SETELAH Almarhumah Ibunda dibawa kereta kencana, laju-laju, ketika aku masih di Kota Raja, alangkah sayunya kehidupan. Nota SMS baru masuk 2 jam setelah perpisahan besar itu terjadi.Ya demikianlah kehidupan harus dilalui. Selepas itu, kubangunkan ibu rumah ini, menjulur di ruang anjung. Dengan reka bentuk potong perabung panjang, dua tingkap panjang, berdiri dengan tingkap selalu terbuka, tidak pernah ditutup. Jejenang atas, ku pasang ukiran lama yang kukutip di rumah Pak Usu di Sungai Besar. Ini hanya rumah buku, setelah berdiri (2003), ruang ini hanya seminggu sekali ku jengahi, untuk mencari buku-buku lama. Dan sekarang hampir setahun kami tidak menaiki rumah ini, masih menunggu Cik Melor untuk merapi dan menyusun buku bersama adik- adik suka buku datang menyusun dan membaca , membaca....sesekali terdengar angin memukul kaca jendela, terdengar tikus berlari, anak-anak kucing cuba mencakar tangga - sedang pintu masuk sudah terkunci berkarat, aduh nasib rumah buku lamaku....Rumah ini benar-benar di depan jalan Kampung Bandar Dalam @Padang Balang yang sudah ditanda oleh DBKL, projek 2020, tiang LRT sudah dilakar di situ. Akan bertahankah rumah warisan ini?
6 comments:
Sayapun tinggal berhampiran juga saya di batu 5 3/4 Jalan Gombak di kawasan kampung dan amatlah sukar untuk memilih tempat lain untuk berpindah kerana suka kawasan punyai banyak tumbuhan hijau melambai memesrai alam semulajadi......
teringat rumah kampung di tanjung karang...
d'rimba, wah kalau gitu gabungkan dengan Pertubuhan MUAFAKAT (6 kampung: Chubadak, Padang Balang, Bandar Dalam, Sg Mulia, Su Merali). ini jalur DBKL 2020 akan musnah kan tanah Rizab Melayu. Sekali datanglah solah di surau Tarbiyah Batu 4, depat tok pekong cina selepas trafic light...bolehlah kempen selamatkan kampuung warisan kami.
mohamadkholid, wah di tanjung karang banyak rumah limas lama masih cantik-cantik kan
Warisan bangsa kita makin terpinggir dan tersisih jauh satu persatu gugur ke bumi hampir menjadi abu dan debu............
Salam prof,Saya ingin mempersilakan prof ke blog saya www.wekembe.blogspot.com. Saya amat berharap prof dapat meninggalkan komen serta memberi input tentang warisan kain lama (kain limar). Terima Kasih.
Salam pagi Dr. Siti Zainon,
kenangan tetap membesar dalam ingatan,
moga Dr. terus sihat.
Post a Comment