di Ins Kraf Negara. Syakirin, bekas bunga dan lilin, hijau itu daripada botol minuman
OLEH ghairahnya melancong atau kembara ke negara orang, kadang kita lupa khazanah budaya oleh pandai seni warisan atau pelajar seni yang baru berjinak dengan memasuki pendidikan seni seperti Institut Kraf Negara (sijil dan diploma) , UiTM (telah mula membuka ijazah Sarjana/Ph.d) dan melanjutkan ke universiti tempatan atau luar negara....maka tercicirlah kita kepada pengeluar sendiri tempatan. Kadang pihak pengurusan juga ghairah ingin menghasilkan pengeluaran seni yang bermutu (tidak tahu kayu ukur apa yang mereka pakai...kerana terakhir ini suara para pengurus itu kerap mengatakan...produk seni kita sudah masuk ke Harrod di London...aduh). Jangan terkejut, maka selepas para pelajar itu selesai ujian, selesai diberi markah, maka kerja-kerja latihan akan dijual lambak ketika pasar seni di hari konvokesyen....inilah peluang mantan Mak Guru seni ini, saya merayap menyelongkar, mengutip serpihan yang disingkir, ditolak, malah ada yang akan dilempar ke tong sampah....nah cuba teliti karya di atas....saya kutip bawa balik ke Tanjung Karang. Ini salah satu projek seni yang tidak selesai, tapi bagi saya kotak kayu ini merupakan hasil murni sesuai dengan bakat permulaan pelajar yang baru hendak mengenali apa itu sulur bayung, apa itu, awan larat...ha mana tahu suatu hari kelak , bukankah mereka juga yang akan dijemput untuk menjadi pengukir istana...InsyaAllah. Karya anda selamat di rumah Tanjung Karang.
Syakirin saya ingin kutip batu di sungai Gombak,
untuk acara bersih sungai itu kelak
INI kerja orang yang tidak tahu tidur petang, atau lebih segar ketika hujan lebat berdenting-denting di bumbung zink. Yang saya utamakan di sini ialah bahan asas...batu yang saya kutip dari beberapa tempat yang berbeza, dengan siapa saya bercakap ketika mengutip batu itu...ada yang saya kutip di MATIC , di taman Hospital, di sungai Kancing, malah ada batu kecil terselip dalam beg kembara, tercatat tanda tangan seorang prof di Kent. Definisi seni, karya itu belum selesai tidak ada...makin lama, warna yang tidak selesai itulah menjadi fokus untuk dinilai setelah lebih 30- 50 tahun...Setuju ke Neem ?
BEKAS gula ini tidak perlu di banggakan kerana hasil pengeluaran asing - Itali. Tetapi alas meja, daripada benang bulu terhasil selama saya berada di Pulau Selatan....(lihat cerpen: Kampung Paya Kami). Sebenarnya saya mula memegang benang bulu ketika di darjah 5 Sekolah Kebangsaan Setapak. Guru yang mengajar menjahit ialah Cikgu Sapiah...setiap pelajar berpeluang belajar menjahit sejak darjah satu (harus lulus latihan menjelujur dan menyimbat), darjah dua harus lulus menyulam hiasan sapu tangan. Darjah empat-lima baru belajar mengait benang bulu. Kerja mengait ini cuma asasnya saja diajari. Tapi kami bersungguh-sungguh kerana guru Pelawat Cik Kontek Kamariah selalu datang mengejut dengan gayanya yang lincah... dan bertanya" mana jahitan awak ". Ya, Tapi siapa tahu kita lebih rajin sehingga dapat menyesuaikan diri, selepas itu antara menulis tesis, menunggu informan di tepi sawah..hahah siapa tahu kita digoda lagi dengan pertemuan baru dengan kenangan lama yang sudah pernah kita lakukan....kerana nenek juga mengait benang bulu sebelum saya berjumpa dengan Merie Theresia.
