Wednesday, 27 May 2009

KERUSI (KURSI?)

LELAKI itu
mengejar KERUSI
yang memberinya kebanggaan
duduk bergaya
sambil tersenyum
melihat orang di depan
sambil mengangguk-angguk
akulah sang pemilk kerusi
sang kuasa hingga ia lupa
pada isteri yang setia
tersimpuh di atas tikar lusuh
dia tidak pulang lagi
kerana memilih yang baru
mengajak duduk di sebelah
walau mereka tidak menikah!

No comments:

Post a Comment