BERMULA perrtemuan dengan Joanne dan Katherine di Samudera Pasai 2006, bermulalah cadangan untuk mengadakan pameran di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia. Kebetulan setelah mengerjakan laporan penyelidikan Biografi Khatijah Awang, impian menerbitkan buku tersebut berkobar-kobar sekali. Zack bersungguh ingin menerbitkan buku tersebut di ASWARA. Kutinggalkan cadangan asal untuk terbitan di UKM dan DBP. Selepas itu kerja keras menyiapkan lukisan untuk disertakan dalam acara pelancaran buku. Walhasil balik asal, acara tergendala kerana buku tidak dapat diterbitkan pada tahun 2007. Ku pujuk hati, melukis terus tapi hingga Oktober 2008, buku Biografi Primadona Khatijah Awang masih tidak muncul bayangnya. Zack tersekat-sekat mengaku, wang percetakan sudah lenyap....KeKWa (Kemudian ASWARA) telah berarak ke London untuk pesta Huhahua - nari-nari dan fesyen show. Pelajar ASWARA pula harus mengajar nari-nari joget lambak le...Dana terbitan juga lupus....Tapi tugas pelukis adalah melukis. Melukis kesakitan, kerinduan, keletihan... buku sebagai syarat dan bukti ilmu tercatat hanya penghargaan manis di bibir. Begitu juga sokongan dan hak wajib penerbitan hanya sokongan lenggang kangkung para birokrat budaya.
Itulah Angin si Pauh Janggi....kota dan jiwa impian....bagi merakam sejarah perjuangan Allahyarhamah....setelah sekian lama mengutip gerak tutur bubir, gerak langkah warna warni busana....hanya rakaman biasa tidak lebih dari itu....Alfatiha juga buat Seniman Negara yang hanya tinggal nama di hujung lidah bangsa.
Itulah Angin si Pauh Janggi....kota dan jiwa impian....bagi merakam sejarah perjuangan Allahyarhamah....setelah sekian lama mengutip gerak tutur bubir, gerak langkah warna warni busana....hanya rakaman biasa tidak lebih dari itu....Alfatiha juga buat Seniman Negara yang hanya tinggal nama di hujung lidah bangsa.
Salam Dr,
ReplyDeleteterima kasih menjemput kami.Saya tak sempat tulis lagi berkenaan pameran ini. Vokal saya,Mohsen sudah mencatat di http://mohsenamdan.blogspot.com
Saya berharap dan berdoa buku berkenaan primadona ini segera terbit.InsyaAllah.
Zul
Terimakasih, nama Dewangga Sakti seakan mahu buat pameran tekstil pula. Kain dewangga tu berkilat kilau benang emas, yang memakainya memang akan menjadi sakti. Bertuahlah Dewangga Sakti dengan gambus, bialo gentang tu, teruskan mencipta lagu-lagu dengan nada MELAYU. Syabas. Ya dah baca tulisan mohsen. salam untuk semua.
ReplyDeleteDr Siti,
ReplyDeleteAda tak sample kain dewangga tu? Kalau boleh saya nak letak dlm album akan datang. :)
Apa saja kain berkilau kilau, sama ada tenunan, cetak sulaman atas satin atau sutera boleh di andaikan iatulah kain dewangga. Nanti saya beritahu Melor untuk bongkar almari purbanya, " yyyee" jawabnya.
ReplyDelete