Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Tuesday, 1 September 2015
Dia Guru Kami
Dia Guru Kami
( 80 tahun Haji Ishak Surin)
Bismillahirrahmanirrahim...
1.
Pemuda pintar di sebelah rumah nenek
Tapi rumah bertangga batu sunyi
Kemana pergi para lelaki
Ayah Haji cuma ku dengar nama
Kecuali Nenek Suyah dan cucunya Pili
Bersama kami pergi mengaji.
Sesekali di hujung minggu
Muncul dua orang pemuda
Pulang bercuti
Kuintai dari jendela
Berlindung dari batang rambutan tua
Kata nenek, mereka nanti jadi guru
yang bijak
Merubah kampung kita
Semoga cucu biarpun anak buruh kereta api bergaji hari
Berumah pusaka riot tidak diperbaiki
Cucu harus belajar rajin seperti mereka.
Kami tinggal di rumah tua
Terlalu uzur dibina sebelum perang dunia pertama
Saya cucu generasi ketiga
Kerap dinasihati Nenek
Hanya ilmu merubah hidupmu
Seperti menanam benih kelapa
Diberi baja
Walau digoncang angin ribut
Batang bergoyang
Tetap saja berpucuk.
11.
Bertahun kutinggalkan kampung
Merantau ke tanah Sekebun Bunga bersambung ke Jawa
Hampir terlupa Waris Minang
Nenek semakin uzur
Nenek Suyah juga tinggal sendirian
Bujang sudah berdua
Konon menjalin dua suku berbeza
Pagaruyung dan Batang Kapeh
Yang kerap bertingkah
Akhirnya mesra terjalin bila si Ujang dan Dara Serumah tangga!
Dari situ berbulan kudengar cerita
Cikgu Sahak lulusan MPSI
Pada musim-musim perjuangan rakyat
Di rumah yang membekal gerak ilmu
Juga menumbuh semangat sejarah asal
menolak penjajah, di situ semangat bergelora
Bertahun bumi dijajah
Portugis Belanda Inggeris bermahara lela
Mana pusaka anak bangsa
membangun kampung dan kota
Bangunlah Anak Watan kami!
111,
Derap sepatu, tempik silat, sama riuhnya
Pemuda menumbang rumbia
Pemudi bersama menggeser gergaji
Oooo lompong sagu ya lompong sagu
Pemudi kampungpun sama merendang beras baru
Berdenting lagu emping.
Dia guru kami
Mengajar bahasa di Sekolah Cina
Mengajar di kelas tambahan Sekolah Malam
Penuh semangat ini pejuang kampung
Berkumpul ghairah Bendera Tanduk Kerbau
Bersilat tutur api merdeka
Antara debat Pak Sako, Ahmad Bustaman, Shamsiah Fakih
Dia di situ
Guru dan suami kakak Sepupuku
Berani memetik mawar Tuan Iman Haji Rauf bin Haji Husin Majolelo
Tangkas mengelek juang dan kasih
Sabar isteri bersama pejuang
Hingga kini tidak banyak bertingkah.
14.
Di sinilah Madrsah Tarbiah kami
Sejak berdiri Surau Tinggi
Di awal 1920an
Berkumpul tempat muafakat
Bermesyuarat menjelang merdeka
Penghulu, Tok Empat, Imam dan Ustaz silih berganti memimpin kami
Direstu Sultan beristna di Jugra
Sejak diteroka
Sampai Tok Guru silat diberi gelar Datok
Bertuah Berlembing rumpai hitam putih
Inilah tanda kampung kita dijaga
Oleh hati mesra terbuka.
80 tahun usia perkasa
Tak jenuh melangkah bersama
Yang muda di himbau
Yang Tua berunding sama
Tanpa jenuh mengutip resah gelisah
Tidak jemu bersuara
Walau tidak semua didengari
Tapi inilah tanah di celah ibu kota
Tanah Menjadi rebutan
Mari bersama dipertankan.
Tuan Iman
Kami bersama menjaga tapak leluhur
Kan kita jalurkan bunga doa
Dengan Kalimah Allahu Akbar
Berantai ke dada Iman
Segarlah mentari pagi
Menjelang senja terpercik mentari
Wangi menyusuk ke hati
Jasa mu tersulam di hati!
Kota Kinabalu
29 Ogos- 2 September 2015
(...:/2 bersambun)
.
