Saturday, 6 December 2008

SIMPANAN LAMA

Tin susu Allayarham ibunda masih bersisa
berkarat di mamah usia
Basilkal lama Kak Long (1990) dan milik
si bungsu (1991) masih kukuh dan sisa
warna merah masih menyala
sudah berusia 18 tahun
UMUMNYA masyarakat kita sering menganggap barang lama itu menyemak, kotor dan perlu disingkirkan. Mungkin ada benarnya kerana bahan tersebut sudah berabuk, dimakan anai-anai, helaian kertas rebut dimamah rengat, hancur; kalau bahan dari timah, tin, logam besi mudah berkarat kerana tersimbahair . Siapa saja yang tidak peduli melihat bahan tersebut akan disisihkan. Kalau takut dimarahi oleh si empunya asal, bahan-bahan tersebut disembunyikan di bawah almari, di bawah katil atau dinaikan ke loteng di dalam stor.

Memang keraplah daku kehilangan bahan-bahan tersebut di rumah ibu. Setelah ibu tidak sihat, yang menjaga, merapi rumah diserahkan kepada mbok Minah. Dia amat rajin dan kerap halaman rumah dan ruang tamu bersih susunannya. Kukira bahan-bahan lama juga disimpan dengan rapi. Kini setelah ibu pergi buat selamanya sejak tahun 2002 dan tahun ini pula aku benar-benar bebas dari kampus, tibalah aku mencari segala khazanah simpanan lama yang hilang. Nah terbongkarlah bahan-bahan lama yang sempat diselamatkan walaupun semakin rapuh , cacat di sana sini dimamah bubuk atau digigit tikus.
Dalam satu kotak muncul buku-buku lama si kecil dulu ketika Kak Loong asyik ingin menjadi pemuzik. Nota dan buku-buku, sijil kelas muziknya terselak. Rupanya bila Kak Long lebih memilih kelas ekaun dia hampir melupakan kelas muziknya. Dia lupa barangkali, kerana dia sudah ada sijil gred 4 dengan menerima akuan dari the Royal School of Music , London. Himpunan buku-buku nota muzik, buku lagu yang kubeli untuknya seusia 6 -15 tahun semua itu terabai. Hingga kini hanya sesekali piano berdenting, kerana selepas itu dia meneruskan latihan saron di ASK (Sijil Muzik Tradisi) pula. Maka kini bahan tersebut kembali kukutip sebagai simpanan lama untuk dijaga semula oleh si pemilik asal.

Di luar rumah ibu tersadai beberapa bahan logam, basikal si bungsu, basikal kesihatan ibu juga melekat kaku di bawah pohon asam jawa. Perih juga melihat bahan lama. Walau sudah berkarat, kaku dimamah air hujan tapi bahan tersebut kukuh dan agam. Basikal buatan singer kujadikan hiasan di taman rumah ibu yang semakin sunyi kerana daku hanya kembali di hujung minggu. Di sudut lain, sususan bertindih sisa botol-botol lama, tin susu minuman harian ibu. boto-botol kicap, sos, bahan sisa yang kerap kugunakan untuk hiasan gelas warna juga semakin membawa lara mengenang kehidupan keluarga. Esok menjelang Hari Raya Korban (8-12-2008), juga genaplah si bungsuku berusia 26 tahun. Masih ingat basikal mu tersadai di sebelah jendela rumah Uwanmu?

Gombak
7 Disember 2008

No comments:

Post a Comment