Saturday, 25 April 2009

KEMBALIKAN NAMA BUKIT KANCHING

Arca neolitik 2, sumber dari anak Sungai Kancing
sebelah rumah kami kenangan buat almarhum datuk Pendekar Bertuah
Bukit Takun di kaki Bukit Kanching depan IKN

Anak Sungai Kancing, menyusun batu-batu
untuk menjadi jeram

Daun jejuang di celah batang angsana di Kanching


PAPAN tanda Templer Hill tiba-tiba saja terpacak di bukit Taman Rimba Templer. Sebatang anak sungai di sisi jalur ke arah Taman Rimba itu sudah keruh kerana kesan pembangunan kononya itulah Bukit Templer. Nama Templer memang sengaja mengingatkan kepada penjajah itu. ...sehingga kitapun lupa dengan nama asal. Apakah Majlis Bandaran Selayang tidak perasaan dengan nama baru di puncak bukit yang sedang diganyang untuk membina banglo mewah di situ. Seorang sahabatku Si Yuo (70 th) yang selalu menjemputku dengan kereta teksi sapunya, dari Rawang untuk membawaku pulang dari stesen Rawang ke rumah di kaki Bukit Takun , pun mengomel...." mana ada Templer Hill,....ini Bukit Kanching la, dulu gua punya bapak , amak datuk ditembak komunis, gua dijaga itu Benggali lembu, dikasi minum susu....amoi di mana itu tahun 1948?"

Memang tersedak dengan soalan mendadak. Suara Yuo mengingatkanku dengan cerita sepupuku Kak Nurma yang dipelihara Nenek Angah, Siti Mukmin Husin Majolelo, pernah tinggal di Kampung Sungai Kancing, bersebelah anak sungai yang mengalir dari bukit. Cerita kak Nurma, " Datuk dengan kereta kuda selalu berulang alik ke Pasar Besar KL, untuk jual getah sekerap. Baliknya penuh barang belanja untuk sebulan...tiba-tiba di simpang untuk masuk ke kampung (sekarang Pusat Pengakap dan padang Golf Templer) diserang kumpulan 40 penyamun China (komunis le), dan datukpun siap berpencak...sekali libas dengan parang panjangnya, bergulung 4 tubuh...si penyamun bertempiaran lari.. lepas itu berita pun sampai ke Sultan di Jugra....datuk didatangi wakil Residen dan Datuk Penggawa Gombak dengan anugerah sebatang tombak dan sehelai kain telepuk, datukpun diberi anugerah gelar Pendekar Bertuah "

Wah ini dongeng yang ke berapa? Kakak sepupuku menjeling menganggap aku tidak percaya ceritanya. Kini kak Nurma berusia 75 tahun hampir seusia dengan Yuo.. Itulah peristiwa di kampung Bukit Kancing (sekarang Taman Rimba Komenwel) . Bagaimana pula papan yang sudah terpacak dengan tulisan yang besar itu....Templer Hill? Wahai MB Selayang turunkan segera papan tanda itu.....


14 comments:

D'Rimba said...

KEMBALIKANLAN SEPENUHNYA HAK KAMI WARISAN IBUNDA WARISAN ANAK BANGSA. KAMI TIDAK RELA LAGI DIJAJAH LAGI AKAL DAN FIKIRAN. KAMI AMAT DAHAGAKAN ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI.

Siti Zainon said...

Kami perlukan bangsa Melayu muda untuk terus meneraju WARIS MELAYU.Hidup bangsa Melayu

D'Rimba said...

Saya sedia berkhidmat apa yang mampu........

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Salam Prof, saya tumpang lalu dan singgah di blog prof yang baru saya temui.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

pernah pada April 7 yg lalu saya catatkan mengenai sajak prof dalam blog saya:-

http://aidirahimi.blogspot.com/2009/04/siti-zainon-ismail-pagi.html

SITI ZAINON ISMAIL said...

Terimakasih aid, terus mnenulis,salam

Anonymous said...

Saya sokong!Ganti Fraser's Hill juga dan lain-laian. Kembalikan BM ke menara gading!

rahmatharounhashim.blogspot.com/

Unknown said...

Salam Dr.,
Saya memohon maaf tidak dapat memberikan layan terbaik semasa Dr. di gerai ITNM tempoh hari.