Thursday, 12 February 2015
Setelah Empat Hari...
Ya sejak Isnin semua data untuk tulisan kajian Kearifan Tempatan sudah diolah. Himpunan bacaan, teori dan data bandingan konsep, sedang rancak diramu. Seperti mahasiswa baru lulus ujian pertama tetap juga tidak merasa cukup waktu mengolah menganalisis . Mata mula berair. Suara tersendad ditekak. Sarapan dua keping roti hirisan apple , teh lemon bermadu. Tengahari nasi tapow , ikan salmon goreng, salad sayur, Jus buah.
Khamis
Hari ke empat , sudah 8 helai halaman 4R rapi terpapar di layar komputer. Menunggu azan zuhur , berhenti . Tekan punat Save S . Tiba-tiba mataku, berpinar dan gelap ! salah pandang? Kosong semua abjad ayat hilang!
Masya Allah,
Setelah Asar, merapi meja, memilih halaman baru, membelek rengkasan nota.
Allahu Akbar petang Jumaat
Pulangkah ke Rumah
Magrib dan sahabatmu
Menanti
Zikir Abadi
Allahu Akbar
Ampuni Hamba Mu Ya Rabbi
22;00
Tuesday, 10 February 2015
Inilah kerja , maafkanlah
Negeri Bawah Bayu
2015.1
Tetapi 2014 berjaya menggamitku
Ada tugas perlu kulaku.
15 Ogos 2014
Datanglah perantau lama kembali ke
Negeri Bawah Bayu
Ku buka secarik ilmu, kutebat selebar alam
Mari Anak bersama kita mengumpul sejarah warisan Anak Negeri , Insya Allah
Thursday, 5 February 2015
Nota Harian Ogos 1993
ANEKDOT
-------------------------------
1.
-------------------------------
SEMPORNA, SABAH
23 Ogos 1993
23 Ogos 1993
1.
Siang tadi telah saya susuri Kampung Air Tengah dan Hujung. Angin sepoi dan menyelinap ke celah rambut. Kususuri jalan menuju pasar di sana kusapa seorang perempuan berjualan buah-buahan : tarap, keledek , jagung dan ubi rebus. Kulit wajahnya perang lembut sedikit berminyak lelehan peluh oleh hangat mentari . Saya menyapanya dengan As Salam dan senyumam bersambut mesra dan dia mengenalkan diri " Saya Bajau Semporna, namaku Aminah Makmur.
Saya menyusur jalan memilih lorong celah gigi air ( kering) yang sarat dengan sampah sarap. Ya memang tidak kelihatan tong sampah. Rumah berderet melebihi 20 rumah seakan bersambung atau disambung dengan titian kayu di atad tiang yg berceracak dlm selut lumpur bila air surut. Bila air pasang jejeran rumah bagai terapung ditopang tiang kurus dan tinggi. Sungguh saya ingin sekali bermalam di situ.
Ya rumah Orang Laut @ Bajau Laut walau ada yg tidak suka dengan istilah ini. Kutemui juga rumah berhias bila saya susuri lebih ke arah dalam . Ada biji mata menyurut ke arah langkah Si Minah rincing di bahu sarat beg sandang dan kamera. Biji mata terlindung di bawah topi. Di hujung kanan kedengaran anak-anak bersorak sambil berterjunan ke air. Wah saya juga mahu terjun dan berenang, oooop.
Akhirnya kupilih jalan pun pulang ke Rumah Rehat. Tiada yang mencari saya. Apakah surat saya tidak sampai ke tangan Sitti Hadiah????
Selepas Asar saya memesan neskafe di kafe kecil Rumah Rehat. Saya terlihat seorang gadis kecil mencuri-curi pandang.Sesekali mata kami bertembung. Kulambai tangan mempersilakan dia duduk di sebelah. wajahnya sedikit kaku tetapi tersenyum bila saya mula bersuara:
" adik dari mana? "
Dia tersengih dan tidak menjawab soalan saya, sebaliknya dia pula bertaya
" Kakak Orang Melayu ? Aku sangka Cina ba"
" Eh kenapa"
" Malu , mereka kaya-kaya "
Ooh, saya baru belajar Konsep malu kepada orang kaya!!!'
Demikian bermula perkenalan saya dengan Rosminah binti Lande bekas pelajar Sekolah Menengah Abdullah. Perkenalan ini membawa saya ke rumah beliau di kawasan Kampung Air.
