5.
Sajak:
Rumah sejarah seni dan warisan bonda. Sila jejaki tangga ke rumah kita.Kelopakpun kembang ke jejenang diri
Menjalin persahabatan seni dan seniman
Inilah salah satu kaedah mengukuhkan tradisi ilmu dan berpameran. PPM sejak tahun 198oan kerap mengadakan acara melukis bersama di luar Kuala Lumpur. Di bawah pimpinan Khalid Yusof kami diboyong melukis bersama ke Pulau Ketam, ke Tasik China, Ke Pulau Tioman. Program ini dilanjutkan dengan pameran dengan kerjasama beberapa Kedutaan Asing. Hingga kini gabungan dan kerjasama ini makin kukuh dilanjutkan oleh kelompok muda dan disokong oleh galeri yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kian ramai memahami perkembangaan seni dan cara memperoleh wang untuk pelukis dapat meneruskan tradisi melukis atau memilih kerja Pelukis Sepenuh masa. Kelompok pelukis ini juga membentuk komuniti masing-masing, saling bersahabat menjalinkan projek dan pameran. Selain Balai Seni Lukis Negara dan Petronas yang merajai ruang pameran yang gah dan membanggakan, telah bermunculan galeri dan grup yang menyokong kegiatan seniman muda. Inilah yang disokong dan dilakukan oleh R.A. Galeri, Pelita Hati, Kumpulan Matahati, Art Case, Kumpulan pelukis Jalan Conlay, Galeri Chandan, Citra, Tangsi, Ruang Seni Lostgen, Sokagakai, Annexe dan lain-lain lagi. Galeri bebas ini semakin tumbuh di sana sini. Pelukis kadang mengeluh juga kerana kalau sepenuhnya mengharap kerja galeri yang mengundang, pastilah potongan komisyen lukisan yang terjual boleh tiba ke takuk 40 %. Bagaimana dengan kerjasama? Mencari modal tajaan untuk kos ruang pameran, katelog, jamuan, undangan. Apa lagi mencari pembeli atau sejauh manakah anda dapat menghimpun para kolektor. Inilah rahasia yang harus dipelajari kalau anda memilih gaya pelukis sepenuh masa.
Dunia seni lukis hari ini sudah menjadi produk gaya elit. Para kolektor elit juga sudah mempunyai senarai pelukis dan lukisan yang akan dimiliknya. Ini juga rahsia yang harus dipelajari ketika anda mendampingi sang kolektor. Pelukis yang bijak bukan lagi rahsia kerana sudah kerap mengundang para elita ini ke studio mengadakan jamuan petang atau cocktail party serta menyuguh lukisan menarik di dinding ruang tamu dan bilik jamuan . Atau pelukis ternama sudah mempunyai PR masing-masing (isteri atau suami) mengatur pertemuan dengan membawa katelog, gambar sambil minum petang di hotel bintang 5 di kota metro ibu kota. PR inilah yang kerap menghubungi para kolektor dan galeri, terkadang mendesak lukisan yang wajar dibeli. Anda bagaimana?
Begini jugalah dalam menghasilkan karya susastera. Anda mula menggarab, mengumpul bahan, sebagai kerja asas bagi memenuhi jiwa senimu. Kerana seni itu milik bersama, walaupun berada di bidang berbeza tetapi susastera mempertemukan kita. Kenapa tiba-tiba anda ingin Menulis, berpuisi menulis cerpen atau novel. Inilah anugerah dan kebesaran Ilahi. Kita telah ditiupi roh - rohani dengan kesedaran mencintai mengasihi. Jiwa tergetar, hingga hati terpanggil untuk sama berkongsi pengalaman. Inilah pengalaman seni kehidupan yang harus, harus dicurahkan untuk kita nikmati bersama. Anda sudah memulakan. Kini andalah juga yang harus menyudahkan luahan hati, rasa, fikiranmu Selamat berkarya.
Saya titip catatan kecil daripada cerpen " Taman-taman Laut"
" Dia masih di sana . Sebentar lagi akan pulang" Itulah ucapan Pak Lugam. Aku tidak percaya juga. apabila Pak Lugam dengan suasana berbisik mengadakan, " Bidar selalu membawa susunan batu karang yang menarik, setiap malam bulan mengambang penuh. Dan batu-batu karang itulah sumber rezekiku yang sering dibeli pelancong."
Kini anda sudahpun berada di pulau Pak Lugam dan Suri Bedar!
******
* draf 1 bahan perbincangan untuk Bengkel Penulisan Kreatif Siri 4, "Pemurnian Karya cerpen dan Sajak" Kg Mukut, Pulau Tioman, Pahang, anjuran UPENA, UiTM Segamat Johor, 22-24 Jun 2010
*****
Gombak
19052010
Budaya itu hidup dan berkembang , ini ditandai dengan aneka barang kelengkapan hidup yang digunakan. Berzaman masyarakat tumbuh dengan nilai saling pinjan meminjam disamping membina dan mencipta jati diri. Dari tanah liat di Sayung atau Pulau Tiga Perak, nenek moyang Melayu mula mengguli tanah liat dan membentuk labu, periuk belanga, geluk, labu. Sisa zaman pra sejarah yang dijumpai di Bukit Tengku Lembu, telah membuktikan kepakaran menguli tanah telah wujud dan berkembang sejak zaman Neolitik. Motif hias yang sederhana makin berkembang dengan kemasukan budaya Dongsong. Kini dalam saingan budaya benda oleh olah globalisasi, meja makan kita makin beragam hiasannya.
Pohon gajus=keteghe ini sudah merimbun berusia lebih 70 tahun masih tersisa di Pulau Tok Umai
Jauh di Pulau Tok Umai yang sudah kehilangan penghuni masih tumbuh subur merimbun pohon gajus = keteghe. Kerana tumbuh di kawasan berpasir, ditiup angin tanpa kira muzim pohon subur merendang, dahan melengkar menjulai ke tanah. Pohon makin membiak kerana bijinya tertebar, mungkin dimamah tupai dibawa burung atau tikus. Hampir tumbuh di mana-mana hingga ke kawasan tengah pulau, masih tumbuh anak-anak pohon ini . Melihat pucuk-pucuk lembut, lidah mana tidak tergiur?