Tuesday, 4 November 2008

SAHABAT SENI SITI


TUGAS PELUKIS ialah melukis. Untuk pameran solo bukan kerja iseng-iseng lagi. Kerjasama para sahabat memang menentukan keberhasilan ruang pameran. Galeri Melora dengan pengurusnya Cik Melor telah menyusun kerja sejak seawal tahun lalu. Kuratornya pada permulaan memang telah dicadangkan sahabat kami Dr Zulkifli. Tetapi memandangkan kesibukan beliau, akhirnya kami bersetuju kamilah menjadi kurator bersama. Sengaja kami tidak perlu ramai nanti kecoh saja daripada buat kerja. Tiga nama awal selain Melor ialah Linda Anwar dan Ida .Tapi setelah mesyuarat pertama dengan SGM, Linda harus ke Hongkong, bertugas di sana. Tinggallah Ida dan Melor, terkejar ke sana kemari. Tapi Alhamdullih, semua menjadi beres. Hingga saat akhir, yang merapikan bungkusan dan frem ialah Birul, Ida dan Melor. Ayong kerja serba ada, terutama untuk persiapan di hari perasmian dan di meja pameran juga meja makan. Latihan akhir muncul Hesmel dari OUM, sebagai juru acara. Supra ditugaskan sebagai juru foto-video. Yang lain-lain adalah sahabat dari RA Fine Arts dengan sokongan kuat YM Raja Ahmad, Ruzaima, Wina dan Ina. Munculah katelog yang cantik dengan tulisan lengkap dari Engku Raja,Dr Zul dan Mahzan. Cik Melor menyiapkan lagi katelog sederhana untuk memuatkan tulisan Rahimidin. Terima kasih untuk anda sekelian. Di hari pelancaran, kita dihiburkan oleh Dewangga Sakti dan Fathul, Bersambut pula dengan bacaan puisi spontan oleh Fathul, Mustaffa Ibrahim dan Hanim. Tentu saja ucapam tak terhinga dengan Pak Mat Rebab dan rakan yang datang khusus dari Kelantan. Terima kasih juga kepada pengarah JKKNK yang merestui kedatangan pemuzik, serta Mala dan rakan-rakan dari UPSI yang mempersembahkan gerak tari mengadap rebab. Tentu saja kerja menggantung dan menurunkan lukisan di ruang pameran adalah kerjasama yang tidak dapat kulupakan ialah kumpulan sukarelawan SGM sendiri.
Kepada yang memberi dana untuk rombongan Makyong, Datuk Zaid kami sekretariat Galeri Melora merakam ucapan terimakasih yang tidak terhingga juga. Tentu juga dengan KeKWa sebagai Penaung yang menyokong sejak dari awal (walaupun dengan jalan yang berbelit) dengan dana khas dari tabung pendidikan seni cukuplah juga untuk kami menganjurkan pameran Angin Si Pauh Janggi.

No comments:

Post a Comment