Sunday 5 April 2009

PERKAKAS AYAN

Piring ayan kudapatkan dari kedai lambak Sg Nibung
Mangkok tingkat ini kudapatkan di kedai antik Taman Melawati.
Setelah bertelagah soal harga
akhirnya si toke mahu menurunkan harga ratusan tu

Perkakas ayan (dari iron kut? ) seperti loyang sudah lama dipakai untuk perkakas rumah tangga Melayu. Bahan ini memang dibawa lewat jalur dagang lautan China-Hindi. Sejak kecil kami cucu-cucu nenek, memang jarang dihidang dengan pinggan mangkuk kaca atau seramik. Takut jatuh dan pecah berderai. Tapi setelah menjelang tahun 60an barang-barang ayan makin hilang di rumah kami. Sisa paling akhir pinggan ayan telah dijadikan piring makanan kuncing. Tapi rupanya kenangan makan dengan pinggan ayan dan minum dengan cawan ayan makin mengusik hati kecilku. Barang-barang ini makin langka terutama piring dengan hiasan yang berwarna merah bunga poni atau teratai. Tapi siapa menduga sejak berulang alik ke Tanjung Karang, alangkah terkejut kerana di pekan Tanjung kerap di adakan jualan lambak barang lama, seakan flea market di Shaffield sana! Setengah gila sakanlah aku mengutip barang-barang sisa (tentunya milik asal orang China kena samaklah leee) dengan harga sukar dipercayai - harga lambak selonggok hanya rm 5-10 atau piring kecil 50 sen, yang besar hanya seinggit. Dan diri yang dah masuk usia emas pun terkinja macam remaja cilik mengutip piring dan mangkok ayan sambil berlenggang pulang sedang mak datin yang kerap datang ke pasar terkejut sakan juga, kerana masih ada orang sanggup membeli perkakas ayan.....hahahah aku teringat Fatul nak hidangkan dia dengan kangkung kolam masak tumis dengan ikan asin asli Bagan Tengkorak dan hidang pakai piring ayan. Untuk kawan-kawan yang suka barang lama, masih ada satu lagi tempat di Sungai Nibung, yang penuh dengan segala perkakas dapur, kerusi meja, dan jangan terkejut, kadang muncul juga kerusi meja almari dari kampus kita di juga lambak juga.

6 comments:

seshasai said...
This comment has been removed by the author.
RahmatHarounHashim said...

Dear Siti,

Kecik-kecik dulu makan nasi dengan kicap dalam pingan ayan macam itu.

Kekadang, tengah makan atap tiris, air hujan menitik ke pingan ayan. Klasik sungguh macam filem Hindustan. Tapi ianya realitik tahun 56-57 di Pulau Pinang.

Kalau lapang, visit gue di http://rahmatharounhashim.blogspot.com/

Syamsulfaiz said...

Salam Pn Siti,

Saya hanya sempat merasa makan dalam pinggan ayan dan minum dalam kole ayan di rumah arwah nenek dulu. Tidak lama selepas tu, pinggan tu jadi pinggan kucing.
Tapi ada satu kedai di Behrang (kampung bapa saya) yang kami masih panggil kedai ayan. Pasal banyak jual perkakas besi.

D'Rimba said...

Salam, cikgu kita hampir serupa bercerta mengenai seni warisan bangsa. Silalah jempput ke blog saya ye cikgu. Terima kasih.

znismail said...

Haaa rakanku di pulau, ayoh kita doa selamat di pulau dengan pesta pinggan ayan. betul nostalgia makan lauk telor mata kerbau renchis kicap dari toke yap ah loy.

ya minggu ini, baru siap untuk buka lagi blog. jumpa anda juga nanti. ni tengah baca " Panggil aku Melayu" harus jadi buku wajab untuk pelajar bahasa Melayu . rasa nak kirim hadiah ke PM dan menteri pelajaran tu...tahniah untuk semua rakanku

MARSLI N.O said...

Salam Kak Siti: Saya datang membaca secara sengaja. Harap diizinkan dan terima kasih.

Marsli N.O