Kampus Bangi.
Baru pagi ini terdengar rintihanmu, setelah mendengar angin memukul kepedihan yang kau tanggung. Angin menghimbau sejak seminggu lalu, baru pagi ini tiba ke cupingku, memberitahu kau sudah di hospital. Hudan sikecil lincah sepanjang bengkel puisi MASTERA di Samarenda, yang juga menari-menari melagukan puisi, tatkala Komang si kupunyakupu dengan rambut bergelung lebat, Amir yang diam tafakur, yang hadir ialah gerak kipasmu menghempas...tapi sekarang kau terpengap, mata terpejam, dalam selimut coklat berbulu halus, dengan tiub terpasang di hidung dan mulut, bagaimana harus kupanjangkan lagi ingatan duka itu, sahabat kita, anakanda Hudan, teduhlah kau dalam lindungan Nya, insyaAllah kau yang gigih tabah, dan pintar dengan ketengangan itu Dia menguji kita semua. Semua sahabat-sahabatmu mendoakan, agar kau cerah kembali, bersuara, berjenaka dengan ilmu kalammu, puisi itu katamu, adalah ubat patah hati. Tambah Ira, Wahyu Umbu memberi kasih penenang jiwa. Insyallah dalam tidurmu (jiwa-hatimu tidak tidur kutahu) kau tengah menabur cinta dan kami sahabatmu menabur doa untuk ubat pengasih untuk kau bangkit, menguatkan segala luka jasmani demi roh yang harus dibebat dengan doa dan Cinta Abadi.
Hudan
dalam hujan kau beri kabar
daunan di kebun menari-menari
dalam kabus ada mentari memberi sayap berduri
aku melihat mutiara Samarenda
mdngalungi lehermu, beraneka warna
puteri Banjar selalu siap
dengan tasbih cinta di dada.
Sekarang tidurlah dalam jaga
bidadari sedang merapi tubuhmu
luka dan darah menjadi lukisan
dalam diam tidurmu
ada pengawal lebih tahu
kesakitan memberi kehidupan
selepas itu adalah senyuman
yang mengikat segala ujian.
20 Mei 2008
(buat Huda di hospital kota Banjarmasin,setelah kecelakaan 27 April yang lalu)
Salam Dr Siti, terjumpa blog ini secara tak sengaja dari blog Kak Nisah Haron. Saya akan kerap ke sini untuk menatap tulisan penulis yang saya gemari :)
ReplyDeleteSalam sastera.
Terima kasih, semoga adinda Anis juga beroleh berkah untuk kita kongsi bersama dalam dunia penulisan.Amin
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulilah bertemu semula di alam maya melalui blog Nisah Haron. Saya tidak pasti sekiranya Prof Dr Siti masih mengingati saya. Saya berada di UKM sekitar tahun 1993-1995 mengikuti Ijazah Sarjanamuda TESL dan turut mengikuti Sanggar Kreatif. Saya melukis pada masa itu dan pernah menjadi pengacara majlis untuk acara baca puisi antarabangsa puisi di mana saya sendiri mendeklamasi sebuah puisi Perancis.
Dua tahun kebelakangan ini saya berjinak-jinak dalam penulisan puisi dan sedang memulakan penulisan novel.
Terasa rindu ingin bertemu semula.
Shima, ingat-ingat lupa. MEmang ramai mahasiswa/wi silih berganti setiap semester. Amin, Shima harus aktifkan minatmu. Ya baru ingat, pengacara ketika itu. Udah 13 tahun ya. Semoga ada buku yang dapat dihasilkan. Saya menunggu. Sahabatmu Guru itu!
ReplyDelete