Monday 13 September 2010

Doa Takbir dan Amin si kecil

TAKBIR Idilfitri sudah bermula sejak diumumkan malam akhir Ramadhan. Selepas Isyak, Madrasah Tarbiah meneruskan Takbir dan pembahagian tugas takbir keliling dilakukan oleh pemuda kampung. Anak-anak lelaki diwajibkan ikut serta orang dewasa, kerana mereka inilah kelak yang akan melansung tradisi takbir berkeliling kampung. Tanpa Takbir berkeliling ini terasa tidak meriahnya sambutan Idilfitri. Alhamdulillah, rombongan mereka tiba di rumah ibu hampir jam 12 malam... Allahuakbar!, Allahuakbar! Allahuakbar walbihamdih...


Si kecil kami turut memeriahkan acara takbir berkeliling kampung



Di dapur pula rendang daging sudah di tungku.
Ini juga tradisi sejak berzaman
gaya rendang Gombak-Kuala Pilah
dengan ramuan: tumis cili, bawang ,
halia, lengkuas, kunyit
masukkan daging, curah santan ,
kacau-kacau hingga pecah minyak
masukan hirisan daun kunyit, daun limau purut
dan asam keping. Kacau dan masukkan kerisik
kacau-kacau hingga menyatu dan
kering di kuali.
*
Allahdulillah
menu sejak Allahyarhamah moyang -nenek
masih berterusun hingga ke cucu cicit.
*
4 Syawal 1431
12 Disember 2010
(selamat hari lahir anakanda Siti Melorinda)



No comments: