SENI RUPA ALAM MELAYU
Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Tuesday, 1 September 2015
Dia Guru Kami
Dia Guru Kami
( 80 tahun Haji Ishak Surin)
Bismillahirrahmanirrahim...
1.
Pemuda pintar di sebelah rumah nenek
Tapi rumah bertangga batu sunyi
Kemana pergi para lelaki
Ayah Haji cuma ku dengar nama
Kecuali Nenek Suyah dan cucunya Pili
Bersama kami pergi mengaji.
Sesekali di hujung minggu
Muncul dua orang pemuda
Pulang bercuti
Kuintai dari jendela
Berlindung dari batang rambutan tua
Kata nenek, mereka nanti jadi guru
yang bijak
Merubah kampung kita
Semoga cucu biarpun anak buruh kereta api bergaji hari
Berumah pusaka riot tidak diperbaiki
Cucu harus belajar rajin seperti mereka.
Kami tinggal di rumah tua
Terlalu uzur dibina sebelum perang dunia pertama
Saya cucu generasi ketiga
Kerap dinasihati Nenek
Hanya ilmu merubah hidupmu
Seperti menanam benih kelapa
Diberi baja
Walau digoncang angin ribut
Batang bergoyang
Tetap saja berpucuk.
11.
Bertahun kutinggalkan kampung
Merantau ke tanah Sekebun Bunga bersambung ke Jawa
Hampir terlupa Waris Minang
Nenek semakin uzur
Nenek Suyah juga tinggal sendirian
Bujang sudah berdua
Konon menjalin dua suku berbeza
Pagaruyung dan Batang Kapeh
Yang kerap bertingkah
Akhirnya mesra terjalin bila si Ujang dan Dara Serumah tangga!
Dari situ berbulan kudengar cerita
Cikgu Sahak lulusan MPSI
Pada musim-musim perjuangan rakyat
Di rumah yang membekal gerak ilmu
Juga menumbuh semangat sejarah asal
menolak penjajah, di situ semangat bergelora
Bertahun bumi dijajah
Portugis Belanda Inggeris bermahara lela
Mana pusaka anak bangsa
membangun kampung dan kota
Bangunlah Anak Watan kami!
111,
Derap sepatu, tempik silat, sama riuhnya
Pemuda menumbang rumbia
Pemudi bersama menggeser gergaji
Oooo lompong sagu ya lompong sagu
Pemudi kampungpun sama merendang beras baru
Berdenting lagu emping.
Dia guru kami
Mengajar bahasa di Sekolah Cina
Mengajar di kelas tambahan Sekolah Malam
Penuh semangat ini pejuang kampung
Berkumpul ghairah Bendera Tanduk Kerbau
Bersilat tutur api merdeka
Antara debat Pak Sako, Ahmad Bustaman, Shamsiah Fakih
Dia di situ
Guru dan suami kakak Sepupuku
Berani memetik mawar Tuan Iman Haji Rauf bin Haji Husin Majolelo
Tangkas mengelek juang dan kasih
Sabar isteri bersama pejuang
Hingga kini tidak banyak bertingkah.
14.
Di sinilah Madrsah Tarbiah kami
Sejak berdiri Surau Tinggi
Di awal 1920an
Berkumpul tempat muafakat
Bermesyuarat menjelang merdeka
Penghulu, Tok Empat, Imam dan Ustaz silih berganti memimpin kami
Direstu Sultan beristna di Jugra
Sejak diteroka
Sampai Tok Guru silat diberi gelar Datok
Bertuah Berlembing rumpai hitam putih
Inilah tanda kampung kita dijaga
Oleh hati mesra terbuka.
80 tahun usia perkasa
Tak jenuh melangkah bersama
Yang muda di himbau
Yang Tua berunding sama
Tanpa jenuh mengutip resah gelisah
Tidak jemu bersuara
Walau tidak semua didengari
Tapi inilah tanah di celah ibu kota
Tanah Menjadi rebutan
Mari bersama dipertankan.
Tuan Iman
Kami bersama menjaga tapak leluhur
Kan kita jalurkan bunga doa
Dengan Kalimah Allahu Akbar
Berantai ke dada Iman
Segarlah mentari pagi
Menjelang senja terpercik mentari
Wangi menyusuk ke hati
Jasa mu tersulam di hati!
Kota Kinabalu
29 Ogos- 2 September 2015
(...:/2 bersambun)
.
Thursday, 12 February 2015
Setelah Empat Hari...
Ya sejak Isnin semua data untuk tulisan kajian Kearifan Tempatan sudah diolah. Himpunan bacaan, teori dan data bandingan konsep, sedang rancak diramu. Seperti mahasiswa baru lulus ujian pertama tetap juga tidak merasa cukup waktu mengolah menganalisis . Mata mula berair. Suara tersendad ditekak. Sarapan dua keping roti hirisan apple , teh lemon bermadu. Tengahari nasi tapow , ikan salmon goreng, salad sayur, Jus buah.
Khamis
Hari ke empat , sudah 8 helai halaman 4R rapi terpapar di layar komputer. Menunggu azan zuhur , berhenti . Tekan punat Save S . Tiba-tiba mataku, berpinar dan gelap ! salah pandang? Kosong semua abjad ayat hilang!
Masya Allah,
Setelah Asar, merapi meja, memilih halaman baru, membelek rengkasan nota.
Allahu Akbar petang Jumaat
Pulangkah ke Rumah
Magrib dan sahabatmu
Menanti
Zikir Abadi
Allahu Akbar
Ampuni Hamba Mu Ya Rabbi
22;00
Tuesday, 10 February 2015
Inilah kerja , maafkanlah
Negeri Bawah Bayu
2015.1
Tetapi 2014 berjaya menggamitku
Ada tugas perlu kulaku.
15 Ogos 2014
Datanglah perantau lama kembali ke
Negeri Bawah Bayu
Ku buka secarik ilmu, kutebat selebar alam
Mari Anak bersama kita mengumpul sejarah warisan Anak Negeri , Insya Allah
Thursday, 5 February 2015
Nota Harian Ogos 1993
ANEKDOT
-------------------------------
1.
-------------------------------
SEMPORNA, SABAH
23 Ogos 1993
23 Ogos 1993
1.
Siang tadi telah saya susuri Kampung Air Tengah dan Hujung. Angin sepoi dan menyelinap ke celah rambut. Kususuri jalan menuju pasar di sana kusapa seorang perempuan berjualan buah-buahan : tarap, keledek , jagung dan ubi rebus. Kulit wajahnya perang lembut sedikit berminyak lelehan peluh oleh hangat mentari . Saya menyapanya dengan As Salam dan senyumam bersambut mesra dan dia mengenalkan diri " Saya Bajau Semporna, namaku Aminah Makmur.
Saya menyusur jalan memilih lorong celah gigi air ( kering) yang sarat dengan sampah sarap. Ya memang tidak kelihatan tong sampah. Rumah berderet melebihi 20 rumah seakan bersambung atau disambung dengan titian kayu di atad tiang yg berceracak dlm selut lumpur bila air surut. Bila air pasang jejeran rumah bagai terapung ditopang tiang kurus dan tinggi. Sungguh saya ingin sekali bermalam di situ.
Ya rumah Orang Laut @ Bajau Laut walau ada yg tidak suka dengan istilah ini. Kutemui juga rumah berhias bila saya susuri lebih ke arah dalam . Ada biji mata menyurut ke arah langkah Si Minah rincing di bahu sarat beg sandang dan kamera. Biji mata terlindung di bawah topi. Di hujung kanan kedengaran anak-anak bersorak sambil berterjunan ke air. Wah saya juga mahu terjun dan berenang, oooop.
Akhirnya kupilih jalan pun pulang ke Rumah Rehat. Tiada yang mencari saya. Apakah surat saya tidak sampai ke tangan Sitti Hadiah????
Selepas Asar saya memesan neskafe di kafe kecil Rumah Rehat. Saya terlihat seorang gadis kecil mencuri-curi pandang.Sesekali mata kami bertembung. Kulambai tangan mempersilakan dia duduk di sebelah. wajahnya sedikit kaku tetapi tersenyum bila saya mula bersuara:
" adik dari mana? "
Dia tersengih dan tidak menjawab soalan saya, sebaliknya dia pula bertaya
" Kakak Orang Melayu ? Aku sangka Cina ba"
" Eh kenapa"
" Malu , mereka kaya-kaya "
Ooh, saya baru belajar Konsep malu kepada orang kaya!!!'
Demikian bermula perkenalan saya dengan Rosminah binti Lande bekas pelajar Sekolah Menengah Abdullah. Perkenalan ini membawa saya ke rumah beliau di kawasan Kampung Air.
Berkenalan dgn ibu Hajah Meriam. Ini juga peluang pertama saya menyapa keluarga Orang Bajau berasal dari Pulau Omadal,waris Suluk ba...!