Berkenalan dgn ibu Hajah Meriam. Ini juga peluang pertama saya menyapa keluarga Orang Bajau berasal dari Pulau Omadal,waris Suluk ba...!
Matahari makin menghilang langit mula kelam. Sitti Hadiah tidak muncul juga. Gunung Bohak Dulang, bagai potret dan tubuh terlentang. Enjin bot meraung - perahu nelayan dengan layar tunggal masih di lautan. Magrib mengembang!
Hatiku berdetak dan teringatkan Sitti Hadiah kerana esoknya dengan izin Hajah Meriam, Rosminah akan menemaniku ke Pulau Bumbum. Allahu Akbar.
2.
- " Aku sangka kakak tadi orang Bisaya ?
- " Kenapa? "
- " Wajahnya seperti orang Cina, pasti Kristian, tadi aku malu mahu menegurnya "
- " Malu?"
-" Mereka kaya. Kaya ba!"
- " Orang Bajau? "
- " Lihat sajalah, kami masih di air "
- " Sejak dulu?"
-" Dulu, nenek moyang kami kaya juga. Mereka berniaga balak tapi aah! Datuk-Datuk kami juga kaya dengan isteri-isteri "
Rosminah mula bebas bicara. Di langit sebelah kiri Rumah Rehat memunculkan wajah bulan. Semalam di halaman rumah Rahim Bakri telah muncul lengkung bulan sabit warna tembaga. Kalau selepas Maggrib Sitti Hadiah tidak tiba, esok saya akan keluar mencarinya ke Pulau Bumbum dengan ditemani Rosminah. Adik ini sudi menemani saya untuk menjari rumah dan keluarga Orang Suluk. Dari jauh terdengar suara nyanyian Albert Humperding dengan senikata lagu,
" Every winter...
Every summer...
Di meja makan Rumag Rehat telah terhidang sacawan milo.
" Kami juga Orang Bajau, datang lebih 50 tahun lalu, datang dari Semulu. Ya nenek moyang kami Orang Bajau tinggal di laut, jadi di sebut Bajau Laut?
Wednesday, 4 February 2015
Alam Melayu di mata hati Pengembara Asing
Mereka datang ke Tanah Melayu sama ada sebagai pengembara bebas, pengawai muda, tentera, pendakwah, para isteri dgn segala keanehan rasa, takjub, sakit menderita di rimba penuh pancaroba.
Setelah menyatu dengan alam, masyarakat , semua pengalaman kerja pun menjadi pengalaman yg berharga: kerana kajian dan tulisan dan laporan mereka dibukukan.
Memang ada pandangan yang tidak tepat , ada juga mengejek, mengusik, tetapi bila dibaca kaji , tetap berdata yg memberi kita peluang untk menambah maklumat apa yg tidak pernah dialami oleh generasi
muda dan ini salah satu cara dgn membaca akanmengenali sejarah masa lalu.
Buku-buku lama ini diulang cetak dan boleh dijadikan bahan kajian bandingan asal usul Penduduk tempatan.
Jangan bibir sumbing mengatakan Anak Alam Melayu yg disebut bumi putera itu sebagai orang-orang pendatang yg di bawa oleh penjajah . bacalah kutipan pantun, cerita rakyat dan seni budayanyg mereka temui!
Terkagumlah Frank Swettenham ketika Terlihat Dara Melayu, " kulitnya lebih cerah drpd lelaki Melayu, dgn tangan dan kaki lebih molek, wajah rersenyum ria, gigi yg teratur dan mata yang menakjubkan" , berlebihankah tulisan Swettenham ketika melaporkan apa yg terlihat bukankah dia melihat puteri-puteri di Istana Selangor dan Perak?
Tuesday, 3 February 2015
Petang Rembang
Kami terhenti di depan pintu. Dia datang dari arah depan. Saya muncul dari arah bertentangan . Saya menyisih memberi dia berjalan sambil mengheret kaki palsunya.
Apakah yg kami perlukan lagi di hari semakin senja. Kala mentari cepat mengalih waktu? Di hari semakin
memutihkan rambut, merabunkan mata, berjalan dgn lutut bergoyang, suara mudah bertukar bunyi dan sebentar tadi
mata kita saling menyapa tapi suara bisu suara.
Kaupun meneruskan perjalanan
Mata hati kira bersapa dalam senyap bahasa.
