Monday, 13 September 2010

Ziarah ke Penghimpun Seni PEMULA


ANTARA Penghimpun seni di Kuala Lumpur yang aktif mengumpul karya pelukis muda ialah Tuan Phakaruddin Sulaiman dan isteri beliau iaitu Puan Fatimah Sulaiman. Kedua-dua adalah peguam bela - peguam cara yang menjadikan rumah dan pejabatnya sebagai ruang seni rupa yang menarik . Memang sudah menjadi tradisi pasangan romantis ini mengadakan hari terbuka pada hari kedua. Menu kebiasannya ialah Laksa Johor. Tamu-tamu yang datang memang dari golongan orang 'mahkamah' dan seniman. Di kalangan kawan seniman, mengunjungi rumahnya bererti melihat karya seni rupa yang mungkin tidak sempat ditemui di ruang pameran !

Apa tidaknya, antaranya ialah karya Fuad ini yang tidak sempat saya temui dalam pameran telah tersimpan di sini (2007). Mungkin di kalangan generasi muda isu lukisan ini tidak begitu di sedari, ia tersembunyi dengan abjad No, tulisan China dan Jawa. Inilah isu Konfratasi (1963) telah digarap oleh pelukis. Dua tahun lalu, penampilan karya ini tidak menarik untuk diperkatakan, kerana seakan mengungkit sejarah 44 tahun lalu. Tetapi hari ini dengan isu BENDERA membakar Jalur Gemilang, lukisan ini rasanya menarik untuk dinilai kembali. Lihat yang membakar sebelah kanan, pemuda berjubah dan bersongkok, (mewakili pesantren?), generasi muda diwakili oleh pemuda berbaju T kuning , berseluar jeans, paling kiri mewakili pelajar atau kaki tangan kerajaan? Melalui karya seni kita disarankan untuk tampil dengan daya fikir dan jiwa , bukan emosi yang riuh rendah di jalanan....

Perjuangan sejarah bangsa memang belum selesai. Ketika keris dipertikaikan kewujudan dan lambang budaya oleh genersasi yang degil sejarah, pengarca Raja Shariman sudah lama memikirkan gerak silat, sikap tan teguhan jiwa. Besi sebagai perantara semangat menjadi saksi > Melayu masih di persada sejarah! Insyaallah !

Ramai yang berbakat dan mula menerjuni dunia seni. Semoga sumber ilmu dapat mengetengahkahkan karya seni yang harus dipertanggung jawabkan .InsyaAllah, selamat berjuang dan terus berkaya kepada para seniman, penulis dan perupa!


Seniman, penyair, datang dan pergi. Al Fateha buat mereka yang telah meninggalkan kita. Tetapi karya mereka masih hidup....inilah peranan para PEWARIS seniman - penyair. Semoga Haslina Usman Awang terus merapikan karya ayahanda UA. Sudah tiba masanya para pewaris seni bergabung, membentuk organisasi untuk memikirkan apa yang patut dilakukan agar karya ayah, ibu, datuk dan nenej anda tidak tersisih atau diulang cetak tanpa diketahui oleh pewaris masing-masing...terutama dari sudut royalti! Ayuh buka silat anda semua!
***
Gombak
Idilfitri 4 Syawal 1431/13 September 2010




No comments:

Post a Comment