Tuesday, 4 November 2008

DENGAN SUKARELAWAN SOGA GAKKAI

DISIPLIN kerja NgO Soka Gakkai Malaysia (SGM) memang amat menarik. Sehari sebelum pelancaran pameran, seramai 35 orang pada jam 3.30 petang (25 Okt 2008) sudah menunggu ketibaanku. Sudah menjadi kebiasan kumpulan ini akan diberi taklimat tentang setiap pameran yang akan berlansung, kerana selepas ini mereka akan bertugas bergiliran menunggu ruang pameran . Tugas pelukis ialah bercerita menghuraikan konsep pameran, tentang tema , semangat dan apa saja tentang bahan pameran. Barangkali inilah pengalamanku setelah lebih 30 tahun terlibat dengan pameran, hanya bercakap dalam sidang media, bercerita dengan wartawan, tapi kali ini tugas sukarelawan SGM memang menakjubkan. Sikap ingin tahu mereka begitu besar, suka berceloteh dan bertanya dan meminta menterjemahkan apa itu Angin Si Pauh Janggi. Tambah mereka lagi, mereka disarankan membawa teman atau menjemput pengunjung lain untuk datang ke pameran . Tentu saja semua mereka ini adalah suku sakat warga Tiongha yang kaya daya penghayatan seni seperti yang disaran oleh falsafah buddhisme meraka. Seperti akuan Mah Jo, " Inilah pertama kali kumpulan kami didedahkan dengan keindahan kesenian klasik Melayu- melalui seni makyong " .
(5 Nov 2008,08:32 am)

No comments:

Post a Comment