Maafkan saya sahabatku Nik!
Saya sendiri di ssini di petang semakin rembang. Di meja mereka menghidang minuman, teh bunga madu. Saya melihat di meja seberang sana, di kafe yang sama kafe buku tempat
kita bersama mengimpikan laman kasih sayang. Sudah 50 tahun berlalu. Kita bertemu dalam bisu.
Thursday, 29 January 2015
Lakaran Nota
Nota Sepanjang Kerja Seni
Sepanjang kerja , ada garis, ruang dan bentuk saling terlantun di bayang mata . Walaupun ia tiada di depan mata.
Mata hati sejak dulu disebut oleh guru : ayah dan guru mengaji . Secara kampung ada Ibu dan Nenek sibuk mencari air pendingin jiwa, buat buka pintu hati anak-anak mereka yg nakal, malas belajar.
1950an
Ayah lain lagi; " tulis baca! ". Itu arahannya, atau " ni pisau, raut pensel".
Sebagai si kecil , kita tidak terfikir maksud arahan itu. ibu pula melaung dari mesen jahitnya,
" Izan, cepat tiru lakar bunga ini, Mak nak menyulam kerawang"
Itulah suara yg terlantun- lantun sejak usiaku 5 tahun.
1970an
Tetapi setelah berpuluh tahun... Inilah kerja itu, mencatat dan melakar. Memang itulah sahabatku.
Hasilnya tidak menjadi segera . Bukan masak meggi mee .
Anak ikan melompat-lompat di depan mata hati. Kadang-kadang hinggap pula burung entah dari mana. Kucapai apa saja bahan terutama kalau tercicir buku nota atau buku sketsa: kertas tiket, riset bill, katelog.... Gelora kerja tetap Anugerah-Nya
Hanya sebatang pohon
Ya hanya sebatang pohon yg sudah merunduk dahan dan rantingnya menjulur ke arah jalan kampung. Inilah yg meresahkan jiran sekampung.
" kalau angin kuat dahan berayun dan patah menghimpap kereta atau orang lalu lalang, kau tanggung akibatnya"
Telingaku berdengung agaknya betul berasap. Tapi hati lebih tergigil.
Di hari lain, paman bungsu yg lain, datang dgn suara tergopog gapah bersuara dgn wajah tegang, dan suaranya membuat saya tergamam, " lihat pohon pinang tu dah meninggi, confong kalau batang patah ditembak petir jatuh ke bumbung rumah ku... Siapa yg mati?"
Ya sahabat ku si pokok mangga, si batang pinang -sudah sampai ajalmu.
Kita harus berpisah!!!
( anekdot / bersambung)
Wednesday, 28 January 2015
Bila sarung makin dilupakan
Memakai sarung diertikan 'menyarung' anggota badan. Menutup bahagian tubuh, melindungi tidak terdedah terbuka sesuai adab budaya Melayu.
Dalsm adab Busana Baju Melayu lelaki , sarung disebut sampin(g) dipakai utk menutup punggung dan seluar, kerap diperikan ' menutup aib dan malu'
Apatah lagi, di kalangan wanita sarung lebih nyata makna fungsi adab, bersarung ikat ombak mengalun melengkap baju kurung, juga baju kebaya. Sarung juga digaya berkerudung.
Hingga tahun 1970an sarung masih dipakai oleh wanita Melayu dgn penuh gaya dan terpapar dlm filem Melayu.
Perubahan makin ketara bila
Sarung sudah dijahit dengan pola ketat (kain ketat) tetapi tetap mengekal gaya Melayu moden.
Cuma perubahan sekarang pola sarung makin terpinggir. Apabila seluar menjadi ketara hingga baju kurung dan kebaya juga dipadankan dengan seluar, jeans sebagai pakaian harian. Sarung hanya muncul sebagai pakaian basahan di rumah atau wanita yg masih setia adab budaya di kalangan kaki tangan pekerja wanita, guru dan pelajar sekolah.
Sebaliknya pakaian harian , santai berganti menjadi gaya seharian. Malah fesyen seluar ketat mengambil alih sarung atau kain ketat dulunya masih menampil identiti tahun 1960an.
Seluar @ shalawar / shawal (Parsi )@ Chalana (Sanskrit) sudah beranak negeri di hati sebagai pakain harian .
