Thursday, 27 August 2009

Jingga mengalah jua kerana hama


JINGGA sudah berusia 8 bulan. Minggu ini ia mengalah, tiba-tiba rambut kepala gugur, cemas juga. Di klinik haiwan Dr Siva tenang saja menyambutnya. " Binatang memang kerap dihinggapi hawa atau sedia berhama, saling pidah memindah antara yang tidak kuat akan melemaskan si alahan. Memang , Jingga sering diganggu Tam-Tam, diserang Bucuk sekarang ada bapa kucing yang perkasa bulu tersusun bergelung selalu mengintai dan menerkam. Jingga si manja kami harus menyorok mengintai menyelamatkan diri.. Rupanya hama pun cepat singgah pada si lemah lembut. Di klinik ia dimandikan, dilumur ubat, digaru menggeruk hama. " Hati-hati" pesan doktor, " Manusia juga akan mudah dijangkiti....gatal seluruha anggota , anda cepat jumpa doktor "
Sejak petang tadi Jingga harus diasingkan dalam sangkar bersendirian. Bagai memaklumi dirinya tidak sehat, si manja ini cuba mendiamkan diri, bila sangkarnya ditutup kain, agar adik-adik yang lain tidak mengganggu...atau sisa hama tidak berterbang mengganggu kucing yang lain....
***
Gombak
27 Ogos 2009

4 comments:

  1. Salam,
    anak-anak menjerit geram tengok jingga yang celik IT! Moga Jingga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam ibu. lama tidak singgah. ternampak jingga.. rindu rasa hati..
    semoga jingga dan yang lain-lainnya sihat sejahtera..

    salam ramadhan ibu.. :)

    ReplyDelete
  4. Jingga masih dalam sangkar untuk seminggu ini. Dia merayu mengiau untuk di keluarkan....

    ReplyDelete