Program Secawan Kopi Selakar Puisi Sebuah Lukisan memang sudah lama bermain di fikiran Penerbit SSE Sdn Bhd. Sebelum ini memang sebagai pelukis dan penyair sudah kerap di wawancarai secara eceran. Kadang penerbit hanya memberi tahu program akan disiarkan di rancangan A atau B. Sehingga kita sendiri pun ketinggalan tidak melihatnya di TV. Kita juga kerap dipanggil dan bersiap waktu pagi untuk ke studio akhirnya diri terasa letih dan pedih sehingga memujuk diri " Kau jangan lagi melibatkan diri dengan dunia rakaman TV yang kerap lebih menguntung kelompok penerbit - menjual hasil terbitannya tanpa berbaloi dengan kerja seniman, waktu dan acara rakaman yang melelahkan. " Tetapi tiba-tiba muncul sahabat kami yang terkenal dengan suara jenaka dan ketawa nakalnya. Kali ini memang tidak dapat mengelak lagi. Dia datang dengan lengkap surat perjanjian dengan skrip yang rapi dan kumpulan kerja yang tahu mengatur ruang, tanpa menyusahkan kami di rumah. Pilihan mereka memang lucu juga tapi aku faham...
" Kami mahu latar rumah ibumu! ok? Rumah ibu ya paling tidak di situ ada semangat mu waktu kecil "
Raja Azhar sebagai penerbit juga seorang pelukis dan pengarca gelas.....dia tertarik dengan citra rumah lama yang kubangun di anjung rumah Ibu...9 mata anak tangga menjulang ke ruang atas, bertiang tinggi.
Raja Azhar Raja Idris - Penerbit Secawan Kopi Selakar Puisi Sebuah Lukisan
Watak si Siti Kecil, bermula dengan mesen taip
Nanee Surya sebagai pengacara progam....
Suaranya mengulangi skrip :
Kesemua hasil lukisan dari pameran solo pertama Siti Zainon, kira-kira 2 ribu ringgit, satu nilai
yang besar pada tahun tahun 1969, Siti Zainon jadikannya bekalan untuk melanjutkan ilmu seni catanya di Akademi Seni Rupa Indonesia atau ASRI -
*****
CUT lampu dimatikan pengarahnya lega.....
Watak si Siti Kecil, bermula dengan mesen taip
Nanee Surya sebagai pengacara progam....
Suaranya mengulangi skrip :
Kesemua hasil lukisan dari pameran solo pertama Siti Zainon, kira-kira 2 ribu ringgit, satu nilai
yang besar pada tahun tahun 1969, Siti Zainon jadikannya bekalan untuk melanjutkan ilmu seni catanya di Akademi Seni Rupa Indonesia atau ASRI -
*****
CUT lampu dimatikan pengarahnya lega.....
( Jingga ulang alik ke depan ke belakang aneh orang sibuk di rumahnya haaaa)
*****
*****
Bangi
17 jun 2010
Bonda
ReplyDeleteya, bagus pendekatan Rj Azhar. sangat menghormati dan meletakkan seniman pada tempatnya...
Terimakasih Mawar. Petang semalam Shima Nolan dan keluarga singgah di rumah Bangi, Namamu di sebut-sebut. Kami gembira Mawar ada pendekar kecil itu...harap boleh dihantar belajar SILAT MELAYU ye...sebelum kuntaw Cina atau T Kwando Jepun heeee.Tahniah ya Cikgu Mawar....
ReplyDelete