Malah citra sarung memang tidak mendapat perhatian di kalangan pereka fesyen utk digubah sebagai identiti bangsa anak negeri.
Manuskrip Sahabat Siti 2014-2015
Alhamdulillah di celah tugas rasmi kucelahi kerja-kerja melakar dan menulis puisi sesuai bacaan pembaca kanak-kanak remaja.
Dua judul sudsh terbit : Bijak Si Katak Bijak (2012) / Bahasa Jepun ( 2014) dan Angsa Istana Si Jambul Desa (2014).
Seperti dijanjikan oleh CEO ITBN, terus diterbit bersiri dengan kod Siri Sahabat Siti Kecil.
Hidupku berputar ke dunia si Kecil Siti 50 tahun lalu. Melakar cerita bersama Emak, Abah, dan Nenek dgn sahabat kecil mengintan katak yg kerap muncul di bawah pangkin dapur: Awang angsaku yg kerap mengejar jiran dan saudara mara datang ke rumah. Awang adalah putera rajaku, macam sang putera yg segak harus kusediakan makana bersama ituk serati nenek. Saya turut mencintang batang pisang .Rasanya itulah makanan asas itik dan angsa.
Rindu pada Awang yangberbulu putih, leher leher jinjang mula menconcang relung batin,
Hujung Januari 2015
Siri Kucing: Si Bulu Cantik, Anak Kambing Sg Air Tawar, Cik Bunga Rantau Abang dan Laman Cicak Mengkarung disiap sunting oleh Editor Cik Ainunl.
Sekarang memasukkan gambar tambahan. Cik Bulan mohon pilih gamar Nnen, Abu dan Bilan ya.
Penulis tidak bekerja sendirian. Dia membawa khazanah kehidupan Alam Ciptaan Tuhan.
Selamat membaca Anakanda cucunda dan para ibunda!
27 Januari 2015
Tuesday, 23 September 2014
PETI NURANI
Hari ini dalam kelas
ku tebarkan segala cerita
kisah seni lukis warisan
yang sudah lama di laman bonda
sejak batu bersurat
sudah ada perian Raja Wana
dari Lembah Bujang
sisa tembikar pecah
gendang gangsa
Sita dan Rama bercanda luka
batik sarung berpucuk rebung
ison-ison dan barungsai
rebana dan kecapi
juga khutbah dan azan
semua ada di peti nurani
mari kita buka
alam Seni Rupa bukan baru
kenapa di asingkan dengan sejarah
istilah seni lukis moden
dan melupakan Rupa dan Jiwa
sedia ada?
buka peti nurani mu ya Anak !
24 Disember 2014
buat pelajar
CC10702 & CC222022
Adab Memakai - menyarung keris di pinggang
kalau hulu kepala menghala ke depan
mudah tangan menggenggam
awas, tanda langkah siap sedia
bertarung atau mula
menyerang
atau menangkis tikaman
Untuk upacara adat bergelar
menerima anugerah
mengadap Paduka Raja
hulu keris menghala ke dalam
atau boleh juga tiada berkeris
hingga gelar di beri
tanda baik pekerti
akal budi !
24 September 2014
Wednesday, 23 April 2014
Hari Buku : Pesta Buku Antara Bangsa KL 2014: 24 April - 5 Mei 2014
1.
Sebagai penulis memang kita gembira , kerana ada hari istimewa bila orang berkumpul meraikan buku. Penerbit mengatur nika acara. Merasa disayangi juga bila ada undangan untuk kita bersama dengan program mereka.
2.
Penerbit juga pintar mengatur silat persembahan. Potongan harga istimewa, acara peraduan, persembahan undangan penulis untuk
bersama mempromosi karya.
Tiga tahun ini sudah ditakdir buku saya diterbitkan oleh ITBM:
1) 100 Malay Proverbs - Pepatah Petitih Melayu, 2012( ter.Jepun
2014/ Jerman)
2) Bait Senandung Malam , 2010
3) Bonda's Love ( terjemahan,Inggeris dan Russia), 2012
4) Bijak Si Katak Bijak , 2013 ( ter. Jepun, 2014)
5) Angsa Istana Itik Jambul 2014
Alhamdulilillah ini berkat kerja sana para editor, pereka bentuk dan
Penata letak gambar dan saya sendiri melukis - ilustranya.

Dinihari baru
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulilah atas Kurnia-Mu
Kasih Dinihari
Ada gerak menggamit
Bangun lah kehidupan
Dengan deru
Gerak meluru
Suara yang memanggil
Bangkitlah Mentari
Usah diungkit resah lalu
Begitu bisik Detik
Suara
Kau harus berkata!
Insya Allah
Alhamdulilah atas Kurnia-Mu
Kasih Dinihari
Ada gerak menggamit
Bangun lah kehidupan
Dengan deru
Gerak meluru
Suara yang memanggil
Bangkitlah Mentari
Usah diungkit resah lalu
Begitu bisik Detik
Suara
Kau harus berkata!
Insya Allah
Saturday, 20 April 2013
Alhamdulliah setelah tiba Pesan-Mu
Bilan melahirkan tiga ekor anak pada
awal Januari 2012 di klinik Dr Zul
tapi sampai ajal di hari Aidilfitri - Ogos 2012
Mac 2013
Dua hari ku tiba di Balogna 25 Mac dapat pesan Melor
Nikhi @ Latlat melahirkan anak (untuk kedua kali - kelahiran pertama tidak
bertahan lama, ibu muda yang belum ada pengalaman. Tetapi dia
menyembunyikan anaknya sehingga suarapun tidak
kedengaran.
Hari ini 20 April suara Melor gembira
" tiga anakLatlat telah berkeliaran di tangga
sekarang si ibu menyusukan anaknya
di dalam bakul
Alhamdulillah semoga
dia dapat menyusukan anaknya
dan menghangatkan
tubuh anaknya
Ya
Allah pangjangkan usia
anak Latlat
cucu Bilan.
Wednesday, 5 December 2012
Saturday, 17 November 2012
I La Galigo 2012
1.
CERITRA itu belum selesai. Sejak menemuinya dalam usaha mencari tapak tenunan Bugis di Mandar dan Singkang, saya harus menyelak I La Galigo kembali. Sejak masuk ke Ujung Pandang 1986, 1994 dan terbaru , tahun ini saya harus bersayap lagi ke tanah tenunan purba di kota lama. I La Galigo tidak pernah selesai dibaca. Mencatat nama Batara Guru putera Datu Patotoe penguasai istana agung kahyangan - Bottollangi. Putera harus dilempar ke luar dari kahyayang ke bumi manusia meninggalkan Bottilangi dan dia akan didampingi perempuan utama bila berjodoh dengan saudara sepupu, puteri sulung Raja Air Sinaung Toja. Itulah puteri We Nyiliktimo.
Sungguh perit untuk mengingati nama dengan lidah bahasa Bugis Makassar. Tetapi itulah tugas mengumpul data tenunan Mandar dan Singkang. Sarung atau kain Bugis Lamo tenunan bercorak petak kecil memang dari Manda. Sarung bercorak berhias benang emas dan berbunga sendayong, pula asal Singkang. Dan saya harus menerobos dunia kayangan Bottilagi, batas kahyangan di tingkat ke tujuh, hanya untuk mendapatkan cerita kebesaran para ratu dengan busana agung Sinaung Toja ayahanda puteri, sarung bungawaru corak naga, berbaju sutera bersulam emas Toddatojja, berhias bunga matahari dari Lettenwiru. Semua nama motif dan ragamhias disebut bersasar nama sipemakai dan pemilik khas turun temurun. Tidak dapat diperikan jenis bunga dan jumlah kelopak untuk mudah dibandingkan dengan flora alam semula jadi. Semua sudah diolah dan menjadi milik setia istana di kahyangan di bumi dan di lautan. Akhirnya si pengkaji atau si pemakai di luar milik daerah asalnya hanya menyebut sebagai kain Bugis walau sipemakainya orang Makassar.
Ini bukan hanya cerita dengan kebesaran bayangan. Carilah itu! Bukankah itu pesan Pak Tua Haji Biang kemudian berganti nama Arenawati.
2.
