Monday, 22 September 2008

Angin Si Pauh Janggi


BERMACAM- macam tanggapan telah dihuraikan oleh dua orang sabahatku, Rahimidin dan Si Awang Merah Muda, Dr Zul. Bersungguh2 mereka menghurai, menjelas, menebak, menebar dan menjala tentang angin dan semangat Si Pauh Janggi. Kenapa harus jauh-jauh mencari segala lembah, tasik, gunung, langit, awan otopia itu? Seorang editor bertanya dan bersuara , " gimana ni, nak menulis komen tentang karyamu, sayatak dapat fahampun novel Pulau Renik Ungu". Nah kali ini, aku juga harus belajar betapa tercungap, tergelepar, terpana teruja dengan segala selok belok alam Si Pauh Janggi. Si Awang Merah Muda harus menggali jauh ke akar Lembang Merapi, Mekong, ke Gunung Ayam dan tentunya harus juga ke Alam Tajali. Begitu juga Si Dalang Muda Rahimidin, turut memberi komentar, tentang sikap tidak mahu faham-fahamannya segala tokoh sang kuasa yang hanya mahu mengaut segala nilai seni budaya rakyat tetapi seenaknya menghapus segala nilai budaya kerakyatan. Rasanya yang paling bingung si Bulan yang dunianya masih terduga-duga terlambang untuk mengimbangi sikap bos yang teknokrat, elita kewangan yang susah diajak bicara, kenapa pelukis muda mengheret segala khazanah alam terbuang ke dalam galeri mewah lagi cantik kelak? Dan Si Pauh Janggiku, bagaimana ya? bukankah tidak mungkin ia juga adalah gerak langkah melambung si kuda Hitam yang dapat menujah je awan setanding dengan Jentayu dan Garuda? Ya tunggu saja komentar si Awang Merah Muda atau si Haneen Kydeen dalam jelbabnya, hehehe, mari kuajak anda sekelian mendaki puncak Malam Mas Bukit Seguntang atau menerobos ke kolam pekat nilam menatap kembang malam Si Pauh Janggi! Sampai jumpa di ruang pameran Soka Gakkai Malaysia Jalan B Bukit Bintang pada 26 Oktober depan. InsyaAllah

2 comments:

  1. Salam Bonda Siti. Indah sungguh lukisan bonda.

    Ribuan kemaafan kerana tidak dapat hadir bergotong royong tempohari.

    Juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat bonda dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Emila, kita seperti jauh jaraknya ya. Ayuh sesekali kita kongsi secawan kopi le

    ReplyDelete