Thursday, 2 August 2012

Kubuka kembali halaman hitam putihku


Setelah sekian lama aku mendiamkan suara tak ingin berkata
lidah jangan kau palsukan hati dan akal
memendam segala hitam pendengaran
ejek canda gurau nestapa bukan gelombang baru
belajar aku dengan sirah  Kekasih dikeji dihina
tidak terumpat sedikit kemarahanpun
sehinggalahlah kelak semua digulung...

Alhamdulillah Kau hantar kalimat itu ke Kekasih Pilihan
izinkan hambaMu mengutip surah At Takwirr ( Menggulung)  Mu
1. Apabila matahari digulung
2. dan apabila  bintang-bintang berjatuhan
3. dan apabila gunung-gunung dihancurkan
4. dan apabila unta-unta hamil ditinggalkan
5. dan apabila bintang -binatang liar dikumpulkan
6. dan apabila lautan dipanaskan
7. dan apabila ruh-ruh dipertemukan dengan tubuh
8. dan apabila bayi - bayi perempuan dikubur hidup-hidup ditanya
9.  kerana dosa apakah dia dibunuh
10. dan apabila catatan amal (perbuatan manusia) dibuka
11. apabaila langit dilenyapkan
12. dan pabila Neraka Jahim dinyalakan
13.dan apabila Syurga didekatkan
14. dan tiap-tiap jiwa tahu apa yang telah dikerjakan *

Ya Allah tanta-tanda peringatanMu sudah kerap meluncur, amuk ombak
gunung berapi meledak, tanah lungsur,  gelegak hangat  bumi, bayi-bayi
dibunuh keji....
Oooo lembutkan kembali hati UmatMu Ya Rabbi
demi menuju lorong Mulia ke RumahMu
ke Jannah dengan kasih sayang seperti pesanMu
betapa sakitnya ruh dicabut dari tubuh yang sudah sedia mati
masih enggan juga ia pergi
tanda bukan rahsia
kenapa kami tetap tidak bersedia
tetap lupa
Tidak ! Hamba Sudah Redha
hitam putih  baju harian kami
izinkanlah kubersih menjadi bunga murni
asli semula jadi
Izinkanah detik berbalik seperti bayi
hanyaMu penentu Azali
Allahu
Allahu
Allahu
Akbar!

2 Ogos 2011 / 14 Ramadhan 1433
(*At TAkwiir- Menggulung, surah 81, ayat 1-14)

No comments:

Post a Comment