SEJARAH adalah urutan perisitiwa kehidupan manusia. Sejarah boleh dibongkar, boleh dipindah alih, boleh ditipu kalau kita sebagai waris sejarah tidak bersifat menggali sejarah. Betapa setiap objek sejarah dapat dirubah bentuk dan alur ceritanya. Malah tidak kurang juga dihilang dan menghancurkannya. Masing-masing ingin membetul atau memperbarui mengikut kebebasan cita masing-masing. Tetapi ada data dan bukti sahih yang wajar menjadi rujukan. Bagi kita umat Islam, Al Qur'an dan hadith adalah data sahih yang perlu difahami.
Begitu juga dengan Al Aqsa yang masih menjadi rebutan. Atau paling tidak di mana letak Al Aqsa ingin dikaburkan oleh pihak yang jahil dan anti Islam. Bumbung masjid al Aqsa, bagai terlindung berwarna biru hampir kelabu. Peta sejarah di tangan ketika mengunjung pertama memang terkeliru dengan kubah emas yang berada di depan , kalau kita masuk dari arah pagar Herods. Tapi Isham cepat menjelaskan , ' itu bangunan lapan penjuru menyimpan gua batu batu, tempat Nabi Muhammad swt bersolat dan menjejaki batu untuk meneruskan penerbangan ke syurga '. Selepas memasukinya, bersolat sunat dan mendengar ceramah ringkas beliau baru kami menuju ke pintu al Aqsa, 100 meter di belakang. Itulah Rumah Allah kedua selepas Masjidil Haram. Walaupun kerap didengar, ini merupakan masjid ke tiga setelah masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tetapi mengutip hadith sahih Imam al Bukhari yang memerikan tentang pertanyaan Abu Dharr kepada Nabi Muhammad sws, ' manakah masjid utama di bumi? Rasullah menjawab ' Masjidil Haram'. Kemudian aku bertanya lagi, masjid apa selepas itu. Rasulullah menjawab ' Masjid Al Aqsa' ( lih. Safar ibn al Rahman- Hawali, DCB, 28,10)
Mungkin di zaman Rasullah, Qubah Shahra' belum menonjol, tetapi sekarang setelah silih bergantian penjajah, persekitaran Al Aqsa di dalam tembok tinggi bersegi warisan seni bina Romawi dan dirapikan lagi oleh pemerintah Islam, kini semakin ingin dihilangkan jejak dari nilai Islamit Terutama dengan makin meriahnya kebenaran kepada umah Yahudi untuk meratap di Tembok Barat, yang dibatasi pintu pagar utama Moroko yang terletak di sebelah kiri Qubah Shahra'. Di sebelah kanan makin diperbarui dengan lambang Kuil Menorah yang dibukti dengan rekabentuk Menora, dengan gagah diletak di bahagian kanan arah ke Al Aqsa. Kerana selama ini kita hanya cepat tahu dengan lambang bintang David yang dijadikan lambang bendera, maka umat Islam harus lebih tahu, lambang Menorah, seakan kaki lilin tegak ke atas berjari 7. Inilah hadiah yang dibawa langsung dari Los Angelas hadiah seorang jutawan Yahudi iaitu V .Ravinoich. Bagi fundamentalis Zioist, Jurusalem (Islam, Al-Quds) tetapi sebagai Kota Tuhan, dan kuil dengan lambang menora sebagai Rumah Tuhan. Bagi Islam inilah Tanah Suci yang wajar di kunjungi untuk berjemaah di masjid sejarah Nabi. Sekarang mereka menyekat umat Islam di persekitaran untuk datang ke halaman masjid secara bebas. Kutabahkan hatiku , bukan kah telah dicatat ' Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami , mereka itu adalah penghuni neraka.' (Al Maa-Idah :10) Nauzubillah!.
Kami memang tidak di bawa ke arah kanan dari Qubah Shahra' kerana gerimis semakin menderas, dan lebih memilih untuk solat jamak qasar, Zuhur-Asar sebelum kami berangkat keluar menuju perbatasan Israel-Jordan.
Kebetulan lambang menorah ini pernah dihuraikan dalam kajian ikon aneka agama dalam kelas bandingan seni kami berzaman dulu...menorah yang pernah dihancurkan oleh Romawi kini kembali bersinar di persekitaran al Aqsa. Bagaimanakah kita dapat mengeluarkan lambang ugama Yahudi ini, sedang Jurasalem atau Al Quds masih tercengkam oleh Zionist sejak tahun 1967. Sejauh manakah kuliah seni tanah air, memasukkan kajian lambang-lambang dan ikon seni agama sebagai bahan bandingan bagi mengukuh fahaman nilai sejarah Islam? Jangan terkejut kerana kurang peka dengan lambang agama Yahudi dengan Menorah yang kembali diangkat sebagai lambang negara dalam usaha membentuk negara beragama Yahudi- Judaisme, kita bersifat acuh. Masih dikesal, lambang ini masih dijual dalam bentuk kaki lilin, hiasan rantai, anting-anting yang kalau tidak di teliti halus, rumah anda juga turut mempamerkan menorah di meja makan anda atau menghiasi leher, dan telinga anak-anak kita. MasyaAllah.
(Saya akan masukkan gambar menorah ini dalam tulisan selanjutnya).
(Di celah perjalanan Buraq , 4 April 2011)
No comments:
Post a Comment