Tuesday 23 September 2014

PETI NURANI


Hari ini dalam kelas
ku tebarkan segala cerita
kisah seni lukis warisan
yang sudah lama di laman bonda
sejak batu bersurat
sudah ada perian Raja Wana
dari Lembah Bujang
sisa tembikar pecah
gendang gangsa
Sita dan Rama bercanda luka
batik sarung berpucuk rebung
ison-ison dan barungsai
rebana dan kecapi
juga khutbah dan azan
semua ada di peti nurani
mari kita buka
alam  Seni Rupa bukan baru
kenapa di asingkan dengan sejarah 
istilah seni lukis moden
 dan melupakan Rupa dan Jiwa
sedia ada?
buka peti nurani mu ya Anak ! 


24 Disember 2014
buat pelajar 
CC10702 & CC222022

No comments: