(ATMA UKM), Sita Ratna (Balai Kajian Melayu, Penyengat),
Prof. Madya Dr Norwani Nawawi (UiTM),
Ramlah (Kurator Muzium Trengganu)
Tenun Pahang Diraja, corak melintang, teknik selitan ikat
Logo Tenunan Pahang sekarang dibawah payung istana Pahang
Logo Tenunan Pahang sekarang dibawah payung istana Pahang
LAMA TIDAK menulis di sini. Telah beberapa minggu, ulang alik keluar kota. Menyiapkan kertas kerja untuk dua seminar. Tapi menarik juga kerana kita menjadi lebih hidup menumpang keceriaan kawan-kawan se kajian. Acara seminar tenunan Pahang (12-14 Mei) di Kuantan telah usai, dengan ucaptama " Konsep Adat Pakaian Cara Melayu" . Tahniah untuk Akademi Pengajian Melayu (UM) dan Tengku Puan Muda Pahang kerana menghidupkan kembali kejayaan tenunan Pahang. Ramai juga wakil peserta hampir 2000, termasuk para pelajar seni tekstil, pengajar, pengkaji, pereka fesyen, wakil korporat. Masing-masing ghairah kembali ingin menggali warisan keluarga. Mek seorang keluarga kerabat juga menampilkan contoh-contoh busana dan tenunan pahang yang dipakai oleh neneknya (tahun 1950). Kirana seorang pereka fesyen yang terkenal dengan butik mewahnya di KLCC, telah bersuara " nanti saya cipta baju you satu set lengkap dengan turban? ha songket ke tenunan?
Sabtu bersambung pula dengan malaqah majlis wanita Islam di Bangi (16 mei) dengan kertas kerja " Peranan Kebudayaan Melayu dalam mencari Jati Diri Wanita" Dalam batuk dan deman gembiranya hati melihat keceriaan Mawar dan Nisah.
Satu kertaskerja dan forum dengan Penghulu2 Selangor tertangguh kerana Paduka Sultan Selangor masih di luar negara. Sejak Januari hingga Mei ini terus dengan kertas kerja untuk 6 seminar dan forum. Rasanya untuk tahun ini cukup dulu. Maaf Chikgu Haneem, tulisan untuk SeniMalaysia belum bermula, tapi sudah ada judul : " Kesan dan Kesedaran Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam karya Pelukis Semasa" - boleh ke? . Saya masih memikirkan beberapa karya kawan saya seorang doktor yang terus mengkaji dan meneliti Dunia Melayu. Ini jua menghantui untuk saya terus ingin menulis. Saya bersyukur masih ramai adik-adik kita terus berjuang menghidupkan warisan budaya, dengan berbagai cara. Pagi tadi lihat Zul Dewangga Sakti, di TV 1 memakai baju Melayu dengan teman-temannya. Cantik segak menawan. Banyak nak lihat, masih banyak yang perlu kajian. Terima kasih Adreena, bahasa Melayu mu cantik, pasti orangnya cantik menawan juga - bila agaknya bonda boleh mendapat rawatan kecantikan (urutan Melayu Nusantara)....siang ini saya menulis pinjam komputer Hemalata di Jabatan Warisan, Wisma Chulan...jadi tidak ada gambar nak dimuatkan. Mungkin kalau sehat akan singgah di Lanai kedai kopi BNM, akan sambung dari sana. Salam rindu untuk semua.
Tapi masih tertanya juga dua buah buku harus sudah siap cetak. Dengarnya Delima Ranting Senja sudah siap, tapi susah pula nak cari editonya...bila boleh dapat buku itu?. Bupati Bireuen di Aceh dah setuju untuk melancarkan novel itu disitu akhir Julai ini (ada 3 bab dengan tokoh beliau dalam pelarian sebelum dipanggil pulang). Boleh ke editor hubungi dan kirim novel itu ke DR Wildan di Universitas Syeh Kuala yang akan memperkatakannya? Harap Azah terbaca blog ini. Satu judul lain kumpulan esei dan tulisan kreatif Suara dari Hujung Tambak, patutnya juga sudah di cetak, tapi editornya buat-buat diam juga? 4 tahun huhueeehuaa. Inilah nasib penulis Malaysia...apakah wajar saya menulis karya cinta pop atau pop cinta dengan liuk goyang poco-poco untuk segera laris?
