Thursday, 25 June 2009

PONDOK NI BELUM SIAP-SIAP JUGA...


LANTAI yang bersih berkilat sudah boleh digunakan. Ayuh minum kopi dengan goreng pisang panas...singgah lee..

PONDOK ni kami dirikan di depan rumah...tapi belum siap-siap juga, kerana tukang ukir yang berjanji nak bawa papan ukir lemudi, siku keluang tidak datang-datang juga. Semoga tidak hilang di Simpang Tiga Patani sana. Kerana musim hujan selalu memercikan titis siramannya, kerana sayangkan lantainya, kututup dengan plastik...lucu pandangannya. Tentu saja konsep ini salah, mestinya digantung bidai , tapi bidai buluh yang boleh digulung sudah dijanji oleh W juga tidak tiba..
Nah Syakirin, Dedeck , Di Rimba, Leha, Lelasari dan Reen...lepas raya kita siap untuk susun projek bersih kampung di Tanjung Karang ya...kampung Orang Laut di Bagan Tengkorok, sungguh kotor dan terbiar, tidak jauh dari pondok kita ini. Oke , sudikan?


6 comments:

  1. insyaallah bonda
    bak kata pepatah
    "tak cukup tapak tangan nyiru hamba tadahkan"
    mmg cantik pondok bonda bonda
    semoga ukiran nya cepat dipasang supaya kita bisa lihat di blog bonda.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. boleh boleh (tiru suara upih dan ipin)

    kami tak besar
    dan kami tak kuat
    tapi bila berkerjasama
    semua jadi mudah

    wonder pet wonder pet
    datang membantu ...
    hehehehehehe

    ReplyDelete
  4. Dr. Siti,

    Melalui artikel sebelum ini saya terkenan istilah lama tentang rumah Melayu yang hampir pupus dari ingatan. Mujurlah Dr. menjadi orang yang berjaya menggugah istilah tersebut, kalau tidak ianya hanya menjadi kenangan. Boleh saya mampir ke pondok tersebut kalau saya balik ke Teluk Intan melalui Tanjung Kang.

    ReplyDelete
  5. Apa istilah itu ya? Silakan, pondok tu fungsinya untuk singgah sebentar, kerana saya kerap tidak ada di rumah...tukang kebun datag 3 minggu sekali, kadang semak, rumah tanpa pagar , kecuali gerbang gaya lama...ha saya orang ulu nusantara... kalau ada benih pokop juga boleh semai, dan kita namakan seperti nama orang yang menanamnya (ni dah dua bulan tidak pulang ke sana...)

    ReplyDelete
  6. Dr. Siti,

    Istilah tersebut ialah papan ukir lemudi, siku keluang, beluti, jejenang, alang. Dan apa yang pernah saya ingat ialah kekuda, tetupai, gelegar, rasuk, gulung-gulung dan bendul.

    ReplyDelete