Wednesday, 29 September 2010

Mendengar cerita keluh seniman dan cendiakawan sepnjang September

Puan Rosmawati Othman ketika merasmikan
Akademi Nik Rashiddin, Kampung Kandis, Bachok,
Kelantan Darul Iman, 20 September 2010
*****

PERUBAHAN nyata dalam dunia pendidikan masa kini ialah dengan berdirinya universiti hampir di seluruh negeri dengan kampus yang luas, bangunan yang gah. Tentu saja semuanya rumah batu, sarat penuh di kampus . Malah ruang taman di kampus tertua di tanah airpun kehilangan deruan bayu di tasik. Tasikpun semakin sempit malah sudah bertukar warna, oleh pembangunan yang merebak di kampus. Tiba-tiba aku teringat, tingkah Socrates dan Plato yang memberi pidato kuliah di lapangan terbuka , di pasar Athens tempat orang ramai lalu lalang, sehingga kuliahnya boleh saja diikuti didengari dalam kesibukan suasana di pasar . Malah untuk mempertahan ilmu pendidikannya, Socrates lebih memilih mati dan rela meminum racun hemlock. Di pasar itulah kemudian digelar sebagai Akademi Plato. Ingatan inilah yang berlegar di minda, terharu dan amat bersyukur dengan kesedaran Puan Rosmawati binti Othman, dengan susah payah penuh kasih mendirikan AKADEMI NIK RASHIDDIN, sebagai mengenang kerja seni ukir keris yang telah dihasilkan oleh Allahyarham suami sepanjang hanyatnya. Di situ sudah terhimpun koleksi seni bina, anika bahan ukiran kayu, logam tembaga, emas yang berusia ratusan tahun, daripada warisan Langkasuka-Patani - Seriwijaya (abad ke 2-13), masuk ke era kuasa pemerintahan Cik Siti Wang Kembang (abad ke 17). Akademi ini hanya menunggu kerja para mahasiswa yang sanggup bekerja di lapangan, bukan hanya di kampus dengan bangunan segak perkasa.

Saudara Rahman, pencinta dan pengkaji Keris. Dia bagai
Tok Dalang dalang mengutip ilmu di Kitab Sejarah Melayu,
bersilat di kepulauan Melayu dan menemui keris
milik bangsa yang mencintai khazanahnya -
dalam sidang Dialog Tun Fatimah di Wisma Sejarah
Jalan Tun Razak, 22 September 2010

Kain Cindai ( Patola) Gujerat bukan sebagai busana sahaja
juga sebagai alatan bertempur, menepis serangan silat,
menjadi ikat bengkung pahlawan yang bertarung -
koleksi Persatuan Senipurba Selangor
*****


KERIS sudah kehilangan lok? Senjata ini yang melambangkan ketuanan Melayu sudah bebas di cabar. Bila orang Melayu membuka keris dari sarungnya, dicium sewaktu pertabalan di raja diikuti paluan nobat, muncul fitnah, orang Melayu suka mengamok. Tanpa kajian kitapun mengakui pandangan penakluk kuasa ketuanan Melayu itu. Ada pula nenyampuk masa itu sudah berlalu, maka pengantin lelakipun memakai keris dengan kepala hulu menungkah ke muka...bagai memang menunggu lawan bertarung. Nah sekarang siapakah yang harus mengeluarkan dan mencium keris panjang untuk sebuah pertabalan. Jangan kau perdebatkan. Kerana keris Taming Sari masih di genggaman sari. Belajarlah dari kuliah di pasar terbuka....bila buku kajian seni budaya memang tidak mendapat tempat di pustaka.



INSTITUT Terjemahan Negara Malaysia dengan kerja yang semarak sepanjang tahun 2009-2010 telah menterjemahkan karya penulis yang menerima Anugerah Sasterawan Negara dan Anugerah Asia Tenggaran ( SEA Write Award). Penterjemah buku Kasih Bonda ke bahasa Rusia ini sungguh mengharap buku ini dilancarkan di Moskow...ada tiket tambang murah ke ya Tuan Haji Ketua Pegawai Ekskutif INTM?



Datuk Prof Zainal Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu ketika
melancarakan acara Festival Buku-buku Melayu,
23 September 2010
*****
BUKU-buku bahasa Melayu tidak ada pasaran? Satu momokan...bayangkan makin banyak penerbit yang dengan berani dan bangga menerbitkan buku Agama, Pendidikan, Ilmu yang berbagai di samping karya kreatif? Tahniah Persuratan Pengajian Bahasa Melayu UM dari Jabatan Penerbitan dan Komunikasi mengadakan Festival Buku-Buku Melayu. Terima kasih PPBMUM melalui usaha M Jailani kerana mengundang kami , saya dan Achdiat Akashah untuk sesi Dialog Penerbitan Buku-buku Melayu .
*****
Anjung Kasih Bonda
Bandar Baru Bangi
No 17 Jalan 1/7K
46500
Selangor Darul Ehsan
Malaysia




No comments:

Post a Comment