Namun rasanya kita akan bertemu lagi pada pertengahan bulan Mei ini di majlis yang lebih hebat!Saya akan hubungi Dr. nanti:)

Riesna Zasly said...

Salam Bonda siti zainun... saya bersusah payah juga untuk menjejak prof dan mencari blog personal prof ini...

saya memilki koleksi hampir semua koleksi karya sastera prof sejak kecil lagi.. Kebetulan ibu saya amat meminati prof juga... sejak 10 tahun, saya sudah membaca karya2 prof.. prof adalah idola saya dan secara tidak langsung buku2 prof mendidik saya keindahan sastera dan falsafahnya...

Skrg di arena penulisan, sudah sukar mencari karya-karya sastera wanita yang tersendiri seperti prof... Yang ada mungkin di indonesia sana, seperti djenar maesa ayu dan lintang sugianto... Malaysia sudah agak sukar mencari penulis wanita puitis seperti itu...

Saya sentiasa menunggu prof berkarya puisi dan cerpen lagi... atau terbitkan buku novela baru...

Kapankah mahu bangkit semula?

Saya benar-benar memerlukan bimbingan dan komen prof untuk karya2 saya...

www.riesnazasly.blogspot.com

moga prof sudi mengunjungi blog kecil saya dan memberi komentar ya..

salam mesra
ADREENA

D'Rimba said...

Tahniah atas perjuangan bahasa yang semakin mengorak langkah bondaku yang dirahmati Allah...Semoga seluruh rakyat mengikuti jejak sasterawan negara sekalian............

SITI ZAINON ISMAIL said...

Ya nafas kita semakin semput dengan selera pembangunan. ya kita cubalah kembali menilai keindahan warisan . ya kawan-kawan....kita seiring perjuangan
anakada adreena, buku puisi bonda Bait Senandong Malam sudah terbit dalam dua bahasa (terbitan Ins.terjemahan Negara), novel "Ranting Senja" akan terbit tahun ini (Utusan Melayu) mungkin akan dilancarkan di Beureun, kota kecil di Aceh, kebetulan seorang wataknya kini sudah jadi Bupati. Selamat membaca, eh siapa ibu mu sayang, mungkin bonda kenal...atau kita berkenalan ya...
d'rimba (mungkin lepas ni disebut Di Rimba ya hahaha ,

iadi, saya akan cari di blog mu ya.

Dr rahmat haron, saya lagi berperang nikmat dengan buku novelmu, panggil aku melayu...buku wajib untuk waris anak melayu. tahniah

abuyusof said...

nampak macam best la tempat ni..

Riesna Zasly said...

Salam Bonda,

Ibu saya seorang penyair di filippina pada tahun 70an.... Elizabeth Werista Abendanon... katanya pernah bertemu dengan bonda semasa acara sastera di India tahun 80an... Sekarang tidak berkarya lagi kerana menetap di kanada.... Dia tak terkenal seperti bonda hehehe...

Saya baru dapat menjumpai buku jurai padma karya Bonda di Johor ini... empat bulan mencari merata-rata di toko buku, dan akhirnya menitipkan pd teman di DBP untuk mendapatkannya... Sungguh sukar mencari karya bonda disini...

Adakah tak mahu publisiti lagi seperti dulu?

Saya akan cuba mencari ranting senja itu nanti... moga berhasil

Saya memang ingin berkenalan dengan bonda... mungkin kita dalam bidang yang berlainan, krn sy byk menceburi alam kecantikan tradisional di nusantara.. tapi itu juga seni kan? harap bonda sudi berkenalan orang kecil seperti saya ini...

SITI ZAINON ISMAIL said...

aduh anakand reena, hampir bonda nangis ingatkan kerna dikau anak kenalanku dulu. ya kami sama-sama menghadihi valmiki poetry reading di new dhelhi dan bopal pada feb-mac 1985. kami hilang kontak. rupanya reena sudah di malaysia (warga malaysia ke). ayoh kalau turun kl sila hubungi bond hp 019 3501896. bonda rindu juga dengan ibumu. kazuko dari jepun , pasti ibumu masih ingat, juga kerap ke sini. sampaikan salam atau boleh call bonda dari sana.semalam kami diraikan oleh institut terjemahan bersama menteri pendidikan dalam acara pelancaran buku puisi baru Bait Senandung Malam. Bahasa Melayumu bagus sayang, mungkin ayahmu orang Melayu?