Monday, 1 June 2009

LAMBANG SARI TARI GAMELAN TRENGGANU

TULISAN bersama Dr Harun Mat Piah, UKM-SUK Trengganu, 1986

SEPANJANG TAHUN 1981-82 , kami staf Institut Bahasa dan Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu UKM dengan tajaan Setiausaha Kerajaan Negeri Trengganu, sungguh gembira melakukan kerja penyelidikan sejarah seni Gamelan Trenganu. Kumpulan kami terdiri daripada bahagian Kebudayaan dan Sastera iaitu:

1) Dr Harun Mat Piah (ketua penyelidik - bidang kajian sejarah budaya)

2) Inon Shaharuddin (bidang muzik)

3) Shafie Abu Bakar (sekarang YB, bidang alat-alat muzik gamelan)

4) Siti Zainon Ismail (bidang gerak tari dan busana)

5) Bob Khalil (bidang muzik gamlen)

6) Wan Yahya (almarhum, bidang gerak tari)

Hasil daripada kajian, kami dapat mengadakan seminar Seni Gamelan dengan tajaan bersama Kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Kerja ini memang mendapat sokongan daripada kerabat waris istana yang pernah berguru dengan Tengku Ampuan Mariam. Bahagian tarian yang mengajar kami ialah Mak Nang (anak angkat Tengku Ampuan Mariam) dan Pak Mat juga waris gamelan diraja sebagai guru gendang. Hasilnya ialah buku ini, yang kami susun semula dan baru dapat terbit 3 tahun kemudian. Dalam buku ini juga kami dapat memasukkan sketsa tari yang dihasilkan oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Segala rahsia tarian dapat diluahkan semula oleh Mak Nang yag menjajar di SUK, khususnya kepada anak didiknya ketika itu iaitu Zahara yang membantu saya dan menjadi model gerak tari.

Buku ini menjadi rujukan pelajar seni tari terutamanya di UiTM, ASWARA dan jurusan seni budaya di seluruh universiti tempatan. Turut juga menjadi rujukan pelajar di SOAS, Cornell, Melbourne University, St Petersburg. Sekarang saya sedang membaiki terks ini harap dapat diterima untuk diterjemah dan diterbit oleh ITNM . Boleh Mei?

Buku ini masih ada dalam simpanan Galeri Melora (galerimelora@yahoo.com), kulit nipis RM 30.00, kulit tebal RM 38.00, tidak termasuk kiriman pos)


4 comments:

  1. Buku inilah yang saya capai dahulu semasa Dawama membuat jualan gudang!

    ReplyDelete
  2. Mari kita memartabatkan warisan bangsa.Malam ini akan bergendang kembali isu bahasa Melayu di rancangan Luar Lingkungan TV1.

    ReplyDelete
  3. bonda
    sudah ada bukunya...

    mau menanyakan...
    apa bezanya tari endang negeri perak dengan tari seudati acheh?

    ... rentak seragam, namun bunganya berlainan... adakah satu umbi?

    dan tari masri itu, gerakannya seperti sama dengan sebuah tari bangsa di sumatra... mereka serumpun kah?

    Jika benar serumpun dan satu umbi, bagaimana mahu tahu tari asal 'ori'nya yang mana ya...

    pernah sama2 menari "timang burung" mewakili UTM Johor di festival seni tari UKM tahun 1990an dulu...

    Wahh!! jangan fikir orang "Jamu" tidak tahu menari ya hehehe

    ReplyDelete
  4. ala Anuar buku ini bukan terbitan Dawama le....terbitan SUK Trenganu dan UKM

    Wah, Adreena, anda memang peminat buku ilmiah. tentang tarian endang itu rasanya tarian Minanga berkembang jujga di negeri sembilan. ....dari segi bentuk asas memang seirias seudati aceh. iaitu jenis tarian rakyat. Endang lebih menjurus kepada persembahan hiburan untuk bersuka- setelah berhasil musim menuai panen. seudati aceh bererti shayadatin, pengucapan kalimah syahadah dengan zikir tujuan melawan penjajah belanda. gerak begitu dinamis hanya denegan tangan menepuk dada dan suara, begitu akspresif sekali. tahniah kerana menari dan dapat menghayati kesenian tradisional dan klasik (makyong, gamelan )

    ReplyDelete