Senarai gambar 1) Puisi dan sketsa " Ramadhan Menjelang Syawal "
2-3) Baju T Kasih Bonda @ RM 25.00
4) Buku terbitan DBP, 2008 @ RM 30.00
USAHA menerbitkan buku ini memang Perih sekali. Idea kerja dilakukan sepanjang ibu berada dalam suasana kesakitan yang berpanjangan. Sebentar kami bergilir menunggu ibu di HUKM, sebentar sudah tergeletak di bilik sepi kadang terkejut harus menghantar ke klinik . Inilah kerja yang cuba menenangkan keadaan gawat merawat ibu. Hasilnya aku kembali mengheret memori beliau agar kembali putih ingatannya. Inilah ceritu Siti dengan ibunda dan ninda, terhasil sepanjang tahun 2000. Berjalanlah manuskrip ini untuk mencari penerbitnya hingga dengan berani sampailah ke meja editor Azzah untuk skrip bacaan kanak-kanak . Tapi akhirnya berpindah ke editor remaja - baru siap setelah 6 tahun. Tidak mengapa...jalan seperti siput b iasanya, kerana kancil atau pelandok memang susah mengejarnya. Kami cuba mengembang minat selain membaca buku, Galeri Melora cuba mencetaknya untuk di pakai - baju t , dengan dua warna putih dan hitam. Untuk dapatkan buku ini boleh emel ke > galerimelora@yahoo.com. Atau kalau ada adik-adik dan kawan sudi mengedarnya (dengan komisyen lhe) boleh juga dibincangkan. Salam Kasih Bonda
salam bonda Siti yang dirindui
ReplyDeletesaya sudah dapatkan buku terbaharu ini di DBP. salam Tahniah. Dan saya juga promosikan di kuliah dan suruh pelajar buat tugasan, jadi teks wajib! aha! baru budak2 tu tahu...kalau tidak asyik disogokkan dengan karya entah apa2...
Salam Bonda Siti,
ReplyDeletesalam ziarah. cuma sekadar memberi pandangan. apa kata kalau dibuat satu laman blog khas yang menyenaraikan produk-produk yang ada di Galeri Melora. lebih mudah rasanya :)
Tks K. Begitulah bertahun-tahun dulu bonda menyeret hal sama.Mungkin boleh buat grup Kasih Bonda, pakai t-shirt. Galeri Melora boleh beri diskaun kut. Sesekali nak jengah juga kelas K itu. Nanti bonda boleh datang, hari apa kelasnya ya?
ReplyDeleteTks Sarah, idenya bagus. Dulu memang dah ada sesawang GM. Tidak berubah begitu saja. Nanti kita usahan Galeri Melora ya!