Matahari makin menghilang langit mula kelam. Sitti Hadiah tidak muncul juga. Gunung Bohak Dulang, bagai potret dan tubuh terlentang. Enjin bot meraung - perahu nelayan dengan layar tunggal masih di lautan. Magrib mengembang!
Hatiku berdetak dan teringatkan Sitti Hadiah kerana esoknya dengan izin Hajah Meriam, Rosminah akan menemaniku ke Pulau Bumbum. Allahu Akbar.
2.
- " Aku sangka kakak tadi orang Bisaya ?
- " Kenapa? "
- " Wajahnya seperti orang Cina, pasti Kristian, tadi aku malu mahu menegurnya "
- " Malu?"
-" Mereka kaya. Kaya ba!"
- " Orang Bajau? "
- " Lihat sajalah, kami masih di air "
- " Sejak dulu?"
-" Dulu, nenek moyang kami kaya juga. Mereka berniaga balak tapi aah! Datuk-Datuk kami juga kaya dengan isteri-isteri "
Rosminah mula bebas bicara. Di langit sebelah kiri Rumah Rehat memunculkan wajah bulan. Semalam di halaman rumah Rahim Bakri telah muncul lengkung bulan sabit warna tembaga. Kalau selepas Maggrib Sitti Hadiah tidak tiba, esok saya akan keluar mencarinya ke Pulau Bumbum dengan ditemani Rosminah. Adik ini sudi menemani saya untuk menjari rumah dan keluarga Orang Suluk. Dari jauh terdengar suara nyanyian Albert Humperding dengan senikata lagu,
" Every winter...
Every summer...
Di meja makan Rumag Rehat telah terhidang sacawan milo.
" Kami juga Orang Bajau, datang lebih 50 tahun lalu, datang dari Semulu. Ya nenek moyang kami Orang Bajau tinggal di laut, jadi di sebut Bajau Laut?
Wednesday, 4 February 2015
Alam Melayu di mata hati Pengembara Asing
Mereka datang ke Tanah Melayu sama ada sebagai pengembara bebas, pengawai muda, tentera, pendakwah, para isteri dgn segala keanehan rasa, takjub, sakit menderita di rimba penuh pancaroba.
Setelah menyatu dengan alam, masyarakat , semua pengalaman kerja pun menjadi pengalaman yg berharga: kerana kajian dan tulisan dan laporan mereka dibukukan.
Memang ada pandangan yang tidak tepat , ada juga mengejek, mengusik, tetapi bila dibaca kaji , tetap berdata yg memberi kita peluang untk menambah maklumat apa yg tidak pernah dialami oleh generasi
muda dan ini salah satu cara dgn membaca akanmengenali sejarah masa lalu.
Buku-buku lama ini diulang cetak dan boleh dijadikan bahan kajian bandingan asal usul Penduduk tempatan.
Jangan bibir sumbing mengatakan Anak Alam Melayu yg disebut bumi putera itu sebagai orang-orang pendatang yg di bawa oleh penjajah . bacalah kutipan pantun, cerita rakyat dan seni budayanyg mereka temui!
Terkagumlah Frank Swettenham ketika Terlihat Dara Melayu, " kulitnya lebih cerah drpd lelaki Melayu, dgn tangan dan kaki lebih molek, wajah rersenyum ria, gigi yg teratur dan mata yang menakjubkan" , berlebihankah tulisan Swettenham ketika melaporkan apa yg terlihat bukankah dia melihat puteri-puteri di Istana Selangor dan Perak?
Tuesday, 3 February 2015
Petang Rembang
Kami terhenti di depan pintu. Dia datang dari arah depan. Saya muncul dari arah bertentangan . Saya menyisih memberi dia berjalan sambil mengheret kaki palsunya.
Apakah yg kami perlukan lagi di hari semakin senja. Kala mentari cepat mengalih waktu? Di hari semakin
memutihkan rambut, merabunkan mata, berjalan dgn lutut bergoyang, suara mudah bertukar bunyi dan sebentar tadi
mata kita saling menyapa tapi suara bisu suara.
Kaupun meneruskan perjalanan
Mata hati kira bersapa dalam senyap bahasa.
Maafkan saya sahabatku Nik!
Saya sendiri di ssini di petang semakin rembang. Di meja mereka menghidang minuman, teh bunga madu. Saya melihat di meja seberang sana, di kafe yang sama kafe buku tempat
kita bersama mengimpikan laman kasih sayang. Sudah 50 tahun berlalu. Kita bertemu dalam bisu.
Subscribe to:
Posts (Atom)