" Huum lalala trallalaaa "...kata Melor!
* Masih terbayang senyum meleret Zaharah Nawawi, Khatijah Hasyim dan Som Cham. Eceet Chik dari ItMN jangan lupa poster pertemuan semalam di Puterajaya ya.

Bonda Ct
ReplyDeleteselamat ya untuk Night Song @ Bait Senandung Malam!
Dr. Siti
ReplyDeleteApabila membaca blog pada hari ini, saya teringat peristiwa semalam sewaktu sama-sama pergi dan pulang dari Shangri-La, perbualannya begitu menarik terasa begitu singkat masa yang berlalu. Semoga dapat ngobrol lagi pada lain kesempatan.
ya, terima kasiiiih Mei, numpangkan saya ke puterajaya. tentu tidak bosan jemput saya lagi haaa. banyak cerita yg saya kutip rasanya boleh buat cerpen lagi.
ReplyDeleteya Mawar, kita bertemu berturut2 minggu ini. senaaaaag sekali
Salam sehat bonda...
ReplyDeleteSaya amat terharu bila mendengarkan bonda mengenali mama saya... saya ada menyebutkan tentang kazuko dan bonda... dan mama bilang "itu gadis kecil berkacamata dr malaysia yang suka lukis coret-coret (sketches) ya".. lantas langsung ketawa...
mungkin ada kesempatan, saya akan perlahan-lahan terjemahkan sajak bonda yang indah itu pd bahasa english/tagalog, untuk tatapan mama nanti.. pasti dia suka...
bapa saya orang eurasian (Indo-german)... saya menetap di malaysia sejak umur saya 13 tahun (1987) bersama bapa sejak mereka bercerai... sebelum ini menetap di new quazon city dgn mama...
saya membesar di sekolah indonesia/malaysia, bonda.. pengasuh juga orang melayu.. syukurlah, saya bisa mengarang bahasa melayu dengan baik... meskipun, kalau bertutur masih ada pelatnya juga, dan diketawakan orang hehe..
sejak 80an, mama menjadi penyair bebas merantau ke merata tempat, dan akhirnya sekarang mengurus restoran di toronto... sudah terlalu tua untuk menulis lagi, sejak mrnghidap parkinson...
bonda,
terima kasih juga untuk no telefon bonda, jika ada kesempatan saya ke kl, akan saya hubungi bonda... moga bisa bertukar tukar pandangan dengan bonda nanti...
salam kasih sayang..
congrat untuk buku terjemahan terbaru itu, yang udah saya pesan dari dbp johor minggu lalu... moga segera dapat nikmati bukunya...
love u bonda
dari saya & mama eliza
MAWAR , terima kasih pertemuan dua kali dalam minggu lepas. Bahagia melihat kau ceria, cuma kadang kita tidak ada waktu bercanda.
ReplyDeleteADREENA, kirimlah sms. kadang-kadang bonda sepi di rumah. Melor (puteri bonda) kerjanya sampai malam sebagai kurator seni di bank. Adiknya Wira sudah kerja di gunung (Genting Highland), turun dua minggu sekali. Bapak pula sibuk bisnisnya. Haaa, lucu cerita peribadi ya. Dengan Adreena bonda dapat puteri yang cantik anak sahabatku...sampai jumpa, say hallo to your papa. Nanti kita jalan-jalan bersama ke Tronto ketemu ibumu ya?
salam bonda...
ReplyDeleteSekarang reena di jakarta melawat bekas guru, Ibu Woro S yang sakit tua...
Nanti sepulang ke johor pada minggu depan, reena sms bonda ya... bisa bual panjang-panjang...
Akan dikirim kado nanti dari sana..
untuk bonda
Tkasih Mawar, agak puas kerja dengan editor muda di ITNM. Karya ini ditangani selama TIGA bulan sahaja. Berulang alik Bonda ke pejabat mereka untuk melihat layout dan kulit buku (teringat 2 judul di DPB, sudah 4 tahun). Dan 1 novel dengan UM juga 4 tahun). Bekerja dengan INTM nikmat, hasilnya memuaskan....walaupun puisinya biasanya saja....kembara keretapi.
ReplyDeleteReen,
Begitulah murid sebaiknya mengenang dan mengunjungi gurunya. Amin.Salam untuk semua