Eh Mawar dah beli benang bulu dan jarum panjang untuk mengait? Mana tahu kita berjumpa dalam seminar, bermalam sehari dua bolehlah bonda tunjukkan cara mengait...boleh siapkan mafla untuk Zahar...untuk lilit ke leher kalau cuaca dingin atau keluar negara di musim salji. Melor nak tunjukkan selimut bulu waktu dia kecil dulu warna putih (hasil 1978) dan selimut benang biru Wira (hasil 1982)
Haneem sudi jadi kurator untuk pameran saya kelak...hasil kerja pandai seni....hahah bukan lukisan ...ini kerja dari dapur, dari bilik tidur, dari bilik air, di stesen kereapi , di buat di pelabuhan eheeh ngadalah saya.
salam bonda
ReplyDeletekontek kamariah yang bonda sebut itu adalah pejuang negarakan??
Salam bonda Siti,
ReplyDeleteTadi saya merayau-rayau di MPH Great Eastern Mall di Jalan Ampang menunggu trafik reda.
Ternampak tabung berbentuk katak.Terus saya teringat bonda.
Ibu saya dulu suka mengait benang bulu.Dijualnya dengan harga 5 sen bagi alas piring.Itu harga tahun 1970an.
Batu-batu berlukis warna cantik itu mengingatkan saya kepada anak-anak miskin di Vientiane,Laos.Anak-anak di tepi Sungai Mekong itu melukis batu-batu sungai menjadi kumbang "ladybird" dan penyu yang cantik.
Saya beli dan bawa pulang ke Malaysia namun hilang semasa berpindah-randah.
Saya sangat berminat dengan ukiran kayu itu. Sememangnya saya obses dengan ukiran kayu.
ReplyDeleteYa Almarhumah Kontek Kamarah, zaman mudanya begitu aktif. Wanita pertama pandu kereta sportcar datang melawat sekolah...kami terheran=heran melihat gadis cantik yang lincah...terakhir jawatnya ialah Orang Besar Gombak. Beliaulah yang membuka taman perumahan di Taman Kontek Kamariah...
ReplyDeleteYa ukiran tu boleh kita dapat nanti di pameran IKN setiap pesta konvkesyen, biasanya bulan oktober.
Ya , zaman dulu, gadis dan perempuan tidak tahu menyulam, menjahit, amat aib. Saya juga membesar dengan hasil sulaman dan jahitan ibu...
Saya suka katak, terutama kalau hujan...aduh sekarang susah dengan katak bernyanyu...ouounnng. Ya rahsia melukis batu...itulah rezeki saya dulu...menjual barang-barang kecil buatan senduru untuk tambah wang belanja...temasuk mereka fesyen pakaian...
kalau begitu bonda buat satu kolam di tepi pondok.
ReplyDeletemungkin dengan ada nya kolam bisa membiakkan katak dan bonda bisa mendengar katak bernyanyi...ooouunggg
Ya memang sudah ada kolam di depan sisi rumah, ikanpun dah besar ,amakan lumut saja. cadang nak buat kolam di keliling pondok dan semai ikan keli atau sepan...kalau kawan2 datang kita tangguk saja...tapi masih belum pulang ke sana dan 2 bulan...semak agaknya laman
ReplyDeleteYa memang sudah ada kolam di depan sisi rumah, ikanpun dah besar ,amakan lumut saja. cadang nak buat kolam di keliling pondok dan semai ikan keli atau sepan...kalau kawan2 datang kita tangguk saja...tapi masih belum pulang ke sana dan 2 bulan...semak agaknya laman
ReplyDeleteBonda
ReplyDeletebelum sempat deh mahu cari benang bulu dan jarum panjang...! heee! eh, nanti jenguk juga pondok kami di belakang rumah. pondok di rumah teres leeee.
ps: pakai cat apa tu bonda utk warnakan batunya?
aiii nak minum kopi di pondok Mawar-Zahar. Pakai cat akralik, tahan cahaya, dan kalau dijilat kucing tidak beracun...
ReplyDelete