Batara Guru sudah terlempar ke bumi, di bawah lapisan langit paling akhir. Berduka kerana harus meninggalkan kasih sayang , ayahahanda Datu Patotoe dan ibunda tercinta. Dia sudah melepas, lapisan awan bergelombang, putih kapas, kelabu dan ungu biru dipanah mentari berkilauan sepanjang menjelang senja jatuh ke bumi jagat raya. Bersendirian dapatkah anda bayangkan putera raja dilempar ke bumintara yang sunyi entah di mana di bawah kolong langit pancaroba? Masih terasa wangi tubuh disirami perasan limau, langir berbusa bagi menghilang bau orang Senrijawa
Gumam Betara Guru,
' Tetapi aku sendirian di sini. Untuk apa menangisi takdir kalau Sang Maha Kuasa telah menempatkannya di ruang batas alam bagi menjadikan bumi lebih berluasa dengan flora dan faun dan dia putera tanpa jasad di kayangan kini menjelma seutuh haiwan berjiwa bermata fikir dan cinta, memandang langit bermentari siang dan malam berbulan. '
Saujana!
Dan saya sendiri bukan We Nyiliktimo untuk membujuk Betara Guru walau saya sendiri setengah mati ingin bertemu putera Datu Patoto!
3.
Pantai Losari ketika itu bersih lapang dan pasirnya bersinar kala mentari terik dan berkilau emas kala teja senja makin merunduk di horizon laut dan langit. Bukankah di situ munculnya jemari We Nyiliktimo , menjurai rambutnya menggelinting sinar mutiara dalam hujan bergemuruh kerana telah dijanjikan..kau menjadi pendamping Betara Guru. Tingallah istana laut, tinggallah taman tumbu karang teruma ada dunia di sana, dunia bumi dan Betara Guru tidak lagi bergundah kelana sejak We Nyilikktimo bersanding bersama di petakrana. Itulah silasilah I La Galigo. Kenapa kau tersentak? Itulah kau, Itulah Saya tersedak menatap sehelai kain sarung tenunan di kota lama milik waris Betara Guru !
Tenunan itulah saya lihat berkibar bagai kain layar terbentang dengan gahnya di tiang gantungan kapal pinisi, melambai gagah di puncak batu karang, terapung dalam deru angin penanda bermulanya gelora laut Selat Makassar. Deru angin itu juga bagai gema gelombang awan, mengaum masuk ke cuping, berlegar ke tengokorok , berdegup di jantung dan darah menderas teralir ke wajah. Wajahnya merah berbinar...ada yang bersuara. Dengar dengan telita..Sang Aku, saya bersuara di batin. Memang ada layar pinisi berkilauan dalam gelora angin dan panah mentari menjelang senja menuju detik Magrib. Azan bergema lantang sayup beralun...Saya masih di Losari.
4.
" Bukalah kitab I La Galigo !".
Itulah pesan Pak Tua Haji Biang ketika kami berdebat karya beliau, Sudara.
"Kita bersaudara walapun di mana saja ". Sampuk Daeng Asari, jejaka Ana' Arung dari waris kerajaan Gowa titih dan kerabat Sultan Hasanuddin yang mangkat setelah kecewa dengan Perjanjian Bungagaya 18 November 1667. Panjangnya jarak waktu dan kami bertemu setelah lebih 300 tahun lalu. Tetapi kami bukan berdebat di Benteng Somba Opu yang sudah dirampas Belanda, sebaliknya kami sudah bertenggek di laman Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Daeng Asari sedang menyelesai tesisnya Ph.d di kampus UKM. Matanya berbinar menatap bendera jalur gemilang di puncak tiang menjulang ke udara. Kami sengaja memilih laman terbuka sambil meratah kacang goreng dan menghirup teh tarikh yang kami bekal dari Pasar Seni di seberang Sungai Gombak. Pak Tua Haji Biang sudah lama meninggalkan kami. Tetapi rohnya tetap menyelinap di jiwa kami yang mengutip cerita Arung Pallaka.
(...bersambung)

Monday, 10 September 2012
Malam Takbir Raya 1433/2012
ALHAMDULILLAH
kita masih diberi hari untuk bersama meraikan Idilfitri (1433 H). Kampung kecil kami di celah kota raya masih diberi kesempatan juga meneruskan tradisi bermalam takbir raya. Si kecil dengan gembira mengikuti rombongan Madrsah Tarbiah mengamin doa setelah takbir saling bersahutan. Hanya hidangan sederhana tersedia, dan si teruna kecil ini juga tidak kuat untuk menambah selera makan kerana tiba di rumah tua itu sudah jam 12.30 dini...tetapi kali ini mereka gembira mendapat cenderamata poskad Bijak Si Katak Bijak.....Allahuakbar. Maaf Zahir Batin...dipanjang usia kita bersua lagi dan si teruna kecil makin tambah dewasa. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)