Malaysia (Tanah Melayu) dalam cara mereka sendiri.

Nota:
Walaupun suara Siti Nurhaliza lunak berkumandang mengajak masyarakat membaca, realitinya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah dididik 'bersekolah itu hanya untuk lulus/cemerlang dalam peperiksaan'.

Akhirnya terhasil generasi Malaysia yang tidak terdidik dengan banyaknya nilai kemanusiaan dan nilai ilmu dalam karya sastera.

Generasi muda kini hanya tahu cerita tentang penyanyi dan pelakon
kerana ada suratkhabar dan majalah khas untuk itu.

Siapa perlu disalahkan jika peniaga-peniaga media hanya mahu mengaut keuntungan yang banyak tanpa ada rasa tanggungjawab sosial untuk mendidik masyarakat?

szi said...

Ya Ida, selagi pendidikan kita diasingkan sains dan sastera, selagi itulah kita menjadi hidup caca marba. kerana itu selagi Sastera, sejarah, seni budaya tidak menjadi subjek wajib,di sekolah dan IPT inilah hasilnya, pemikiran rendah terhadap warisan bangsa makin menjadi...inilah jadinya, siapakah pemimpin yang boleh kita harapkan???