Monday, 1 December 2008

WARNA GHAIRAH TARIAN MALAYSIA?




Gambar : Penari - penari gadis Malaysia dengan warna busana cacaca rumbaaaa...
SEMENJAK Kementerian Kebudayaan Kesenian bergabung dengan Pelancongan kemudian menjadi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) kini ditambah pula dengan Perpaduan, wajah persembahan tariannya masih meneruskan konsep 'Jual Malaysia'. Seni tari mula ingin membina citra Malaysia - menggabungkan semua tarian etnik yang kaya nilai folk art sehingga seni yang bernilai budaya tinggi seperti tarian istana (gamelan, makyung) pun menjadi seni pesta lambak. Untuk merangsang penonton kerana ia dianggap barang jualan, maka WARNA dan HIASANpun dimeriahkan, warna cerah menonjol untuk melambangkan betapa gembira dan menyatunya rakyat Malaysia itu. Maka jangan mengeluh, bila muzik gamelan ditabuh dengan lagu Lambang Sari atau Kunang-kunang Mabuk, masuklah penari Daling-daling, atau kuda kepang. Bila Sape digesek, tertandak-tandak pula penari Joge.
Begitujuga gerak dan gubahan tarian harus merangsang, dinamis segak dan berani - sehingga semua langkah lelaki dan perempuan tidak dibezakan. Maka gerak hayun tarian Zapin Hanuman pun, si gadisnya melonjak dan melebar suak kaki kanan kiri; tarian Ulik Mayang yang mistis, gemulaipun menjadi warna histeria, dah melompat macam kecak Bali. Weeeh inilah koreografi yang dicipta oleh idea si penguasa kementerian yang tidak memperdulikan saranan dan teguran dari pengamal awal . Sampai ke sekolah di kampung-kampung konsep pesta tari ini terus saja berlansung....wah-wah bunga plastik yang besarpun tertenggek dan bergoyang tegang di kepala. Kerana bunga melor, kesidang,tanjung , cempaka tidaklagi di tanam di halaman rumah tari dan tanaman itu kini mungkin telah menghilang di taman Melayu? Inilah warna-warna meriah tanda gemilang bangsa?
AL-FATIHA buat Almarhum Seniman Negara Syed Alwee- kita kehilangan tokoh teater dan gimanakah lanjutan teater Tuk Perak dan Keris?
2 Disember 2008

No comments:

Post a Comment