Mendengar keluhan suka duka seorang pelukis - pengalaman 30 tahun?
A. Ghani Ahmad
30-40 tahun memasuki lubuk seni lukis bukan kerja main-main. Sahabat pelukis angkatan 7oan terus berkarya. Ada yang melukis sepenuh masa, studio di rumah, ada memiliki ruang kecil menyewa di komplek beli belah atau ruang yang disediakan di pusat dagang.
A.Ghani bekas tentera komandor tidak berpaling, walau kerap merasa ibarat lilin membakar diri. Setiap kali saya singgah di studionya, kerap saja dia dilingkungi pelajar seni lukis. Maka melayanglah aneka pertanyaan, temuramah pelajar seni - yang mendapat tugasan dari penyarah univesiti masing- masing. Kerap juga dia menyediakan bahan-bahan biografi - potongan akhbar.
Komennya : " Jangan harap pelajar datang dengan persiapan, kerap pertanyaan yang berulang: 1) lahir di mana 2) bila melukis 3) berapakah jumlah karya 4) pameran ada katelog ke? Soalan murah dan pemalas, apakah pesyarah tidak mengajar pelajarnya membuat persiapan dengan soalan yang ' berilmu'? - Kalau pelukis lain, pasti dah kena halau "
6 comments:
Salam, Bonda...
Bakat melukis tiada pada diri saya... Ruginya...
ooh anda sudah melukis kata-kata, mengekspresi warna merah marah, hijau biru sendu bercinta, itulah lukisan perasaan, idea yang sama cuma media berbeza.....bakat boleh diatur ayoh bersilatkan dengan garis, dan warna jadilah lukisan maya jiwa...
Salam, Kak Siti,
Teringat karikatur Lat berkenaan pelajar universiti yang sedang mewawancara Usman Awang - wajah sasterawan seakan-akan bosan, manakala pelajarnya, digambarkan berambut paras bahu,dan memegang buku nota, melontar pertanyaan "Sudah berapa lama menulis?"
Ucapan tahniah yang terlambat untuk sajak yang memenangi Hadiah Sastera.
Salam Prof,
Abang Ghani; saya banyak "lepak" & "belajar" dari dia dahulu. Saya hormati dia. Pelukis bagi saya semua sama, samada di jalanan atau di studio mewah, self taught atau berpendidikan. Kita melukis.
"ooh anda sudah melukis kata-kata, mengekspresi warna merah marah,"
Bonda,
Adakah saya ini terlalu kasar dalam tulisan saya??? Bonda dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah (sekadar makluman sebab Bonda takkan dapat turun punya) pada 15 februari ini...
Sahabat, saudaraku...inilah antara rahsia ADAT dan ADAB yang dilupakan. Selalu ingin cepat....tanpa persediaan kata-kata dan ucapan. Ya Ampuan, rata-rata memang anak muda lebih agrasif, berani, tegas, tidak mengapa...yang dewasa-tua harus sabaraaar...hahhhha. Cuma disiplin ilmu kita jarang dipedulikan....peranan adab ini bermula di rumah, di sekolah dalam pergaulan....semua diatur oleh renungan, kepedulian, bersahabat....bersahabat inilah yang selalu dibuat dengan jalan singkat, untuk mendapat keuntungan dengan cepat...haaaa. ingatkan macam katak yang suka melompat-lompat - katakk itu latah....kita janganlah melatah....
Ya mari kita saling mendamping, saling bertegur sapa biarpun dalam dunia maya ini.
Ya Ros, Aidi, kita perlu mendampingi siapa saja dengan rasa kasih dan hormat kita. InsyaAllah.
Aduh, Ampuan akan jadi RAJA SEHARI.....sudah siap semuanya? tepak sirih, sirih junjung? mandi berlimau, malam berbadak...wah...TAHNINIAH ALHAMDULILLAH, maafkan bonda belum dapat terbang ke sana....cuma ucapan selamat sejahtera semua langkah diredhai keluarga dan Allah. Amin bahagia hingga ke Akhir Hayat. Insyaallah
Post a Comment